Written by AbangNara | March 23rd, 2015

Hari itu duduk borak-borak dengan isteri tercinta, tiba-tiba Abang Nara terfikir nak tanya sebab apa dia jatuh cinta dengan diri ini. Korek punya korek, katanya Abang Nara ada ‘killer smile’. Amboi!!!! Bila senyum nampak taring maka makin manis katanya. Hensem tue tak lah sangat. Hehe.

invasalign

manis tahap Cristiano Ronaldo masa nie

Namun secara jujurnya, Abang Nara tak berapa gemar dengan gigi taring tersebut. Memang nampak ke hadapan sangat. Dulu teringin nak pakai braces, tapi terfikir kena ada dawai dalam mulut selama beberap tahun, terus hasrat itu dibatalkan. Lagipun braces tak boleh bukak ketika nak makan. Jadi rasa tak seronok pulak kalau sisa makanan terselit.

invasalign

nak pasang braces pun sakit katanya

Jadi pada suatu hari apabila Abang Nara ditawarkan untuk buat Invisalign (macam braces tetapi lebih selesa dan moden), terus diri ini teruja. Namun untuk mengetahui sama ada gigi Abang Nara sesuai ke tak, kenalah pergi check dulu. So Abang Nara pergi ke Klinik Pergigian Damansara.

invasalign

posing sikit dengan kotak Invisalign yang bakal diterima nanti

Doktor yang bertanggungjawab menerangkan segala proses Invisalign kepada Abang Nara bernama doktor Aaron. Orangnya sangat peramah. Penerangannya sangat jelas. Muka pun hensem. Paling penting gigi cun melecun.

invasalign

Langkah pertama untuk membuat Invisalign ialah membuat x ray gigi kita. Kenalah tengok sesuai ke tidak. Proses ini mengambil masa 15 minit je. Hanya perlu berdiri tegak. Ini semua dilakukan selepas mendengar penerangan tentang Invasalign. Teruja juga Abang Nara kerana Invisalign ini hanya perlu dipakai paling lama setahun sehingga setahun 6 bulan berdasarkan gigi masing-masing.

invasalign

hasil x ray dapatlah buat gigi ini

Selesai buat x ray gigi, doctor memanggil Abang Nara masuk ke biliknya untuk ‘makan aiskrim’. Comel kan terma ini? Sebenarnya Abang Nara kena gigit macam ubat gigi untuk doctor dapatkan lakaran gigi yang betul. Yang ini pun kejap je. Dalam lebih kurang setengah jam dah boleh settle dah.

invasalign

doctor bubuh aiskrim

Settle menggigit, Abang Nara buat appointment after 2 minggu untuk berjumpa dengan doktor Aaron Perjumpaan kali ini untuk melihat sendiri lukisan 3D yang dicipta oleh pengeluar system Invisalign untuk Invisalign set yang akan dipakai oleh Abang Nara. Menarik sungguh lukisan tersebut. Ia lengkap dengan pergerakan untuk menunjukkan perubahan yang akan dialami. Abang Nara punya kondisi gigi agak teruk jadi kena pakai selama 1 tahun 6 bulan.

invasalign

doktor gigih bagi penerangan

Selepas berpuas hati dengan penerangan yang diberi, Abang Nara pun cakaplah kepada doctor yang boleh go on dengan Invisalign ini. Jadi apabila Abang Nara pun dah bersetuju, doktor pun okay. Kenalah tunggu beberapa minggu sebab Invisalign ni perlu dikeluarkan khas bagi Abang Nara. Buat masa ini, Abang Nara belum dapat lagi Invisalign ini. Jadi tak dapat nak tunjuk bendanya. Nanti dah dapat Abang Nara akan kongsikan pengalaman menggunakan Invisalign.

invisalign

macam inilah Invisalign tue nanti

Kalau kalian juga mengalami masalah yang sama seperti Abang Nara, bolehlah pembaca-pembaca sekalian layari laman web Invisalign untuk mendapati maklumat yang lebih lanjut. Apa yang lebih seronok lagi adalah Nuffnang Malaysia kini sedang menjalankan kontest blog bersama Invisalign – seramai 3 orang pemenang akan berpeluang memenangi treatment Invisalign ini secara percuma! Layarilah laman web rasmi Nuffnang Malaysia untuk maklumat yang teliti. Selamat mencuba semua!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

50 responses to Senyum Lebih Menawan Dengan Invisalign

  1. mutiara says:

    member ade buat rm8k..tapi bukan la bayar sekali pepepop..

    0

    0
  2. comel says:

    Kena cabut gigi x utk wat ni?

    0

    0
  3. zul ariffin says:

    tangan sado ke kena busung bro? kena mkn byk sayuran dan vitamin D.

    biceps mana boleh edit beb… nak bicep angkat besi laa

    0

    0
  4. nina says:

    brape hengget nk buat? cian kan kalo org x bape mampu nk buat tp xde duit…
    hmmmmmmm :( :(

    0

    0
  5. KECIK says:

    ABG NARA, harga dia berapa ribu?

    0

    0
  6. KECIK says:

    berapa ribu ni abg nara ?

    0

    0
  7. Hehe says:

    Kat mana tu abang nara? Bagi ler detail . Mcm bestt jek

    0

    0
  8. Leelasuria says:

    nak buat invisalign brgntung pde jnis gigi..klau gigi sy kne rm12000 mhal sgt so sy gne yg jnis besi je..(^-^)

    0

    0
  9. ALIA says:

    Apesal bentuk die cam retainer ye…maksud nyer boleh bukak2 la ni..kalo x rajin pakai rugi je la ye?

