Written by AbangNara | August 16th, 2015

Tiada insan di dunia ini yang mahu berkahwin banyak kali namun jodoh sememangnya di tangan Tuhan. Pernah gagal dalam 2 perkahwinannya sebelum ini, Abby Abadi telah selamat bergelar isteri kepada Muhammad Faizal Zakaria pada hari Jumaat yang lalu dengan sekali lafaz. Abby telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al Quran sebagai pengganti wang hantaran.

abby abadi kahwin lagi

Kini berusia 38 tahun, Abby Abadi berharap agar perkahwinannya kali ini adalah perkahwinan kali terakhir dan kekal sehingga ke syurga. Abby dan Faizal mengambil keputusan untuk berkahwin segera bagi mengelakkan fitnah. Kata Abby:-

Biarpun sudah mengenali suami sejak 2012 tetapi kami tidak rapat dan hanya kembali berhubung akhir tahun lalu. Bagaimanapun kami membuat keputusan untuk segera berkahwin kerana ingin mengelak fitnah dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Paling penting dia (Faizal) terima saya seadanya dan seperti pasangan lain saya berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan akan berkekalan sehingga ke syurga.

abby abadi kahwin lagi

Abang Nara doakan agar perkahwinan kali ini kekal sehingga akhir hayat buat Abby dan Faizal. Kalau gaduh-gaduh sikit itu diharap dapat selesaikan secara baik. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Semoga turut sama dikurniakan cahaya mata untuk mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Tahniah dan selamat pengantin baru. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Mstar Online.


abby abadi kahwin lagi

abby abadi kahwin lagi

abby abadi kahwin lagi

abby abadi kahwin lagi
abby abadi kahwin lagi

abby abadi kahwin lagi

abby abadi kahwin lagi

abby abadi kahwin lagi

abby abadi kahwin lagi

23 responses to Semoga Ini Perkahwinan Terakhir & Kekal Sehingga Ke Syurga – Abby Abadi

  1. Anon says:

    Tahniah Abby..yeah no. 1 !

    0

    0
    • Anonymous says:

      lawa betul anak 2nd abby..
      tetibe sebak pulak tgk kawan2 elite tutup aurat..
      congrats ..semoga terus bahagian dan dikurnakan cahayamata.

      0

      0
  2. senget sangat kannnn says:

    alhamdulilah…semoga kekal bahagia ke anak cucu n sabar2 la kalau gaduh tu…jgn over la yg laki ke pompuan ke ek…n si suami tu..jgn la jadi cam x hubby die sblm ni yg gile glamour nk jadi artis tu

    0

    0
    • KEYBOARD WARRIOR CORRECTOR says:

      *perempuan

      …jadilah keyboard warrior yang tidak merosakkan bahasa..
      bahasa jiwa bangsa..

      0

      0
  3. Rahimah says:

    Yeah kau kena jawap sendiri abby .
    Sebab yg nk kahwin ko bukan org lain

    0

    0
  4. ustazah abby says:

    smoga kekal hingga ke jannah..aminnn
    jadi penyabar tau

    0

    0
  5. jojoyah says:

    dah la recycled, banyak kali pulak tu. Semoga di jauhkan dari genetik keturunan beliau serta yang sewaktu dengannya.

    0

    0
    • Momo says:

      recycle pun laku beb, berderet org beratur nakkan dia.. kau ado? silap2 bertunang pun x penah kahahkahh

      0

      0
  6. aku tak boleh blah says:

    Da kalau ustazah sgt..mehndi ukir2 tu xyah le pakai..pakai inai cukup…

    0

    0
    • ko boleh blah la says:

      ustazah pun manusia, wanita.. wanita nafsunya 9, akalnya 1.. selagi tidak melanggar hukum agama xde salahnya apa yg dia buat..inai tu perhiasan bagi wanita… wanita suka yg cantik.. xde salah xde dosanyer dia nak pakai inai ukir2 selagi x melanggar syarak..

      ko da kenapa dengki sangat

      0

      0
  7. noob says:

    2.6 billion likes.. i see what u did there haha..

    0

    0
  8. nada says:

    Kahwin berapa kali pun tak pe…. yang penting sah dan halal….

    0

    0
  9. peace says:

    2.6 billion likes!hahahaha..sempat lagi kau kan abby :P

    0

    0
  10. Anonymous says:

    tah kenapa hati jahat ni mengatakan perkahwinan kali ni pun tak lama. sbb nmpak abby ni macam soulmate dgn norman jer.. yang lain2 tu mcm asal boleh jer..

    0

    0
  11. Anonymous says:

    kalau berkahwin setakat nak hindarkan fitnah..baik jgn kawin..perkahwinan bukan sematamata nk jauhkan fitnah..kasih sayng..memahani antara satu sama lain etc..supaya rmhtangg berkekaln…abby ni nama je ustazah segera..patut mendalami ilmu tu dulu sblum berkata2..tgk apa dah jadi dgn prkawinan pertama dan kedua..itu pun nak elak firnah ke? tak panjang pun aku tgk..

    0

    0
    • Anonymous says:

      *sayang
      *sebelum
      *rumahtangga
      *perkahwinan

      …jadilah keyboard warrior yang tidak merosakkan bahasa..
      bahasa jiwa bangsa..

      0

      0
  12. nada says:

    Nasib hidup masing-masing tak sama,ada malang ada baik.. tu takdir dia. ..takdir kita tak tau lagi….

    0

    0
  13. Rey Griswell says:

    Saya bersyukur ditemukan jodoh sekali lagi dan semoga ini perkahwinan terakhir dalam hidup saya , katanya.

    0

    0
  14. olie fazlia says:

    semoga berkekalan hinggan ke jaanah.. alhamdullilah

    0

    0