Written by AbangNara | September 6th, 2016

Tak sampai sebulan lagi iaitu pada 16 September, kita akan menyambut Hari Malaysia. Selaku seorang rakyat Malaysia, Abang Nara mencintai negara ini sepenuhnya. Abang Nara percaya kesemua rakyat Malaysia mempunyai rasa dan semangat yang sama. Buktinya, baru-baru ini kita dapat melihat bagaimana seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memberi sorakan kepada pasukan negara di Sukan Olimpik Rio 2016 (terutamanya ketika perlawanan badminton) agar dapat membawa pulang sebutir pingat emas. Serius Abang Nara terharu melihat kita semua tanpa mengira bangsa, agama dan umur bersatu hati untuk satu tujuan.

 photo 1_4.jpg

ribuan rakyat Malaysia di Putrajaya ketika aksi Lee Chong Wei menentang Chen Long

Jujurnya, semangat perpaduan seperti ini sudah lama tersemai di dalam hati rakyat Malaysia. Tak payah nak tunggu perlawanan akhir badminton atau sebagainya. Abang Nara selalu nampak rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kaum dan agama beriadah bersama-sama di Taman Persekutuan Bukit Kiara. Baru-baru ini lepas hantar anak ke sekolah, Abang Nara pergi ushar taman ini sebagai persediaan hujung minggu nak bawak anak-anak tercinta.

 photo 2_4.jpg

ribuan rakyat Malaysia di Putrajaya ketika aksi Lee Chong Wei menentang Chen Long

Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Boleh jogging, bagi ikan makan, ambil udara segar, buat senaman guna alatan yang disediakan, main dengan anak-anak, zumba dan macam-macam lagilah. Untuk anak-anak pun ada taman permainan yang amat bersih, selamat dan dijaga rapi. Kalau anda suka bersenam, memang macam-macam alatan ada. Time Abang Nara pergi nie tak ada orang sebab dah dekat tengah hari. Mana ada orang bersukan waktu panas-panas camnie kan?

 photo 3_3.jpg

Abang Nara cuba meng”tough”kan diri dengna melakukan tekan tubi

 photo 4_4.jpg

taman permainan yang cukup besar

Akhirnya hujung minggu pun tiba, Abang Nara, isteri membawa Aariz dan Arissa meluangkan masa di Taman Persekutuan Bukit Kiara selepas menghadiri kenduri kahwin member. Excited sungguh budak 2 orang ini. Kami sampai kira-kira jam 6 petang. Jadi memang ramai rakyat Malaysia berbilang kaum yang tengah bersenam, jalan kaki, bawak family, bagi ikan makan, main dengan anak dan macam-macam lagilah.

 photo 5_3.jpg

ok Aariz dan Arissa memalu kucing lagi

 photo 6_3.jpg

Arissa mencuba mengimbangkan badannya sementara Aariz kagum melihat seorang abang bersenam

Seronok sungguh bawak anak-anak jalan di Taman Persekutuan Bukit Kiara ini. Udaranya segar. Pokok banyak jadi suasana pun redup. Paling best orang ramai yang hadir amat mesra, selalu tersenyum dan rajin bertegur sapa.

 photo 7_2.jpg

borak-borak dengan segerombolan manusia yang tengah tangkap Pokemon

 photo 8.jpg

Aariz dan Arissa luma lari sapa lagi laju sampai kat ayahnya

Seronok melihat rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kaum dan agama semuanya menggunakan kemudahan yang disediakan dengan begitu baik sekali. Semuanya enjoying their own time di Taman Persekutuan Bukit Kiara ini. Aariz dan Arissa jangan cakaplah. Siap suruh datang lagi minggu depan sebab nak bagi ikan makan. Kali ini terlupa nak bawak makanan ikan jadi kami cuma tengok je ikan dalam tasik tue.

 photo 9.jpg

minggu depan kita datang bawak makanan ikan ye

Part paling best dan paling seronok untuk Aariz dan Arissa ialah memakan aiskrim selepas penat berlari satu taman. Korang kalau datang sini jangan lupa bawak duit. Ada jual aiskrim, air soya dan macam-macam lagilah.

 photo 10.jpg

emaknya pun turut sama excited nak makan aiskrim. Hehehe

Abang Nara, wife, Aariz dan Arissa tersangatlah enjoy menghabiskan masa di Taman Persekutuan Bukit Kiara. Insya Allah minggu depan datang lagi. Kali ini nak bawak Alara sekali. Boleh tolak dia dalam stroller. Bagi angin sikit. Heheh

 photo 11.jpg

jom kita balik jom. Minggu depan datang lagi

Abang Nara percaya korang pun ada tempat tersendiri untuk lepak buat aktiviti bersama rakan-rakan dan keluarga tercinta. Cuba korang kongsikan di Facebook AIA Malaysia dengan hastag #MySwatowLaneClub?aktiviti lokasi-lokasi yang anda bersama rakan-rakan atau keluarga sentiasa meluangkan masa melakukan aktiviti-aktiviti seperti futsal, badminton, yoga, gym dan macam-macam lagi. Mungkin video di bawah akan memberi inspirasi kepada anda semua.

Kongsikan cerita anda di Facebook AIA Malaysia. Selamat Hari Malaysia Abang Nara ucapkan kepada anda semua.


TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 responses to Sepetang di Taman Persekutuan Buat Diri Ini Menggamit Memori Lama

  1. ponpon says:

    nara oh nara

    0

    0
  2. Kaki Ponteng Earth Hour says:

    Raya Haji dulu baru Hari Malaysia

    0

    0