Senarai 12 Lagu Yang Akan Bersaing Di AJL29

Hiburan

Senarai 12 Lagu Yang Akan Bersaing Di AJL29

Jumaat lalu, telah pun berlangsung separuh akhir ketiga Muzik-Muzik sekaligus menyaksikan 12 buah lagu telah dipilih untuk bertarung di Anugerah Juara Lagu yang ke 29 (AJL29). Secara jujur, ada beberapa lagu yang Abang Nara agak kecewa kerana tidak terpilih. Contohnya seperti lagu ‘Mewangi’ nyanyian Akim. Ia sebuah lagu yang hebat pada pendapat Abang Nara.

anugerah juara lagu
Namun siapalah diri ini untuk mempertikaikan keputusan para juri profesional. Mereka lebih hebat dan berwibawa. Redha sajalah. Apa pun, kesemua 12 lagu yang terpilih untuk AJL29 kali ini memang power-power belaka. Sukar untuk membuat ramalan lagu mana yang akan dinobatkan sebagai juara. Berikut ialah senarai 12 lagu tersebut.

Advertisement

1. Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
2. Hazama – Malaikat
3. Yuna – Lelaki
4. Alyah – Sesal Separuh Nyawa
5. Bunkface dan Amy Search – Rentak Laguku
6. Hafiz – Matahari
7. Dato Hattan dan Waris – Gadis Jolobu
8. Indah Ruhaila – Percayalah
9. Stacy – Gilalah
10. Mojo – Romancinta
11. Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
12. Shila Amzah – Masih Aku Cinta

anugerah juara lagu

AJL29 akan berlangsung pada 18 Januari 2015 dan akan disiarkan secara ‘live’ di TV3 bermula jam 9 malam. Nantikan ramalan Abang Nara seperti biasa apabila AJL29 semakin hampir kelak. Apa pendapat anda? Adakah anda berpuas hati dengan kesemua 12 lagu ini? Kongsikan pendapat di ruangan komen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...