Written by AbangNara | October 28th, 2015

Kumpulan pelawak Sepahtu pada Jumaat gagal dalam saman mereka terhadap kumpulan akhbar The New Straits Time Press (NSTP)(M) Berhad berhubung penerbitan satu artikel yang mendakwa seorang daripada anggota kumpulan itu mengamuk kerana tidak terpilih sebagai juara program realiti Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014).

Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Datuk Anita Harun menolak saman yang dikemukakan anggota kumpulan itu, Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Shahmira Muhamad selaku plaintif, dalam kamarnya pada Jumaat.
jep dan shuibProsiding itu dihadiri peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili kumpulan pelawak itu, manakala peguam She Yi Ooi mewakili syarikat penerbitan berkenaan selaku defendan.

Aizul Rohan ketika ditemui pemberita berkata tuntutan saman anak guamnya ditolak selepas mahkamah berpendapat artikel yang disiarkan oleh akhbar Metro Ahad itu tidak memalukan plaintif.

Peguam itu berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.
jep dan shuib

Pada 18 Mei lepas, Mohd Nadzri, 30, atau lebih dikenali sebagai Jep dan Shahmira, 31, yang lebih dikenali sebagai Shuaib memfailkan saman itu selepas mendakwa artikel bertajuk “Jep mengamuk Sepahtu Kalah”, yang disiarkan melalui ruangan Cik Pang dalam akhbar Metro Ahad pada 15 Februari lalu mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah dan berniat jahat terhadap mereka.

Mereka mendakwa artikel yang menyatakan bahawa Jep mengamuk di belakang pentas dengan memaki dan mengugut untuk mendapatkan orang yang bertanggungjawab menjatuhkan Sepahtu sehingga tewas dalam MLM2014 adalah satu fitnah.

Kedua-dua plaintif mendakwa artikel itu antara lain membawa maksud bahawa mereka mempercayai ilmu hitam dan bomoh, tidak mempunyai semangat bersaing yang sihat, bersikap tidak matang dan tidak profesional.

Jep dan Shuib juga mendakwa artikel yang disebar luas di media sosial memberi impak negatif terhadap mereka dan menjatuhkan populariti mereka dalam kalangan masyarakat serta artis tempatan.

Oleh itu, mereka memohon deklarasi bahawa kenyataan libel yang disiarkan defendan adalah fitnah selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, kos serta dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam pernyataan pembelaan NSTP yang difailkan pada Julai lalu, defendan menafikan perkataan-perkataan dalam artikel itu mengandungi unsur fitnah.

Syarikat penerbitan itu mendakwa telah secara jujur tanpa niat jahat dan berdasarkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab telah melaporkan secara langsung keadaan dan aksi semasa MLM 2014. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

39 responses to Sepahtu Gagal Saman Fitnah Terhadap Metro Ahad

  1. melati says:

    Adoiiiii….Harian Metro ni memang pandai buat citer, saya masih ingat gambar Restoran bogel yg di siarkan oleh Harian Metro konon nya Restoran tu dlm KL…apibila saya tgk Google rupanya kt Indonesia….pastu saya terus tk baca Harian Metro lg…..Harian Metro…ingat lah jika anda memburukan Negara sendiri semata2 untung kaut untung..Ibarat anda memburukan ibu sendiri…ingat Harian Metro…….

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Aduh… kalah plak…
      Ni yg tak besh kalah ni…
      Kalau kalah nanti wartawan dia leh tulis citer sesuka hati dia lagi.
      Pastu dia cakap… artikel tu tak memalukan..
      Apa makna istilah memalukan?
      Pada aku artikel mcm tu dh memalukan..
      takkan bogel je yg consider malu kot.

      0

      0
      • apa daaa says:

        memalukan sampai jadi stress, gila tak boleh tido. sampai xde job…sampai kena boikot sehingga tiada pendapatan. itu baru boleh menang saman minah hoi.

