Written by Bella | September 7th, 2015

Semalam, Raja Farah telah pun disatukan dengan tunangnya, Iskandar Ismail yang merupakan seorang ahli perniagaan dalam satu majlis pernikahan berlangsung di  Masjid Ampuan Jemaah,  Bukit Jelutong Shah Alam hanya dengan sekali lafaz.

Majlis mereka berlansung cukup meriah dan kedua mempelai tampak sungguh anggun serta sepadan mengenakan busana putih pada majlis tersebut.

Jika sebelum ini Raja Farah mengakui kesungguhan Iskandar memikat dan membuka pintu hati beliau untuk bercinta semula, kali ini suaminya pula memberitahu senyuman Raja Farah yang membuatkan beliau terpikat saat pertama kali bertentangan mata di sebuah restoran Arab pada bulan Ramadhan lepas.

Kali pertama saya nampak dia di restoran Arab dan saya lihat dia senyum kepada saya. Sejak itu saya nekad untuk mencari tahu tentang dirinya.

Pada mulanya memang saya kurang yakin kerana kawan-kawan beritahu bahawa dia seorang artis ternama dan saya hanya orang biasa sahaja. Tetapi selepas saya berhubung dengannya menerusi WhatsApp barulah saya tahu dia seorang yang merendah diri.

Dalam usaha untuk mengenali Raja Farah dengan lebik baik, jejaka tersebut telah menonton  semua filem yang pernah dilakonkan oleh isterinya itu. Berbicara mengenai perancangan mereka untuk mendapatkan cahaya mata, Iskandar menyerahkan urusan tersebut kepada rezeki dan ketentuan Allah SWT.

Kami tidak rancang tentang anak lagi, kalau boleh memang mahu cepat dapat anak, namun itu semua ketentuan Allah.

Inilah orang kata cinta pandang pertama, semoga jodoh kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sudah sama cantik dan sama padan, rupa pun seiras bukan?

Sumber Berita: mStar Online

24 responses to Senyuman Beliau Buat Saya Terpikat – Suami Raja Farah

  1. Anonymous says:

    Mmmm baru lagi belum dapat……

    0

    0
    • kawin,cerai,kawin.... says:

      Senang nya dpt penganti.
      “Sekali I petik…. 10 yg datang tau”!!!
      So bang….
      U jgn over confident sangat.!!

      0

      0
    • Anonymous says:

      mulut jahat… sekurang dia berani ajak si farah kawin.. dari ko berani taip je… nma pun xletakk

      0

      0
    • miss lollipop says:

      artis ternama..????

      hmmmm, cuma terpikir senang betul dapatkan Raja Farah ni, dalam edah dah couple, elok lepas edah bertunang, tup2 kahwin….

      0

      0
      • Lovelyvic says:

        Ala… dia dah tak tinggal sama ngan suami dia dh berapa lama…
        Gantung gitu je… Pmpn bukan malaikat…
        Jangan la kita expect dia tutup mata… tutup hati sepanjang kena gantung tu.
        Dia bukan maksum..
        Kalau lelaki semalam cerai, arini kahwin lain… nampak suci je..
        Kalau pmpn… habis edah… bertunang je pun… mcm2 mengata..
        Apa la…

        0

        0
        • berhukhuk says:

          aku sokong ko….mybe sbb gntung xbertali tu sbb dia sng dpt pgnti..mudah2 aku pun cm tu jgk huhuh..

          0

          0
        • miowz says:

          yea…btul tu….kalu cerai pmpuan jgk yg org kutuk2…salah smua kt pmpuan….alhmdhllh da jumpa pganti…aku da stahun kne tgal x jumpa jgk pganti…..hanya allah yg tahu perasaannya bila bgelar janda ni….tpi..tkpala redha dgn ktentuanNYA…status kt dunia je….

          0

          0
        • Jah says:

          oo gantung x bertali ghopenye mmg poyo bks laiki dier tu kata nak rujuk bl tau Fara tunang plak aritu..

          0

          0
      • lijio says:

        komksenksjdhif

        0

        0
  2. minah jambu says:

    Yes ! hehe..

    0

    0
  3. aku says:

    semoga perkahwinan ini kekal hingga ke jannah..amin..

    0

    0
  4. Mirai Suenaga says:

    Hmmm…padan laa… hensem kot..
    makan hati la ex-laki…

    0

    0
  5. cat88 says:

    muka sama.sepadan sgt. Congrats farah. semoga jodoh berkekalan hingga ke jannah =)

    0

    0
  6. izzy says:

    apsal ye kalau org biase kawen ngan artis mesti statement yg sama akan kluar..
    “pada mulanya saya x tau siapa dia, kawan2 bgtau dia artis”… blablabla.. moralnya kalau nk kawen ngan artis, duk bawah tempurung … tp make sure kawan kena org yg tau psl artis….!

    0

    0
  7. cantik says:

    mmm…sama padan & sma cantik…tahniah..

    0

    0
  8. lia says:

    jodoh kali ini sgat sepadan nampaknya..tk dinafikan yg dulu mmg takda carisma dlm fizikal. h/b dulu mcm budak2 tk mature…yg ni nmpaknya sgt sempadan.apapun congrats.

    0

    0
  9. beauty says:

    itulah namanya jodoh ditangan Tuhan…kita sebaigai manusia perlu redha qada n qadar.

    0

    0
  10. senyum says:

    ‘senyum la senyum la ahaii cik mek molek’

    0

    0
  11. Anonymous says:

    tapi mmg tak dpt dinafikan senyuman RF ni mmg manis

    0

    0
  12. jeni says:

    Esok nak pegi restoran arablah..sambil senyummmm kambinggggg…mana taj ada yang jatuh hati nanti…untung raja farah, abhy abadi janda laku panas….cuma harap panas sampai ke petang lah hendaknya….

    0

    0
  13. ain says:

    mana tahu suami kedua ni jodoh yang sebenar2 nya…ada yang kawin pertama terus kekal dan yang kedua ketiga..jangan la dipertikaikan ketentuan dia..

    0

    0
  14. Nakal says:

    Jangan bila dia x senyum,x trpikat pulakkk… kihkihkihkih

    0

    0