Written by AbangNara | June 1st, 2015

Anjing dan umat Islam terutamanya di Malaysia adalah satu perkara taboo. Sebelum ini beberapa kontroversi seperti kempen ‘I want to touch a dog‘ dan aksi beberapa selebriti lain memegang anjing telah menjadi topik perbualan hangat. Terbaru, Nur Fazura turut sama dihimpit kontroversi gara-gara gambar selfienya dengan seekor anjing yang bernama ‘Kuning’.

fazura anjing

Gambar ini telah dimuatnaik oleh Fazura ketika menghadiri satu majlis amal untuk mengutip dana untuk Furry Friends Farm, sebuah badan yang menjaga kebajikan haiwan. Seperti biasa apabila ternampak anjing, maka muncullah komen-komen yang mengkritik dan mempersoalkan tindakan Fazura. Ada yang mempersoalkan ‘kenapa nak kena selfie dengan anjing?’, ‘saja nak kena bash ke?’ dan ‘tak elok dipandang dan boleh timbulkan fitnah’. fazura anjingfazura anjing

Bagi Abang Nara tak salah pun nak selfie dengan anjing. Memang jelas tak ada pegang apa pun. Lagipun anjing boleh dipegang jika kering. Malah memang event yang dihadiri oleh Fazura berkaitan dengan haiwan. Fazura juga ada jawapannya untuk peminat yang mempersoalkan tindakannya itu.
fazura anjing

Namun sebenarnya hanya segelintir/seorang dua sahaja peminat yang mempersoalkan tindakan selfie Fazura ini. Kebanyakan yang lain menyokong Fazura. Malah ramai yang mengkritik salah faham para peminat yang mempersoalkan tindakan Fazura.
fazura anjing

Ini pula gambar Fazura berselfie dengan seekor kambing.

fazura anjing

Kadangkala orang kita ini terlalu emosi apabila berkaitan dengan anjing dan babi. Mereka juga makhluk bernyawa lebih-lebih anjing yang mempunyai banyak kegunaan seperti menjaga keselamatan dan sebagainya. Hmmmm. Apa pendapat anda?

satinskinz

P.S: Ramai dah yang “terpaksa jadi cantik” selepas menggunakan Satin Skinz – Halal Natural ini. Ramai juga yang terkejut dengan keberkesannya yang mula jelas kelihatan selepas hanya 2 minggu. Ratusan pengguna amat berpuas hati dan terus jatuh cinta dengannya. Halal, suci, berbaloi dan pasti menawan. Tengok sendiri sekarang juga di FacebookSatin Skinz – Halal Natural dan Instagram satinskinz2u 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

67 responses to Selfie Dengan Anjing, Nur Fazura Dikritik Peminat

  1. Love Fazbulous says:

    Peminat memang over!!! Lantak pi lah dgn artis yg korang minat.
    Artis ni pantang ditegur.. korang jgn terlalu obses nak kritik n puji diorang ni.

    0

    0
    • Anonymous says:

      cantik fazura ni……

      0

      0
      • nak kambin says:

        Kambingggggg tu comellll nya …. nakkkkkkk
        Coolllnya kambin tu … siap posing Ala2 Che ta lagi ….. pandang sisi huhuhuhu

        0

        0
        • Anonymous says:

          maknanya kambing ni pun tangan kidal la yek.. hahahahaha!!

          0

          0
        • Kambin posing ala2 Che Ta says:

          Hihihihi … klu pandang sisi .. maknanya kidal ya.
          Tadi tngk lagi skali baru perasan ..
          Cuba … cuba tengok mata kambing tu Tak Pandang camera sejibik ala2 Che ta …. Model in a making
          Jap lagi kambin ini akn di sunting oleh agensi model utk di bawa keseluruh Eropah sambil Berposing di atas Jambatan. Nanti ada berita tergempar dr abg nara. Kambing tersebut telah Menyebabkn Kemalngan krna TERLALU CANTIK. Hakhakhak ….

          0

          0
        • rama2 says:

          kesian melayu yg suka tegur tak tentu psl ni… aku gelarkan diaorg ni internet police.. pntang nmpak salah org skit terus nak serbu.. salah satu penyakit mental agaknye

          0

          0
        • mi kolok says:

          lagi bagus bergambar dgn anjing dari bergambar kepit2 peluks2 dengan laki/pompuan bukan mahram..

          0

          0
        • Lembu Gemok says:

          Fazura cantik, tp otak pon kena sama cantik gak…betol dah kata si noorani utk tidak menimbulkan fitnah..tu jer..ko nak gomo anjing tu ker, ko nak wat per sekali pon, suka ati ang laa, tp jangan sampai timbul fitnah…itu jer…

          0

          0
        • dem says:

          WELLDONE FAZURA !
          GOOD JOB !
          KEEP IT UP !

          lepas ni selfie dengan jantan2 bukan muhrim boleh la laga2 pipi , laga2 tangan , laga2 dada..its okay, kitorang peminat,kitorang sokong pendirian MissFazura #positivethinking

          0

          0
      • Anonymous says:

        Untung kambing tu bole laga laga pipi dgn fazura.
        Haha
        Kambing tu comell!!
        Nasib baek xde yg bash kambing tu x mandi. Mmbekk!!