    0

    0
    • puan jaja says:

      yup, kene rajin pakai, bila kita jrg pakai, kedudukan gigi akan ‘lari’ dan buat rasa tak selesa.. lelama mesti tak nak pakai..

      0

      0
    • sweet aisha says:

      nampak macam retainer tapi sebenarnye bukan ini kami panggil aligner
      retainer hanya untuk maintainkan gigi dari bergerak ^-^

      0

      0
  10. puan jaja says:

    pengalaman buat braces dekat ukm dlu (kes gigi berlapis), 3 tahun pertama pakai besi dulu, after tu baru pakai mende alah ni.. masa tu tahun 2007..
    tp mmg lecek pakai ni.. memula pakai, bercakap mcm lidah pendek.. huhu.. bab makan kat luar such kedai, kenduri plg rare.. nak buka kene pi bilik air dlu tuk bukak.. yela, xkn nak buka kat meja makan kan.. larikkk semua org nti..
    tp yg best, org tak perasan pun kite pakai something kat gigi..

    0

    0
    • pen says:

      yg puan jaja pakai tu retainer..xubah bentuk.utk jaga gigi yg dh disusun supaya xbergerak.yg invisalign ni lain sikit,,setiap beberapa minggu kena jumpa dr, realign balik gigi gerak sikit2 sampai gigi tersusun cantik..
      fungsi invisalign ni sama je mcm braces,cuma braces dr akan ketatkan besi. invisalign ni alternative wire braces,, dr akan tukar invisalign ikut pergerakan gg

      0

      0
      • puan jaja says:

        owh.. lain ye.. fungsi yg berbeza tp dgn konsep yg lebih kurang sama kan? thanks for the info ye pen..
        tp pd pandangan sy, invisalign ni mmg bgs terutama sesiapa yg displin.. sbb boleh ditanggal kan.. kalau malas, mesti lambat nak cantik..

        0

        0
  11. mak minah says:

    rasanye mcm yana shamsudin pakai tue…sbb tue tak nmpk besi kat gg dia..kan2…btl tak abg nara….

    0

    0
  12. AbangNara says:

    yes memang betul invisalign nie tak nampak di gigi. untuk kesan terbaik kena pakai 22 jam. sehari dua tue memang tak selesa, tapi hari ketiga dah tak rasa apa dah. nak makan kena bukak, itu sahaja. minum boleh pakai, tak ada masalah. memang senang!!!

    0

    0
  13. khairul says:

    asd

    0

    0
  14. khairul says:

    kalau bawah RM4000-5000, ok lagi la.

    0

    0
    • sofia says:

      Mmg x dpt la bwh 5k.yg besi tu pon lebih dr tu kalau buat kt private.unless g buat kt gomen tp list nye betahun bru smpi turn kite.

      0

      0
    • syida says:

      saya pernah pkai slps pkai braces, utk menggantikan retainer tapi takde la mahal sgt.. pakej sekali dgn buat braces..

      0

      0
      • sweet aisha says:

        yang awk pakai tue retainer tapi yangabag nara pakai adalah aligner
        barang yang datang dari US

        0

        0
  15. Kak jah bisnis wiman says:

    Pfuhhhh bicep abg nara !!!!
    Wow !!!!
    Meleleh air mak …awwwwew
    Gatal nya .. Awwew

    0

    0
  16. Kak jah bisnis wiman says:

    Uhhh ahhhhh mmmmm aueewewe
    Auuuuh uhhhhhh ABG !!!!
    Abg !!!!
    Sembelit ni bang … Hahahhaha

    0

    0
  17. wan says:

    Ayda jebat klo tgok dlu gigi dia berlapis

    0

    0
  18. sayaaaaaaaaaa says:

    Bukan ke benda ni namenya retainer? Sy dulu pakai braces..after setahu lbih bukak braces kene pakai retainer ni la selame 6 bln..tp sy xpakai sbb sakit sgt.. Ketat sgt retainer ni..

    0

    0
  19. mamaliza says:

    Nara, cost mahal?..menarik jugak ni

    0

    0
  20. cekmekmolek says:

    bnd ni just utk efek camouflage susun gg boleh,la..lg2 utk yg dah tua mcm abg nara.utk btulkn orthognatic xbole invisalign ni..

    0

    0
  21. Razak says:

    No telefon Damansara orthodontic clinic 03-2093 6160

    0

    0
  22. melati says:

    YG ni Khas untuk Anonymous dan menyamar nama Melati…sebab mereka ni banyak pakai Gigi palsu …sebab tu mereka nyamar namer org lain….mereka malu nk tonjol namer sendiri…itu lah hakikat nya…hehehe

    0

    0
  23. melati says:

    Saper yg Dislike mesti dia pakai Gigi Palsu…..

    0

    0
  24. sedangang mencari kerja kami sediakan pelbagai jenis kerja jom buat permohana segera

    0

    0
  25. aku cakap... says:

    doktor gigi yg ensem…

    0

    0
  26. Alhamdulillah..syukur Allah anugerahkan gg cntik tersusun.Jimat kos nk bwat gg….

    0

    0
  27. Anonymous says:

    gigi saya sama cam abg nara….so, berapa kos yg abg nara perlu bayar.

    0

    0
  28. sal?xpuas hati? says:

    gambar abg nara pakai baju merah tu mcm x mandi lg.. busuk je nampak abg nara ni..

    0

    0