        0

        0
        • kak semah says:

          pihak yg berasakan dirinya difitnah/dimalukan perlu membuktikan di mahkamah bahwa maruah n reputasinya telah rosak akibat kata2 yg diucapkan itu. ‘kerosakan’ reputasi itu mestilah berkaitan dgn kerugian yg blh diukur dr sudut kewangan. contoh: sebagai contoh, encik sado bin samdol berhutang rm10 juta dengan bank.. x lah boleh dianggap memalukan kerna hampir setiap dpd kita ada membuat pinjaman dengan pihak bank.

          0

          0
        • bunga says:

          betul lah tu…pandai2..

          0

          0
      • arifin says:

        bongak..tau plak nak saman..

        0

        0
    • Anonymous says:

      kes ini teringat aku kes makamah tolak kes saman malu azwan ali tahun 2000 untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM2 juta terhadap tv3 n tiga defendan lain termasuk kak ogy dan penerbit melodi. azwan ali gagal membuktikan kesnya terhadap ogy kerana kata-kata ogy yang berbunyi: ”kau ni pun jadi macam azwan ali-lah…ziana zain kawin kau orang menangis! Kenapa aku kawin kau orang tak nangis? menurut hakim itu, perkataan yang diucapkan oleh ogy dibuat secara bersahaja sebagaimana yang dicadangkan dalam rancangan melodi yang mencuit kelucuan pada artis-artis tempatan. beliau menjelaskan, perkataan ‘kau orang’ yang bermaksud banyak peminat ziana zain termasuk azwan yang mengakui meminati penyanyi berkenaan.oleh itu, jelas lagi, jika perkataan-perkataan tersebut dianggap memfitnah maka lelaki dan wanita yang menjadi perhatian umum akan berderet-deret membuat saman fitnah.

      0

      0
    • bunga says:

      bukannya lawak pun …org saman dia pun nak saman …

      0

      0
    • lululolili says:

      Korang tau tak why Harian Metro win this case….sebab lawyer dia cina, and being the stereotype that i am..well cina kan lagi pandai. Tengok lawyer laaaaa

      0

      0
  2. melati says:

    takper lah Jep..yg penting jgn ikut cam Nabil a.k.a. Najis ..udah…

    0

    0
  3. maybes says:

    hanya mereka2 shaja tau kebenaran nya..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    tak minat ngan Jep,dulu masa awal Sepah,okey ler,skrg ni dah tak lawak,cuma peminat fanatik sepah je banggang.Macammana industri lawak nak maju,fanatik terlebih lebih.

    0

    0
    • Jemah says:

      Itu baru namanya peminat, bukan minat masa lawak n popular aja, Statement biar bijak sikit.

      0

      0
      • Anonymous says:

        sebab tu industri hiburan kat Malaysia tak maju maju,bak pelakon,penyanyi atau pelawak,semua syok sendiri,dek di sebabkan peminat yg terlebih fanatik,negara lain dah cecah tahap world rangking,Malaysia pula cecah tahap galaksi bima sakti syok sendiri,takde kesedaran langsung.

        0

        0
  5. oi melati says:

    oi melati, kau dah kawan dengan dajal ke kau tahu dajal tak bahan OKU?

    0

    0
  6. mimi says:

    Sabar la sepahtu…
    Lepas dunia… Akhirat ….? emmm ….
    lamanye korang xmsuk tv…JEP hang mana dgn Shuib….

    0

    0
  7. Miki says:

    Shahmira tu nama btol shuaib ke..huhu

    0

    0
    • imah says:

      betulah lah tu nama shuib..shuib ni ok aper yg x ok tu hah yg sebelah dia ha..ha..ha..shuib ni kerja keras majukan diri…

      0

      0
  8. bunga says:

    sepahtu ni bukan nya kelakar punnnn..idea cetek..

    0

    0
  9. kemboja says:

    dah lah x kelakar mana pun asyik membahankan shuib jerrr…

    0

    0
  10. syang says:

    nabil memang best…jd pengacara pun rating tinggi klu bg jep kelaut lah jawabnya..

    0

    0
  11. kaka says:

    Haji nabil the best x gagap bila bercakap..idea fresh…

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Hahaha..,kalah! Hahaha!

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Nabil suckssss asssss

    0

    0