Semarak Ramadan Bersama Iftar@KL 2015 Di Jalan Raja, Kuala Lumpur

Hiburan

Semarak Ramadan Bersama Iftar@KL 2015 Di Jalan Raja, Kuala Lumpur

Berbuka puasa sambil menikmati keindahan kota Kuala Lumpur dalam remang senja telah menarik kehadiran pengunjung tempatan dan antarabangsa sejak ia dilaksanakan dari tahun 2012 – 2014 menerusi program Festival Ramadan.

Seramai 500 ribu orang melibatkan diri dalam program itu yang terdiri dari pengunjung tempatan dan pengunjung antarabangsa dari negara Timur Tengah, Korea, Kanada, Amerika, Australia dan Negara Asean.

Advertisement


 photo IMG_8516.jpg

Pada tahun ini, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara memberi penjenamaan baru kepada Festival Ramadan dan mengkhususkan aktiviti yang berlangsung di Jalan Raja Dataran Merdeka dengan nama baru iaitu Iftar@KL 2015.

Ia bertujuan menjadikan bulan Ramadan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian Islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya generasi muda serta memupuk nilai-nilai murni melalui penganjuran aktiviti.


 photo 11393437_1057666757578062_4810847990819073535_o.jpg
Selain itu, ia bertujuan untuk mengimarahkan dan memakmurkan bulan Ramadan sebagai  bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui amalan-amalan kebajikan di samping mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat pelbagai kaum.

Ia berlangsung di bulan Ramadan pada tarikh 20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015 (Setiap Sabtu dan Ahad) di Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad). 

Kelainan pengisian IFTAR @ Kuala Lumpur pada tahun ini , sebanyak sebelas komponen pengisian aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pelbagai agensi iaitu Sekretariat Tahun Melawat Malaysia, Tourism Malaysia, Islamic Tourism Centre (ITC), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Warisan Negara dan Masjid Jamek Kampong Bharu. 


 photo 11202880_1057667667577971_5476247451164440895_o.jpg

Aktiviti Iftar@KL ialah penyediaan dan agihan bubur lambuk, pameran pelancongan, pertandingan dan persembahan nasyid, tazkirah Ramadan, tadarus Al-Quran, majlis berbuka puasa diikuti solat maghrib berjemaah, soal jawab agama, solat Isyak dan terawih berjemaah, dikir zikir / ceramah / malam kesenian islam serta moreh

Program Iftar@KL 2015 telah mendapat kerjasama padu dari syarikat koporat yang ingin turut serta iaitu Takaful Ikhlas, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Nescafe (Nestle), Julie’s, Adabi, Chriszen, Yeo’s, Al-Meswak Mu’min dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan.

Melalui Iftar@KL 2015, bulan Ramadan dijadikan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya generasi muda dalam memupuk nilai-nilai murni.

Lihat jadual penuh pengisian Iftar@KL 2015 dengan membaca entri ini sepenuhnya (Klik jadual untuk zoom-in).

Ramadan hampir tiba. Jom bersama-sama JKKN dalam mengimarahkan bulan yang mulia ini melalui program Iftar@KL (dahulu dikenali sebagai program Jom Buka Puasa di bawah Festival Ramadan). Rasai pengalaman berbuka puasa di atas jalan raya bersama-sama pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan juga pelancong dari luar negara.TARIKH : 20, 21, 27 & 28 Jun, 4, 5, 11 & 12 Julai 2015TEMPAT : Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhampiran Dataran Merdeka)MASA : 6.00 petang – 10.00 malamSelain daripada berbuka puasa, terdapat juga acara lain seperti berikut:1) PENYEDIAAN DAN AGIHAN BUBUR LAMBUK20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015(9.00 Pagi – 6.00 Petang)2) PAMERAN PELANCONGAN MASJID, IFTAR DAN BUBUR LAMBUK20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015(10.00 Pagi – 6.30 Petang)3) PERTANDINGAN NASYIDPeringkat Saringan 21 Jun 2015 (10.00 Pagi – 4.00 Petang)Peringkat Separuh Akhir28 Jun 2015 (10.00 Pagi – 4.00 Petang)Peringkat Akhir5 Julai 2015 (10.00 Pagi – 4.00 Petang)4) PERSEMBAHAN NASYID RAMADANKumpulan Rabbani 20 Jun 2015 (5.30 Petang)Kumpulan Saujana21 Jun 2015 (5.30 Petang)Kumpulan Raihan27 Jun 2015 (5.30 Petang)Yasin dan Kumpulan Brothers28 Jun 2015 (5.30 Petang)Kumpulan Far East4 Julai 2015 (5.30 Petang)Kumpulan Du’a dan Ustaz Amal5 Julai 2015 (5.30 Petang)Kumpulan Nowseeheart11 Julai 2015 (5.30 Petang)5) TAZKIRAH RAMADAN20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015(6.30 Petang)6) TADARUS AL-QURAN(MAAHAD TAHFIZ DAN PELAJAR SEKOLAH)20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015(7.00 Malam)7) WAKTU DAN MAJLIS BERBUKA PUASA / SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH20 Jun 2015 (7.27 Malam)21 Jun 2015 (7.27 Malam)27 Jun 2015 (7.28 Malam)28 Jun 2015 (7.28 Malam)4 Julai 2015 (7.29 Malam)5 Julai 2015 (7.29 Malam)11 Julai 2015 (7.30 Malam)12 Julai 2015 (7.30 Malam)8) SOAL JAWAB AGAMA20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015(8.00 Malam)9) SOLAT ISYAK DAN TERAWIH BERJEMAAH20 Jun 2015 (8.42 Malam)21 Jun 2015 (8.42 Malam)27 Jun 2015 (8.44 Malam)28 Jun 2015 (8.44 Malam)5 Julai 2015 (8.45 Malam)11 Julai 2015 (8.45 Malam)12 Julai 2015 (8.45 Malam)SOLAT ISYAK DAN TERAWIH BERJEMAAH BERSAMA SYEIKH DR. ABDURRAHMAN AL-SUDAISIMAM DARIPADA MEKAH4 Julai 2015 (8.45 Malam)10) DIKIR ZIKIR / CERAMAH / MALAM KESENIAN ISLAMUstaz Ghazali Ibrahim, Hijjaz dan Ramli Sarip20 Jun 2015 (9.45 Malam)Ustaz Zul Ramli M.Razali, Rabbani, UNIC, Mawi dan Kumpulan Debu 21 Jun 2015 (9.45 Malam)Ustaz Haslin Baharin, Ustaz Muhammad Asyraf, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dan Munsyeed Berselawat27 Jun 2015 (9.45 Malam)M.Nasir, Raja Zulkarnain dan Yasin28 Jun 2015 (9.45 Malam)Kumpulan Al-Mawlid dan Rabbani4 Julai 2015 (9.45 Malam)Ustaz Datuk Mohamad Kazim Elias dan Ustazah Dato’ Siti Nur Bahyah Mahamood dan Sepahtu (Moderator)5 Julai 2015 (9.45 Malam)Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah11 Julai 2015 (9.45 Malam)Hafiz Hamidun dan Opick 12 Julai 2015 (9.45 Malam)11) MOREH 20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015(10.45 Malam)

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 16 June 2015


 photo Risalah Iftar JKKN-01.jpg
 photo Risalah Iftar JKKN-02.jpg

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...