Written by Bella | December 15th, 2016

Hadir bersama ketika Anugerah Melodi TV3 baru-baru ini, timbul spekulasi mengatakan pelakon Lara Aishah iaitu Dayana Roza dan Raja Afiq kini sedang bercinta. Malah, mereka juga kerap keluar bersama.

Walaubagaimanapun, Dayana menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan baik sahaja.

Kami hanya kawan baik dan tidak lebih daripada itu. Sebelum ini saya rapat dengan Saharul Ridzwan tetapi selepas dia berkahwin kami jarang keluar. Saya dan Raja Afiq jadi rapat apabila kami berlakon dalam filem Trauma yang penggambarannya dibuat Oktober lalu. Saharul pun berlakon sama dan sejak itu kami bertiga rapat.

Sebenarnya ketika saya dan Raja Afiq pergi ke Anugerah Melodi, Saharul turut ada bersama tetapi kerana dia ada tugasan lain, dia pergi dulu dan kami berjumpa di sana.

Dayana menyifatkan dirinya sebagai seorang  wanita kasar serta lasak seperti lelaki dan menganggap Raja Afiq dan Saharul ibarat “abang-abang”nya.

Mereka selesa berkawan dengan saya. Saya tak ada apa-apa perasaan pun dengan Raja Afiq.

Biasalah tu, kalau seorang wanita terlalu rapat dengan seorang lelaki pasti ada yang salah anggap mereka sedang bercinta.

Sumber Berita : Harian Metro

9 responses to Sering Keluar Bersama : Dayana Roza Dan Raja Afiq Bercinta?

  1. Anonymous says:

    Kalau bole statement xyah la kaitkn dgn Artis yg dh kwin.. nnti Bini dia sentap.. dh la tgh prgnt.. siap ckp lpas shahrul kawin kami jarang kelua.. adehh..

    20

    1
  2. Anonymous says:

    dah ler tu,kau nanti dapat zack tu sebab si aishah dgn iskandar tu sepupu rapat,kahwin memang boleh tapi makruh,boleh bawa keturunan yang lembab lagi cacat.

    2

    1
  3. melati says:

    Cepat lew kawin ..Kerabat tu si Raja Afiq, nanti kena cantas gan Neelofa @ Uqasha Senrose baru padan muka..!!! wakakakakakaa

    6

    2
  4. Anonymous says:

    x tanya pun…panjang lebar dia jawab….dah lah tu focus jer lah kat berlakon

    2

    1
  5. Anonymous says:

    Ni pu suda suam2 kuku kah? Dia bercakap banyak sebab haknya mcm isu kelab malam,arak dan merokok hari tu….

    1

    0
  6. Najib says:

    Who’s this POKEMON??? baling pokeball biar duduk senyap2…nak promote drama laa nii kuar kontroversi bercinta…puiii

    1

    0

Leave a Comment

Optional