Senarai 12 Buah Lagu Yang Bakal Bertanding Di AJL30

Hiburan

Senarai 12 Buah Lagu Yang Bakal Bertanding Di AJL30

Akhirnya kesemua separuh akhir untuk menentukan 12 buah lagu yang bakal bertanding di AJL30 telah pun tamat. Debaran telah berakhir. Semuanya telah memberikan yang terbaik, namun hanya 12 sahaja yang bakal bersaing merebut gelaran juara Anugerah Juara Lagu edisi ke 30. Kesemua 12 lagu yang berjaya ke AJL30 memang hebat-hebat belaka. Pening kepala juri-juri nak buat pilihan.

ajl30

Advertisement

Berikut ialah 12 lagu-lagu tersebut:-

1. Sampai Mati (Hazama)
2. Potret (Akim & The Majistret)
3. Assalamualaikum (Faizal Tahir)
4. Biarkanlah (Drama Band)
5. Hanya Namamu (Caliph Buskers)
6. Knock Knock (Elizabeth Tan)
7. Malam Ini Kita Punya (Bunkface)
8. Angin Kencang (Noh Salleh)
9. Bukan Hal Aku (Kaka Azraff dan Aliff)
10. Mana Mungkin (Black)
11. Not For Sale (Stacy)
12. Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah)

ajl30

Berdasarkan kemenangan Apa Khabar di AJL29 tahun lalu, sukar untuk menjangkakan lagu manakah yang bakal bergelar juara. Namun pada pandangan Abang Nara, lagu Hanya Namamu dendangan Caliph Buskers dan Potret daripada Akim adalah feveret. Nanti bila AJL30 dah dekat, Abang Nara akan buat ramalan seperti biasa. Apa pun, tahniah dan good luck untuk semua para peserta. Semoga persiapan berjalan lancar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...