Serius Romantik, Nora & Nedim Sedang Terima Perangai Buruk Masing-Masing

Hiburan

Serius Romantik, Nora & Nedim Sedang Terima Perangai Buruk Masing-Masing

Bercinta sememangnya mengasyikkan. Teringat zaman Abang Nara bercinta dengan wife dulu. Bila terkentut masing-masing boleh bergelak ketawa dan buat-buat tak bau kebusukkan. Sekarang ini kalau terkentut memang direct je cakap ‘oi busuk‘. Hehehe. Lebih mesra dan lebih sempoi sejak dah berkahwin. Masa bercinta korek hidung pun nampak cute lagi. Agaknya itulah yang sedang dialami oleh Nora Danish dan Nedim Nazri.

nora danish dan nedim

Advertisement

Rasanya sudah agak lama juga Nora Danish dan Nedim Nazri bercinta. Kini mereka sudah tiba ke fasa saling menerima perangai buruk masing-masing. Tertanya-tanya juga apa perangai buruk Nora Danish. Kalau setakat korek hidung dan kesat di seluar jeans, Abang Nara masih redha menerima seadanya. Hehehe. Kata Nora Danish menerusi MalaysianDigest:-

Saya dan Nedim sekarang, kami sama-sama sedang menerima dan menyayangi perangai buruk masing-masing. Sebab tak cukup dengan hanya sifat yang baik-baik saja, kami juga perlu tahu dan terima apa yang buruk.

Dia kena terima perangai buruk saya dan saya pun sedang menerima perangai buruk dia. Dari situlah ikatan kami boleh semakin kukuh. InsyaAllah, mudah-mudahan dipermudahkan jodoh kami.

Tidak… tak ada buat apa-apa persiapan pun. Jangan percaya dengan tulisan di blog-blog berkenaan. Kalau sampai jodoh saya nanti, sebolehnya saya nak buat majlis yang ringkas.

Kami masing-masing dah pernah berkahwin, jadi rasanya tak perlu terlalu membuat persiapan yang beria-ria. Kalau ada pun persiapan, hanyalah setakat tempah baju. Tapi buat masa ini tak ada apa-apa tempahan.

Alhamdulillah, keluarga saya dan keluarga Nedim sangat sporting. Mereka pun tak ada desak-desak kami untuk cepat-cepat kahwin

nora danish dan nedim

Nora Danish dan keluarga mungkin boleh bersabar dan tak tergesa-gesa nak kahwin, tetapi kami si peminat ini tak sabar nak tengok Nora dan Nedim atas pelamin. Dah terbayang-bayang dah betapa comelnya Nora memakai baju pengantin. Lagipun dengar cerita Nora mahukan anak perempuan kalau berkahwin sekali lagi. Inilah masa yang paling sesuai. Tengah muda lagilah kena berusaha sebaik, sekerap dan sejujur mungkin. Sila kahwin cepat-cepat!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...