Seniman Buat Laporan Terhadap Isu Najip Ali Bukan Untuk Cari Publisiti Tetapi Tidak Mahu Perkara Berulang – Zed Zaidi

Hiburan

Seniman Buat Laporan Terhadap Isu Najip Ali Bukan Untuk Cari Publisiti Tetapi Tidak Mahu Perkara Berulang – Zed Zaidi

Isu selebriti Singapura, Najip Ali yang mempersenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia. Malah, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) juga telah membuat laporan polis terhadap Najip di Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Advertisement

Menurut presiden persatuan tersebut, Zed Zaidi, pihak mereka membuat laporan polis bukan untuk mencari publisiti tetapi mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas mengenainya kerana ia satu isu yang agak serius. Walaupun Najip dan pihak program televisyen itu sudah meminta maaf secara terbuka, tetapi empat lagi tetamu terdiri daripada selebriti dan hos program itu belum meminta maaf atas.

Seniman akan membawa isu ini ke peringkat lebih tinggi bagi menghalang mereka yang terlibat daripada memasuki ke Malaysia. Kalau boleh kami akan cuba untuk mengurangkan kemasukan artis luar negara memasuki Malaysia untuk membuka peluang kepada artis tempatan dalam industri hiburan.

Terdahulu, Najip akui tindakan beliau yang menjadikan PM sebagai bahan lawak secara terbuka adalah satu kesalahan dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia. Najip juga  telah digugurkan sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017 dan tempatnya kini di ganti oleh Datuk Aznil Hj Nawawi.

Sumber Berita : Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...