Written by AbangNara | December 31st, 2011

Tahun 2011 boleh dikatakan tahun yang sangat baik untuk industri filem Malaysia. Berdasarkan laman web Finas, 42 buah filem telah dan sedang ditayangkan (filem Papa I Love You baru ditayangkan bermula 29hb Disember 2011). Ini satu perkembangan yang sangat sihat. Persoalannya filem manakah yang memegang takhtan kutipan terbanyak untuk tahun 2011 ini?

kutipan filem malaysia 2011

kutipan filem malaysia 2011

Ternyata filem arahan Pengarah Terbaik FFM24, Syamsul Yusof iaitu filem KL Gangster masih memegang takhta dengan kutipan sebanyak RM11.74 juta. Filem Ombak Rindu yang dikatakan mampu menggugat KL Gangster berada di tangga kedua dengan kutipan sekitar RM10.79 juta. Manakala filem Ratu The Movie berada di tangga tercorot dengan kutipan sekadar RM200,000 diikuti dengan filem Abuya dengan kutipan RM220,000. Filem Suatu Malam Kubur Berasap tidak dikira kerana tempoh tayangan masih belum tamat.

kl gangster

Semoga tahun 2012 kelak akan dimeriahkan lagi dengan filem-filem yang mampu membangkitkan minat untuk orang ramai ke wayang. Sudah pasti KL Gangster 2 adalah filem yang paling ditunggu-tunggu oleh orang ramai. Adakah KL Gangster 2 akan mampu mencecah kutipan keramat RM15 juta sekaligus mencipta rekod sekali lagi? Sama-samalah kita nantikan 2012 nanti.

Update: Maaf, sebenarnya kutipan filem terendah ialah filem Apa Tengok-Tengok dengan kutipan RM0.19 juta.

35 responses to Senarai Kutipan Filem Malaysia Sepanjang Tahun 2011, KL Gangster Pegang Takhta Dengan RM11.74 Juta

  1. Apa pun x bleh says:

    Datin Ghairah tu ntah apa2 movie jek.. x sangka masih gak ada penebit yg still menggunakan tajuk2 lucah camtu tuk tarik org gi panggung.. wake up laa ! mana ada movie2 melayu yg bunsur sex leh jual kt panggung…

    0

    0
    • Kakiwayang says:

      er, bang nara…kalau dikira dari bawah, lepas Ratu The Movie (0.20 juta tu), bukan Abuya tapi adalah Toyol Nakal (0.19 juta) dan Apa Tengok2 (0.19 juta).

      aha, ekceli baru je tulis pasal kutipan2 ni semalam, skali ngn review Datin Ghairah…hehe..

      0

      0
      • eddyhata says:

        sangat kecewa dengan filem datin ghairah…kesian kat pelakon .pelakon hebat2.tapi pengarah pula yang buat spoil tak pandai nak mengolah skrip.

        0

        0
    • Fikri Adhiey says:

      yeah!!! aku memang berharap sangat KL Gangster tetap no-1… akhirnya kekal no-1 gak. KL Gangster memang terbaik…. Ombak Rindu layak no-2 je!!!…

      Pasni KL Gangster 2 plak… confirm RM15juta!!!

      0

      0
      • miji says:

        aku suka tgk cite yg org kata hampeh baru aku boleh kutuk dengan fakta, mcm cite 2 alam aku tgk gak, terbukti hampas tahap sampah.

        datin ghairah: sebenarnya nama orang tu Datin Ghairah, sebutan datin “ga” “e” “rah”.

        annoying betul, perlu ke letak tajuk tu sbgai pelaris. yukkssss.

        0

        0
    • Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

      HAPPY NEW YEAR BANG NARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA LOV UUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!

      0

      0
  2. lalala says:

    eh awak 1st lah! haha

    0

    0
  3. Black says:

    ape tengok2 dgn toyol nakal tu kan lagi sket, 0.19 juta, abg nara baru pas berak ke time buat posting ni?

