Written by Bella | October 20th, 2016

Episod penceraian Elly Mazlein antara berita yang memenuhi ruangan hiburan di akhbar dan perbualan utama di media sosial hampir setiap minggu.

Nyata, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dihadapi oleh Elly apabila pelbagail spekulasi yang timbul dan satu demi satu pendedahan yang membuatkan beliau tampak buruk di mata masyarakat.

Namun, Elly semalam  memberitahu beliau tidak mahu lagi mengendahkan perkara berkenaan dan sudah memaafkan bekas suaminya, Azmi Hatta dan Faye Kusairi.

Mengenangkan nasib Elly sebagai ibu tunggal yang harus menjaga seorang bayi perempuan yang masih kecil, ada yang bertanya jika beliau ingin mencari pengganti.

Serik dengan apa yang berlaku, Elly tidak mahu lagi terikat dengan mana-mana hubungan buat masa ini.

Saya bahagia hidup dengan anak dan abah. Buat masa ini saya belum mahu terikat dengan mana-mana lelaki selepas serik dengan perceraian.

Berjaya memasuki pertandingan Gegar Vaganza 3, Elly menganggap ia adalah kurniaan rezeki buat anak dan bapanya. Mereka adalah fokus utama Elly sekarang.

Saya anggap peluang masuk GV3 ini sebagai rezeki anak. Saya berlakon dan menyanyi adalah untuk mencari rezeki buat anak.

Semua yang saya lakukan adalah untuk anak dan abah yang berada di bawah tanggungjawab saya. Setelah mama meninggal dunia tahun lepas, abah tinggal dengan saya.

Bapa dan anak adalah permata yang tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Kami harap Elly kekal bahagia disamping keluarga tercinta dan teruskan bertabah dalam apa jua dugaan hidup.

Sumber Berita : Mangga Media

18 responses to Serik Dengan Lelaki : Elly Mazlein Tidak Fikir Mahu Cari Pengganti, Bahagia Bersama Anak Dan Ayah

  1. Nazareth says:

    APAPUN KELUARGA ADALAH SEGALA-GALANYA…LELAKI/BOYFRIEND/TUNANG/…KALAU SAYANG MACAM MANA SEKALIPUN ADA JUGA PERITNYA…PERIT YANG SUKAR DITERIMA KEMBALI. KELUARGA…SAYANG / BENCI AKAN TETAP MENERIMA / DITERIMA WALAU APAPUN KEADAANNYA…APAPUN BIAR SIMPAN RASA BENCI JADI MAAF.

    29

    0
  2. loyalmalaysian says:

    never say never….Allah knows best…

    2

    0
  3. hello kutty says:

    Salam elly,

    Tahniah! keputusan yg tepat..move on!
    Semoga awak dn anak dimurahkan rezeki..
    Kalo ade jodoh masa depan…apa salahnya kan.. u deserve better elly
    berdoa lah pada Yang Maha Mendengar.. Maha Melihat…..
    InsyaAllah selamat dunia dan akhirat
    Good luck ye GV!

    22

    0
  4. Eliiot says:

    Sudahlah tu Elly. Kita manusia biasa. Kadang2 apa yang berlaku adalah kifarah atau hasil dari kesilapan kita yang lalu-lalu. Mungkin bukan masa bersama Azmi. Mungkin masa bersama orang lain. Sepanjang kehidupan kita, pasti kita ada buat silap dan melukakan hati orang lain. Mungkin secara tak sengaja. Anggaplah hari ini ujian anda pula. Berhentilah buat kenyataan yang silap2 akan membuka pekung kita sendiri pula. Wallahualam!

    12

    1
  5. melati says:

    Bagus lah Elly Mazlien, tapi kalau ader pengganti pun biar lew yg sedap mata memandang & sedap Acc…!! yg lepas biar lah berlalu …pasni tak payah lew ko nk terajang & Penumbuk lagi bila bangun pagi tetiba katak kat tepi..!!!

    5

    1
  6. kecik says:

    mula-mula kesian dengan dia ni.. lama2 bosan lak. hari2 cerita pasal dia..
    sorry eh..

    2

    7
  7. Anonymous says:

    ex wife 1st azmi pun rasa bnda sama dulu2, ni turn elly plk, esok turn faye, lusa turn sape tah dan begitulh seterusnya…hihihi

    17

    1
  8. kentang jenner says:

    Artikel taun lepas2 – sumber Google.
    Elly Mazlein sedang popular menerusi drama ‘Sumpah Bunian’ ini. –
    SAYA rasa nak tamatkan zaman bujang dalam setahun lebih lagi,” kata pelakon dan penyanyi Elly Mazlein yang digembar-gemburkan akan berkahwin dengan seorang pengarah berusia 34 tahun yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak( Stok rampas laki org jugak )
    “Dia bercinta dengan seorang pengarah drama. Semua orang produksi dah tahu. Kalau nampak muka Elly dalam TV, tengok la syarikat mana yang ambil dia berlakon? Mesti syarikat yang dimiliki pengarah tu,” jelas orang produksi.
    Khabarnya drama-drama arahan pengarah tersebut banyak disiarkan di stesen televisyen RTM. Sumber itu menjelaskan, pengarah yang dimaksudkan berumur 34 tahun dan sudah ada dua orang anak. Bila disiasat, rupa-rupanya pengarah itu sudah ada isteri. Maknanya kalau mereka jadi kahwin, si Elly akan jadi isteri nombor dualah atau dikenali sebagai madu.

    Mengikut ceritanya juga, isteri pertama pengarah itu sudah dapat tahu percintaan Elly dengan suaminya. Itupun selepas si isteri “pasang kaki” nak intip dimana dia orang dating. Wow… kalau berlaku perang dunia ke-233, siapa nak jawab? Elly jawab Elly..

    ***

    So sape2 yg backup elly ni jelas2 x tau dulu2 elly pun rampas suami orang, cuma wife azmi masa tu bukan selebriti jd benda tu xdelah 7 ari 7 mlm masuk blog gosip..bukan aku nk backup faye, tapi ketahuilah, elly mazlein and faye tu 2×5. Jadi buang masa korang je nak bertelagah pasal stok2 perampas laki orang ni

    14

    5
  9. Miss Fake says:

    hadoi hidung ko elly mazelinnnnn oiiiii…

    1

    4
  10. Ryna says:

    Jangan cakap lepas. Jangan cakap ikut lidah. Jangan takbur. Yang bagus diam. Serik ker, apa ker. Sendiri tau sudah. Jadi wanita yang berkualiti dan bijaksana. Beauty with a brain.

    5

    3
  11. anon says:

    serik??? azmi pun serik jgk dgn sepak terajang ko. Next time tolong jgn amik laki org….

    0

    13
  12. Aku says:

    Amboi hidung dengan dagu tu tak boleh mancung lagi ke? Muka dah elok elok manis pergi cucuk. Punah.

    2

    2
  13. Saper2 je la says:

    Udah2 le nara citer elly citer faye citer azmi ngok ngek niiiiiiiiiiiii…nak muntah hijo dh aku baca ngn tengok muka tiga2 ni…ko dh x de citer lain ke nara oiiii

    4

    0
  14. Mek Ti says:

    bang nara.. mana entri faye yg u post semlm tu? awat hang delete :(

    1

    0
  15. pemerhati bebas says:

    jgn jadi rita rudaini…dulu ckp serik nak bercinta…skrg sibuk dgn donna muslim…hahaha….

    0

    1
  16. Mumia says:

    Smlm tenguk Melody…

    Tangisan elly dlm drama lakonan lagi real.

    12

    0