Written by AbangNara | December 26th, 2012

Pucuk dicita ulam mendatang. Tengah Abang Nara terfikir nak pergi berehat menghirup udara segar, tiba-tiba Abang Nara mendapat undangan untuk ke Awana Genting. Bukan pergi sekadar suka-suka sebab Abang Nara ditugaskan untuk member sedikit “talk” kepada bloggers yang hadir.

awana genting

Mulanya Abang Nara ingatkan event ini akan dijalankan di hotel Awana Genting. Rupa-rupanya Abang Nara tersilap. Bersebelahan hotel Awana, ada sebuah rumah panjang yang agak tersorok. Kehadiran Abang Nara disambut dengan kicauan 200 spesies burung.

awana genting

Udara yang nyaman, suasana penuh ketenangan dan pemandangan yang menghijau menyebabkan badan Abang Nara terasa lebih segar. Namun di sebalik ketenangan itu, Abang Nara terkejut apabila masuk ke dalam rumah panjang. Penuh dengan hantu-hantu di dalamnya.

awana genting

Rupa-rupanya tema event yang dianjurkan oleh Awana Genting kali ini ialah Halloween Night. Ramai jugak bloggers yang join aktiviti ini. Sayangnya Abang Nara datang lewat sehingga terlepas beberapa aktiviti menarik. Jeles plak tengok muka ceria mereka melakukan senaman beramai-ramai.

awana genting

Selepas makan malam dengan seafood yang amat lazat, Abang Nara dan para blogger berkumpul semula di rumah panjang. Gelabah jugak sebab kena berkongsi pengalaman selama 4 tahun menjadi blogger dengan mereka. Nasib baik ada seorang lagi speaker iaitu Ernest Ng yang popular dengan komik blog www.dontlikethatbro.blogspot.com.

awana genting

Setelah selesai sesi Ernest Ng, Abang Nara pun mengambil mikrofon untuk berkongsi cerita serba sedikit tentang dunia blogging. Banyak jugak soalan yang diterima. Yang seronoknya tak sangka ramai juga pembaca BeautifulNara yang berbangsa Cina. Ternyata berita selebriti adalah bersifat universal.

awana genting

Selepas sesi tersebut, ada pula sesi penyampaian hadiah. Best jugak hadiah-hadiah yang dimenangi oleh bloggers yang hadir. Ada yang dapat penginapan percuma, ada yang dapat free theme park access dan macam-macam lagilah. Kesemua bloggers yang hadir adalah Genting Evangelist di laman web Nuffnang.

awana genting

Sayangnya Abang Nara tak sempat bermalam di rumah panjang Awana Genting sebab rindukan anak. Malam itu juga Abang Nara balik ke rumah dengan 1001 kenangan manis. Yang penting, otak terasa fresh dapat menghirup udara segar di Genting. Satu hari nanti Abang Nara akan datang bawak wife dan anak pulak jalan-jalan di Awana Genting.

awana genting

Namun diharapkan ketika itu perhiasan di rumah panjang Awana tidak lagi bertemakan Halloween. Kang tak pasal-pasal anak Abang Nara menangis pulak. Hehehe. More info tentang Awana Genting, boleh layari www.awana.com.my.

Baca Yang Ini Pulak:-

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 responses to Sepetang Di Awana Genting

  1. kak naruu says:

    pulonn laa abg nara nie .. huhu

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 2
    • Nana says:

      Mohon nara jgn nk buat highlight sgt bnda2 mcm ni. Bkn gosip artis pun. Stakat post mcm ni xyh la smpai kami nk kna tgk setiap page. Haduhh. Da la pnjang nk skrol

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 2
    • Kak Cham Kuat Gosip & Tido says:

      blog Nara ni lah paling best dlm Malaysia pasal semua bahan2 dia ORIGINAL! xde copy paste mana2… Nara selalu turun padang korek berita sendiri.. xde cedok gosip kat Forum Cari… kelas kan blog Nara ni.. berkat duit yg dia dpt!

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 1
    • Pfffttttt says:

      “Rupa-rupanya tema event yang dianjurkan oleh Awana Genting kali ini ialah Halloween Night”

      Bang Nara jangan nak pura-pura innocent pulak tak tau event tu theme halloween. Ni event kt hotel, mesti dia inform awal2.

