Written by AbangNara | January 26th, 2016

Kecantikan gadis Asia tidak perlu dipertikaikan lagi. Secara jujur, Abang Nara lebih mudah jatuh cinta dengan gadis-gadis Asia berbanding gadis-gadis negara barat. Satu ketika dahulu ada awek negara Spain nak mengorat diri ini. Namun Abang Nara tolak mentah-mentah kerana diri ini telah jatuh cinta dengan isteri tercinta yang merupakan seorang gadis Melayu. Hehehe.

KATE tokyo

nie baru cikgu dah cun melecun, belum supermodel Melayu lagi

Jadi apakah ciri-ciri yang menyebabkan gadis Asia lebih cantik, menawan dan jelita berbanding gadis-gadis benua lain? Setelah membuat sedikit kajian, Abang Nara telah berjaya menjumpai jawapannya. Tak lain tak bukan, keunikan para gadis Asia terletak pada mata mereka. Yup mata, atau dalam bahasa omputihnya, eyes.

kate tokyo

tengok tue renungan mata Mia Ahmad, memukau beb!!!

Kata orang, dari mata turun ke hati. Sememangnya mata gadis Asia lebih bulat, besar dan bersinar-sinar. Bulu mata yang tebal serta panjang juga menambah daya tarikan. Itu belum kira kening mata. Mana nak jumpa gadis barat yang ada kening mata tebal? Gadis Asia je ada. Bila kena tenung dengan mata yang seperfect itu, memang cair dibuatnya.

kate tokyo

mata Che Ta yang telah mencairkan hati Zain Saidin

Apa yang menarik tentang mata ialah ada banyak cara yang boleh digunakan untuk mencantikkannya. Menurut wife Abang Nara, cara terbaik ialah dengan menggunakan KATE Digital Memory Eye Liner. Dengan “Digital Black Formula”nya, mata kita akan kelihatan lebih cantik, lebih besar dan lebih hitam apabila menggunakan eyeliner KATE ini. Berusnya yang super-fine flat memudahkan lagi proses mentatariaskan mata, sekaligus tampil lebih menawan. Paling best, ia boleh dibasuh bersih dengan air selepas selesai penggunaan. Harga cuma RM46 sahaja.

kate tokyo

Untuk makluman, KATE adalah jenama alat solek nombor 1 di Jepun dan ia dicipta khas untuk gadis Asia sejak tahun 1997 lagi. Ciri-ciri wajah gadis Asia memang berbeza dengan gadis barat. Kalau menggunakan alat solek yang tak bersesuaian, susah nak dapat hasil yang diimpikan. Memahami kesukaran ini, KATE tampil mengeluarkan alat solek yang boleh digunakan oleh seluruh gadis Asia dengan misi untuk mencantikkan lagi mereka.

kate tokyo

Selain daripada KATE Digital Memory Eye Liner, satu lagi produk KATE khas untuk menambahkan kecantikan mata para gadis Asia ialah KATE V Long Lash Maskara. Ini special untuk lentikkan lagi bulu mata. Confirm kalah bulu mata Rozita Che Wan. Siap boleh ada efek melengkung lagi. Memang makin cun lah mata anda. Mudah dibasuh dengan air panas selepas penggunaan, KATE V Long Lash Maskara ini dijual pada harga RM53 sahaja. Memang berbaloi-baloi sangat.
kate tokyo

Awesome kan? Itu baru bab mata je. Macam-macam lagi jenis alat solek yang dikeluarkan oleh KATE ini. Ada gincu, ada maskara, ada eyeliner dan macam-macam lagilah. Semuanya direka khas untuk gadis-gadis Asia. Kualiti dijamin, harga berpatutan dan confirm korang akan tampak lebih cun melecun bila menggunakannya. Wife Abang Nara dari dulu memang pengguna setia Kate. Katanya senang sangat nak guna. Sesuai untuk gadis Melayu macam dirinya.

Abang Nara percaya ramai pembaca BeautifulNara yang pernah menggunakan KATE. Kongsikan pengalaman korang di ruangan komen. Buat yang belum mencuba, Abang Nara sarankan pergi beli KATE Digital Memory Eye Liner atau KATE V Long Lash Maskara hari ini jugak. Confirm puas hati punya. Maklumat lanjut layari www.kanebo-my.net/kate dan www.facebook.com/KATEMalaysia

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

22 responses to Serlahkan Kecantikan Mata Anda Dengan KATE

  1. Gadis Ayu says:

    Hi bang Nara :)

    0

    0
  2. Ma says:

    Mata cantik? Tudung pun cantik. Org pun cantik .Ayu. Menggoda..opss. sama je kesannya kalau tak bertudung. Padahal, saranan utk bertudung tu utk wanita melindung kecantikkan drpd menggoda lelaki. Sebab tu, ada ulamak kata yg Rambut bukan aurat. So, yg tinggal hanya persepsi.

    0

    0
    • Lara says:

      Kalau tengok la ni.. mereka yang bertudung lebih seksi dari minah free hair even ada mengalahkan minah mat salleh…pakai tutup tapi ketat ya amat dengan mekap tebal pandangan “Come Hither” look.

      0

      0
      • Hijabista Melayu Poyo Semuanya says:

        Betul. Aku meluat tengok hijabster acah2 hipster dengan mekap tebal, kening lukis separuh pensil habis, bulu mata 2 tingkat, contact lens buntang acah2 Barbie doll. What are they trying to prove? Cukup2 la hijabster memalukan diri. Simple pun dah cantik sebenarnya.

        Btw, aku tak percaya ada awek Spain ngorat kau Nara. Jangan reka cerita bukan2 please. Muntah aku kang.

        0

        0
        • Lara says:

          pastu kan… acah acah depa la bidadari syurga. pahtu bubuh quote islamik kat gambar selfie gedabak punya besau. huishh meremang buluketiak den.

          0

          0
      • FC says:

        LOL @ ‘come hither’ look…mmg betul tu! ;)

        0

        0
    • Hijabista Melayu Poyo Semuanya says:

      Bukan ke fenomena bertudung hanya meluas semenjak Revolusi Iran Syiah 1979? Msia kan mengamalkan Sunni Islam. Macam mana ularmak Sunni kita boleh ambil ajaran tudung Shit-ah pulak ni? Hipokrit.

      0

      0
  3. Anonymous says:

    tak baik …kecantikkan hanya utk suami bukan semua org. paham?

    0

    0
  4. Anonymous says:

    kecantikan walau kentut busuk itu hakikat.. bersyukurlah sbb boleh kentut lagi .. kerana kentut itu nikmat Allah

    0

    0
  5. enot says:

    yg jadi cikgu tu buat le keje, yang nak jadi model tu apahal pasai tu standard of education di malaysai adalah terburuk di mata dunia……cis harap kan muka je, english pun sure tak tau cakap

    0

    0
  6. melati says:

    ok lah , tapi bila tgk jer mata burung hantu Che Ta tu trus meluat…

    0

    0
  7. bunga says:

    kecantikan mata kena asli..bukn ngn pakai contact lens…bulu mata palsu

    0

    0
    • buweekkkkk!!! says:

      ya betul tu. macam c nd tu. mata x berapa nak cantik pun. hampir setiap hari aku tengok gambar dia tu pakai lens. kengkonon mata asli. buwekkk!!

      0

      0
  8. UstaJah says:

    Kecantikan wanita utk suami shj, janganlah pi tayang seisi alam… takut jadi fitnah pula nanti… renung2 kan dan selamat beramal.

    0

    0