Written by Bella | August 28th, 2015

Sejak putus tunang bersama Pekin Ibrahim, Uqasha Senrose selalu dikaitkan bercinta dengan ramai lelaki. Mula-mula ramai yang menyangka beliau bercinta dengan Syafiq Kyle, tetapi Uqasha tidak mengaku meskipun aktor tersebut pernah memberikan kenyataan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Uqasha.

Kemudian, tersebar pula foto mesra Uqasha dan Iqram Dinzly, sekali lagi angin bertiup kencang mendakwa mereka sebenarnya mempunyai hubungan lebih daripada kawan. Cerita-cerita sebegini membuatkan beberapa pihak melabelkan Uqasha sebagai seorang yang mudah untuk bertukar pasangan ataupun “playgirl”.

Mengetahui akan perkara tersebut, Uqasha meluahkan rasa terkilan beliau dan memberitahu beliau tidak pernah bermain kayu tiga.

Saya bukan jenis yang suka bertukar-tukar pasangan seperti dikatakan sebaliknya percaya pada takdir. Saya kenal seseorang itu dalam satu masa dan tak pernah main kayu tiga.

Saya ada terbaca di blog mengatakan saya playgirl. Saya sedih sangat kenapa sampai tahap itu tanggapan mereka.Itu bukan kehendak saya. Lagipun siapa tak mahu kekal dan bahagia dengan seorang sahaja.

Bagaimanapun, Uqasha kini tidak mahu lagi memikirkan segala tomahan yang dilemparkan kepada dirinya dan mengambil teguran positif daripada peminat sebagai satu pengajaran.

Teguran ke arah positif saya ambil sebagai bentuk pengajaran. Selebihnya saya serahkan kepada Allah. Buat masa sekarang, saya berkawan dengan semua orang. Siapa sangka, dari situ dipertemukan dengan orang yang sesuai dan serasi.

Kata orang berkawan biar seribu bercinta biar satu. Namun, janganlah cepat bosan dan beralih untuk mengenali orang lain pula. Nak kenal hati budi orang ini ambil masa juga, jadi kenalah sabar.

Sumber Berita: Harian Metro

9 responses to Sering Bertukar Pasangan Uqasha Senrose Dilabel Sebagai Playgirl

  1. Anonymous says:

    x salah pun ko nk kwn dgn mna2 lelaki.. ko pun bkn bini,tng,mkwe org.. tpi jgn la atas dasar kawan tpi bgamba dh mcm laki bini.. laga2 tek.. laga2 pipi.. org xkn suka2 judge klu ko sndiri pndai jaga diri..ibarat pakai baju nampak lurah tapi marah bile di cop seksi.. sendiri dh dewasa.. bole pikir..

    0

    0
  2. Ayda jebon says:

    Eiii knpa pelik sgt muka playgirl ni..ko tu mmg playgirl kejap dgn pekin,pstu ngan ank hartawan la apa nama ben ashaari,pstu syafiq amek gmbar pelok2,org tgor terus sentap,melenting ckp org otak cetek pdhal dia lg bangang pkai tdung sbb nk cover muka lebar ngn tlinga capang dia ja

    0

    0
    • Dia Playgirl Desperate Jantan says:

      Korang prsn x? Yg desperate jadi playgirl(aku x kata uqasha, aku mksdkan org luar industri yg bkn artis) kebnyknnye rupa nanhado kan? Apekah dorg nk mengUP diri yg nansendu dgn cara bgitu? Atau kurg keykinan diri takut kekasih x nak serius@serius skjp je ngn dorng makanya dorg psng lain2? Atau smulajdi sundal?. Ada jgk yg cun2(x termasuk yg dh ‘renovate’ muka@bermekap tebal) jd playgirl tp biasanya yg dh stok2 bohsia. Bermakna sama jgk la reason dorang dgn yg nanhado dia ats. Itulah buat prngi jijik, org akn nmpk yg buruk je.

      0

      0
  3. unknown says:

    adik-adik u lagi kerrrlasss dari u.. contohilah mereka.. ko ni ade ke xde ke sama je.. menyemak dunia hiburan..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    artis ni kalau boleh satu keturunan nak bawak masuk. Contoh keluarga maembong dengan si senrose ni lah. Rasanya banyak lagi bakat bakat baru lain yang lebih layak masuk dalam industri ni. Setakat jadi artis nak popular tapi cuma kontroversi dengan lelaki lain lain buat apa. Patutnya dikenali dengan bakat. Bukan kontroversi. Orang pun dah naik muak baca.

    0

    0
  5. cik mek molek says:

    org x lupa lg gmbr kau cium dgn nabil. hahahaha

    0

    0
  6. Anonymous says:

    dulu waktu drama ssid suke tengok die, sekarang jadi meluat pulak…

    0

    0
  7. anon says:

    gonorhea

    0

    0
  8. mojo says:

    Jadi artis Malaysia hanya menjaja kisah nak membured.

    0

    0