Written by AbangNara | August 17th, 2017

Bersempena Hari Raya Aidiladha yang semakin menjelang tiba, Abang Nara ingin berkongsi pengalaman salah seorang penulis BeautifulNara yang telah menyertai jelajah persiapan korban di Yogyakarta, Indonesia. Untuk makluman, seperti kebiasaan tahun-tahun sebelumnya, pihak Zabeeh Services akan menghantar wakil syarikat ke beberapa negara-negara pelaksanaan Ibadah Qurban & Aqiqah Zabeeh untuk memantau persiapan menerima amanah sembelihan Ibadah Qurban.

Kebiasaannya di Indonesia, pihak Zabeeh Services Sdn Bhd akan melaksanakan qurban kambing sahaja. Oleh itu, penulis BeautifulNara telah dibawa ke kandang penternakan kambing-kambing yang diternak khas untuk sembelihan Aqiqah dan Qurban . Semua kambing-kambing ini dijaga rapi dan dpantau oleh wakil Zabeeh di Indonesia.

Kambing-kambing itu kesemuanya diternak oleh penduduk kampung Kemirikebo, Turi Sleman Yokyakarta, Indonesia dibawah kelolaan wakil Zabeeh Services Sdn Bhd di sana. Selain daripada membantu umat Islam melaksanakan Ibadah Aqiqah dan Qurban di luar negara, kerjasama ini juga dapat membantu penduduk sekitar tempat pelaksanaan Ibadah Aqiqah dan Qurban ini untuk menambahkan pendapatan sara diri kehidupan harian mereka dengan menternak kambing dan lembu.

Semasa lawatan di kawasan kandang kambing, ada lebih daripada 5 kandang kambing di situ. Kambing yang sudah memenuhi syarat untuk disembelih akan diletakkan di 1 kandang khas. Penulis BeautifulNara melahirkan rasa kagum melihat proses pemilihan kambing sebelum disembelih serta kecekapan pekerja-pekerja disitu mengendalikan kambing-kambing tersebut. Tambah mengkagumkan ialah kerjasama, kepantasan dan semangat gotong-royong yang dipamerkan ketika proses sembelihan 30 ekor kambing aqiqah dilakukan pada hari tersebut. Suasananya amat meriah sekali.

Selesai proses sembelihan dan lapahan, semua yang terlibat bersama-sama penduduk kampung masak daging kambing Aqiqah tadi untuk dijadikan juadah utama jamuan makan pada sebelah petang. Selesai memasak, penulis Beautifulnara dan juga pihak Zabeeh Services Sdn Bhd duduk makan bersama penduduk kampung juadah yang dimasak tadi. Terpancar kegembiraan di raut wajah mereka kerana dapat menikmati juadah daging kambing yang jarang-jarang sangat mereka berpeluang untuk makan kerana kesempitan hidup.

Insya Allah pada tahun ini, pihak Zabeeh Services Sdn Bhd bersedia untuk menerima seberapa banyak tempahan Ibadah Qurban dan Aqiqah pada tahun ini. Harga yang ditawarkan untuk Qurban sebahagian lembu hanyalah RM 300.00 manakala untuk seekor kambing RM 580.00. Insya Allah sama-sama kita laksanakan ibadah yang amat dituntut di dalam Islam ini. Semoga kita akan lebih dimurahkan rezekii dengan perlaksanaan ibadah Qurban ini.

Untuk mendaftar anda boleh memillih salah satu daripada cara-cara di bawah :-

1. Layari www.zabeeh.com.my dan pilih pautan “Daftar Qurban Online”.
2. Whatsapp no. 019-323 4577 dan nyatakan “Saya Nak Qurban”
3. PM FB page kami “Zabeeh – Qurban & Aqiqah Online” dan nyatakan “Saya Nak Qurban”
4. Hubungi kami di talian 03-6179 0567 atau 019-323 4577.

Selamat menjalankan ibadah korban. Semoga ibadah kita diterima olehNya. Amin.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 responses to Sempurnakan Tanggungjawab Anda Sempena Hari Raya Aidiladha Ini.

  1. wekkkkkkk says:

    amboi bsr nya plastik putih tu, mesti lebih sekilokn..disini plastik merah je yg anggaran 1 kilo je sorang..
    byk tu rezeki dpt…kalau org sana, semua di balun…1 pun x tinggal baik lembu atau kmbing…sbb penah nmpk kt sini, org2 indonesia, kulit, lidah, perut,semua dia mau kalau di offer…

    1

    0
  2. 86Velva says:

    I have noticed you don’t monetize your blog, don’t waste your traffic, you can earn extra
    cash every month because you’ve got high quality content.
    If you want to know how to make extra $$$, search for: best adsense alternative Wrastain’s tools

    0

    0
  3. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini

    0

    0

Leave a Comment

Optional