Semoga Jimmy Dan Suhaila Tidak Bermusuhan – Datin Muniroh

Hiburan

Semoga Jimmy Dan Suhaila Tidak Bermusuhan – Datin Muniroh

Pastinya anda sudah mengetahui berita penceraian antara Jimmy Shanley dan Suhaila yang telah berlaku minggu lalu. Sehingga ke hari ini, kedua-duanya masih enggan memberikan komen mengenai perpisahan tersebut. Namun B*pop Ahad lalu berjaya mendapatkan reaksi daripada Datin Muniroh, ibu kepada Suhaila.

jimmy shanley

Advertisement

Secara ringkasnya, Datin Muniroh berharap agak anaknya, Suhaila dan Jimmy tidak bermusuhan walaupun selepas penceraian ini. Abang Nara petik sedikit kata-kata yang penuh berhemah daripada Datin Muniroh untuk tatapan anda:-

Saya tidak mahu menyalahkan atau menyebelahi sesiapa. Jimmy dan Suhaila masing-masing ada baik dan buruknya. Tidak manis untuk saya mengaibkan sesiapa, apatah lagi Jimmy pernah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Hubungan keluarga kami dan keluarga Jimmy memang rapat. Pada raya lalu, kami saling mengziarahi cuma Jimmy saja seperti menjauhkan diri. Saya ingin memberitahunya, jika enggan datang ke rumah, saya sanggup membawa cucu saya ke mana-mana lokasi untuk dia berjumpa. Saya faham mungkin Jimmy segan tetapi apa yang berlaku itu antara dia dan Suhaila. Cuma saya ingin berterima kasih kepada Jimmy kerana menghadiahkan seorang cucu yang comel yang menjadi penghibur di rumah.

Hampir menitik air mata Abang Nara membaca kata-kata Datin Muniroh. Pastinya Datin Muniroh sendiri kecewa dengan apa yang terjadi. Tak apalah. Kalau dah jodohnya sudah tertulis akan berakhir dengan penceraian, tak ada apa yang mampu kita lakukan. Semoga ianya menjadi iktibar di masa hadapan buat kita semua.

P.S: Video lawak Hitler. Memang lawak bro!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...