Written by Bella | January 26th, 2017

Gosip rumah tangga Serina Redzuawan mula mendapat perhatian ramai apabila minggu lepas ruangan Bipop Berita Harian mengatakan rumah tangganya bersama lelaki Inggeris, Gavin Edward O’lunaigh  kini sedang bermasalah dan Serina juga dikatakan telah ke mahkamah syariah baru-baru ini.

Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, Serina juga tidak lagi memuat naik foto suaminya di media sosial.

Diasak dengan pelbagai persoalan, Serina memohon diberikan ruang sedikit dan akan menjelaskan segala isu mengenai rumah tangganya itu bila tiba waktu yang sesuai.

Apabila tiba masanya, saya akan tampil menjelaskan segala isu yang berbangkit. Ketika ini, saya belum bersedia memberikan sebarang komen dan berharap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga saya.

Serina juga enggan memberikan sebarang butiran lanjut mengenai pemergiannya ke mahkamah syariah.

Serina Redzuawan dan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar bernikah pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

Agak sukar untuk meluahkan apa yang berlaku didalam perkahwinan kepada masyarakat apatah lagi Serina Redzuawan seorang selebriti dan anak kepada seseorang yang agak terkenal. Berilah beliau sedikit masa, tetapi kami tetap doakan agar jodoh beliau dan suami masih panjang. InshaAllah.

Sumber Berita : BH ONLINE

6 responses to Serina Redzuawan Tunggu Masa Sesuai Komen Isu Rumah Tangga Berantakan

  1. Anonymous says:

    Anak seseorang yang terkenal. Kurang sesuai guna ayat anak seseorang yg AGAK TERKENAL. Chef Wan lebih jauh terkenal berbanding artis artis Melayu yg sok sek sok sek lebih.

    14

    0
  2. Anonymous says:

    tolonglah jangan bercerai berai…Syaitan ni kegemaran dia..memecah belahkan umat…sampai kiamat…kalau bersatu kembali..syaitan je yg tak suka..semoga rumah tangga kak selina serta suami..kekal hingga jannatul firdausi..kak selina pun dah jaga fitness..tu satu benda yang baik…keep positive..bykkan berdoa ..in shaa Allah amin semoga kekal.

    22

    0
  3. sentap says:

    yg ni please jgn bercerai…nmpk sweet je…anak pun dah 2…moga2 baik lps ni…

    12

    0
  4. anonymous says:

    harap2 jangan bercerai…..teruskan berdoa moga ada jalan kembali ….masa tengah marah memang la nak cerai bila dah cerai …setan dah tak hasut nanti nyesal

    7

    0
  5. ami says:

    Semoga terus bahagia…semoga terlerai semua kekusutan serta permasalahan…

    5

    0
  6. KiahPropa says:

    Kak Kiah harap Serina dan suami dipermudahkan segala urusan..amin

    3

    0

Leave a Comment

Optional