    0

    0
  4. gdeen says:

    haishhhh salah nie…. kl gangster no 2…no 1 cita 2alam…40juta kot?? hahahah

    0

    0
  5. […] Here : Beautiful Nara This entry was posted in Teknologi and tagged 2011, Dengan, filem, Gangster, juta, Kutipan, […]

    0

    0
  6. ROMBAU says:

    cerita baru – 1 mlm kubur berasap lagi bangang punye cerita.. rugi bayor.. cerita ntah apa2.. tapi still gelaklah.. kalo suruh ulas balik cerita tu… Mampuihh.. tak tahu nk buat…

    0

    0
  7. Abang nara salahhh laaa… 2 alam la menang!!! 40 juta mana leyh lawan doo~

    0

    0
  8. Kacipap-kacipap cinta rugi sebab ada gambit anjing..booo~

    0

    0
  9. ooppss says:

    aikk..filem 2 alam takde dalam senarai ke? kahkahkahkah… tu kan kutipan pecah panggung…40 juta tuuuu…hahahahhaha

    0

    0
  10. akulah aku! says:

    filem kl gangster boleh cecah 11.74 juta sebab ramai penonton golongan remaja dan budak bawah umur pun boleh lepas tgk kat pawagam. Ombak Rindu pula golongan sasaran yg tonton “couple” dan orang dewasa. Golongan remaja mana nak tgk sgt cerita cinta. Apapun industri perfileman malaysia dah berkembang maju.

    0

    0
  11. juliza says:

    samsul nih mmg bapak dia bagi 1.5juta je ek stiap kali buat movie.. pandai bapak dia buat percaturan.. bijak2… dia tau anak dia pandai buat duit..

    0

    0
  12. beta draconis says:

    kesiann..blanje bosar…pulangan nyer kocik…

    0

    0
  13. mek yon says:

    eh, Nasi Lemak 2.0 knape x masuk senarai? filem tempatan jugak kan? kutipan pn bukan calang2

    0

    0
  14. selame nie aku bace je komen2 korang skrg ak pn nk komen jgk! says:

    ak xkesah kl gangster ke ombak rindu.sbb due2 ade aaron aziz!

    0

    0
  15. nada cinta says:

    ape2 pun semua yg aaron aziz blakon semua aku minat…hehehe,memang memberi kesan kpd setiap gadis2 diluar sana…huhu,,,tahniah bt syamsul yusof kerana selama ini karear dia mendatangkan kan hasil…and happy new year bt semua orang dlluar saneee..

    0

    0
  16. yy says:

    korang cube tgk merong.. kos bnyak gler.. tapi kutipan tak lebih dr kos.. aku ingt movie tu berjaya lah. sbb ritu kecoh gler kot…

    0

    0
  17. what the? says:

    shamsul memang pengarah muda yang terbaik setakat ni, walaupun dia berlakon kayu, dia tahu selera orang zaman sekarang even kurafat pun terbaik, cuma yang terbaru je tak tengok lagi, aku bukan tomboi, dan aku memang peminat tegar filem-filem dia, syabas shamsul!

    0

    0
    • jenipoh says:

      DIA PENGARAH TERBAIK,PELAKON YG BAGOS.KO INGAT SENANG KE NAK BUAT DUA KERJA?APAPUN GUA SALUT SAMA LU LA SUL!RESPECT!

      0

      0
  18. veszpaoff says:

    ABUYA cerite paling bodoh!! Sampai sekarang terase menyesal g tengok!

    0

    0
  19. lee says:

    cerita2 yg unsur ganas dah tahyul memang kegilaan anak2 melayu di m’sia…sedey…sedey…..menyebab anak2 muda melayu setiasa ketinggalan dalam apa jua bidang….syabas industri filem melayu

    0

    0
  20. Terbelog says:

    byk giler untung kl gengster

    0

    0
    • lolipop says:

      merong lagi banyak la.. kat Malaysia pon dh dapat 6.50 juta.. ditayang pulak kat 72 buah negara..andaikan kalu 1 negara dapat sejuta pon, diorang dh dapat 72juta.. rasanya KL gengster 5 pon blum tentu dpt kutip bnyk tu

      0

      0
  21. ling says:

    Filem Nasi Lemak 2.0 xde ke????

    0

    0
  22. tadarussoursourus says:

    kl gangster the best flim 2011//tahniah kl gangster..

    0

    0