      Tak payah hadir la event2 mcm ni contohnye Christmas theme, Halloween, Easter dan yang same waktu dengannya.

      Lain kali jangan buat lagi tau ;)

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1
    • kina says:

      klu pergi kat sana…kita pilih hotel awana jer lah..bukan apa rumah panjang tu mcm pelik jer menakutkan btol…kita ni perempuan rasanya lebih baik tinggal kt hotel awana selamat sket..klu nk hirup udara nyaman apa susah buka je lah tingkap hotel…udara nyaman masuk lah..selamat pun selamat

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  2. Adriany Chong says:

    Seronook sungguh bila baca cerita yang 100% ditulis oleh Nara, bukan salin dan tampal. Bagus!!! teruskan usaha lagi Nara.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 2
  3. mak jemah says:

    mak aih… dah la gemuk, pakai seksi pulak tu… geli gleman aku ngengok. huduh mcm model tayar michelin pulak

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  4. Anonymous says:

    BILA LA AKU NK G GENTING LGI…seronok bawa anak2 jalan d sana ngan udara dia y sejuk….

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  5. kadang2 musykil says:

    Abg Nara,
    Maaf, cuma nak kepastian.. pada gambar kedua terakhir tu saya nmpak wanita yg berdiri di sebelah kanan Abg Nara tu pegang kertas bertulis “Evangelist Incentive Program” dan program ni kata Abg Nara juga disertai blogger Genting Evangelist. Adakah program ini ada kaitan dgn Gerakan/Kumpulan Evangelist (Pertubuhan Kristian)? atau sekadar nama yg hampir serupa? Mohon penjelasan..

    To those who are Christians, I’m trying not to be prejudice.. if my perception is true, to bring a Muslim into an event related to Christianity is unacceptable in Malaysia context.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 25 Thumb down 4
    • Melayu Murtad? says:

      Hidden due to low comment rating. Click here to see.

      Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 25
    • UrmmOhh says:

      This is the only reason Islam far away from other religion coz always finding the differences between them but not the common value. Good to ask but, for me better u email privately to Nara ur ques about the sensitive issue. This is the entertainment blog so cheers with the good issues only.

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 2
    • lolilo says:

      yang korg yang islam tu join, kenapa? korg fikir negara malaysia ni hanya ada orang melayu and islam je ke? bangsa lain yang sambut halloween, bangsa korg pulak yg lebih2 nak ikut. nanti nak salahkan org sedangkan diri sendiri yg salah. kalo tahu benda tu dosa, jangan ikut. jangan lebih2…FAHAM.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  6. Sue says:

    cantiknye tmpt die….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 3
    • Anonymous says:

      cantik apa bendanya….kalau kt hotel awana cantik la jugak..ni tempat dia cam tu….

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  7. suka hati says:

    abg nara.. post la pasal era dgn anak dye yg korean look tu… heee.. sweet!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 5
    • Anonymous says:

      kalau anak erra d gandingkan ngan anak nora danish mesti cute gila……dua2 cam ada muka jepun…

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 2
  8. Anonymous says:

    tempat y abg nara pergi ni pn sy tengok mcm menyeramkan jer…keadaan sekeliling y menyeramkan….apa pnya tempat la….pompuan y aksi menongek y ingat dia cantik tu pn menyeramkan n mengelikan……

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 3
  9. Anonymous says:

    heiiii….tempat cam tu abg nara pergi….

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  10. nurhawa says:

    abg nara…saya pernah pergi..ada meeting kat Awana Hotel, then buat sukaneka kat situ..naik buggy! mmg best, nyaman n happening!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  11. Riehan says:

    Hujjah dan Dalil
    Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. Bermaksud:

    “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Al-Kafirun ayat 1-6)

    Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

    “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak. ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj ayat 67)

    Kesimpulan
    Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.

    Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya.

    Akhir kata
    “Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.” (Al-Ghafir ayat 39)

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  12. Anonymous says:

    ape ni si NARA ni….gosiping pandai…ni dah celebrate halloween ape cer….bini ko pun pakai tudung kan…. akhlak kene jaga

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  13. nana says:

    hai abg nara, ish 18x…duit punya pasal, halloween pon u support…kalau artis yg pegi haloween parti, bukan main lagi u mengata…siap cakap pasal agama….xperlu kot abg nara! hilang respect saya

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1