        0

        0
    • Anonymous says:

      kesian melayu yg “khutbahkan” fazura tu…
      org mcm gini mmg boleh merosakkan Islam lain…
      pls la… anjing tu makhluk Allah…
      bergambar sebelah ja.. kot dia cium ka…dia cpr anjing tu ke…
      xpa la nak hentam pon

      0

      0
    • minah jambu sayang nenek says:

      elehh..setakat bergambar ngan anjing tkde hal lah ! dorang aje yg nk besar2kn cerita ..anjing pon ciptaan Allah ..lembu kerbau semua ciptaan Allah kenape kite mesti nk hina ???? minah jambu pon pernah pegang anjing pastu minah jambu sertu ok pe ! merepek aje orang2 ni huh ! suda laa !

      0

      0
    • minat lofa says:

      peminat fakezura ni kalo jilat bontot fake ni pon sanggup hahahaha

      0

      0
      • Anonymous says:

        bukannya tetiap hari dia upload gmbo dgn anjing.
        Anjing je pon.
        kalo laga2 pipi macam dgn kambing tu lain cerita la.

        0

        0
  2. kutu says:

    tipikal malay camtu lah..ape orang buat semua tak kena..dia je yang betul.nak tunjuk pandai sangat..kalo tak setuju ckp dlm hati dah la..ni nk komen berjela2 plak.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    untungnya kambing tu hihiiiii

    0

    0
    • Anonymous says:

      Baru je nak taip bende same..untungnye kambing tu..hahaha..tergelak aku mase scroll ke bwh tgk selfie dgn kambing..bahagia je muke kambing tu..kiki

      0

      0
  4. seed says:

    Fazura kenapalah x nak selfie dgn singa ker harimau, monyet ker..kalo basah pun x kena samak

    0

    0
    • Anonymous says:

      eh tak nampak ke fazura tu ada selfie dgn kambing juga? kalau tak nampak, kena masuk tadika balik awak ni hehehe

      0

      0
  5. Anonymous says:

    Hantam saja la labuuuu………….

    0

    0
  6. Tijah Glemer says:

    gambar jer pon, think positif benda positif..pandai jer cop negatif..dia lebih tahu hukum hakam darll…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Ya Allah Ya Tuhan Ku…Ku sangkakan gmbr cmna…Rupanya gmbr menepek sipi2 kt sblh je…Sama aje lah mcm ngko berdiri tepi jalan sbelah ko ada anjing tgh berpiknik bodoh oiii..Pe kene la yg meroyan smua ni, bahlol thp keparat, aku ase ni dari ulu teras dalam slps itu di dlm teras itu ada lg teras seribu lapisan..Anjing tersengih aje bodoh, bkn pgng anjing, bkn pgng jantan dlm gmbr tu..Itupn fazura menyelit sipi2 aje..Aku bkn fans fazura tp aku btl2 benci sebencinya mahkluk bodoh2 ada hati memviralkan benda my ass ni…Baik ngko tegur lelaki perempuan bergambar rapat2 tu bodoh dari gmbr anjing tersengih ni…

    0

    0
    • KAKAKAKAKAKKA says:

      Hah ! Cuba ingt blk, ada x amek gmbo bersama jejants berdua ke bertiga ke rapat mcm jrk anjng ni, cube ingat cuba ingat !
      Hah! Ada bkn ! Gmbo bersama kwn ! Gmbo bersama tett !
      Tah2 lagiii rapetts jrknya bnding jrk kt gmbo tu !
      Blom lg bab gentel2…………………….jari !
      Hah ! Gmbo time aktiviti bersama kwn2 termasuk jejants ada terlentok2 sket khen sipi ! Kater geng kelas ! Geng ofis !
      Tu semua aku nmpk di fb insta tu pergi delete pergi delete cepat !

      0

      0
      • KAKAKAKAKAKKA says:

        Komen haku di tujukan pada norani mohd itu ya ! Bukan u anon ! coz norani itu bajet suci ya amat padehal pernah bergambo dgn kwn jejants rapat camtu !

        0

        0
  8. Lizzz says:

    Anjing pun anjing laaaa….

    0

    0
  9. critical thinking says:

    kambing tu jugak yg untung dpt gesel janggut dengan Fazura…. korang hadoo..!??
    ngutuk je tau..! #puii..

    0

    0
  10. Anonymous says:

    ingat pmnt tgr sbb dia sentuh anjing too mcm yg gmbr dgn kambing too.. rupanya duk sblh sj kot… aduhai.. kalau nak komen pun agak2 lerrr…

    0

    0
  11. Anonymous says:

    ape la salah dia..!! takkan ambil gambar dgn anjing pun kena brainwash!! beriya la nasihat jaga sensitiviti… tukang bagi nasihat pun hanya Allah yg tau kurap kudis hangpa dalam baju.. masyarakat malaysia lately ramai yg hebat.. semuanya depa yg suci.. wake up la!.. she knows what herself doing.. APTB

    0

    0
  12. Not a typical Malay says:

    Tak faham typical Melayu yang tak habis habis nak tunjuk diri mereka lebih bagus dari orang lain.
    Lain kali baca Quran dan hadis tu kena tahu apa maksudnya. Bukan main baca je. Tuhan kata kalau pegang anjing kena samak. Dia tak kata tak boleh pegang anjing. Dia tak kata tak boleh sayang anjing. Quran kata kita kena sayangkan haiwan. Yang kita dekat Malaysia ni bila nampak anjing terus nak baling batu.

    Sebelum nak mengata orang, pergi lagi baca Quran pandai pandai dulu. Jangan asyik nak ingat diri dah cukup iman dan sure nak masuk syurga.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Baik la selfie dengan anjing dari bergambar peluk-peluk dengan suami orang kat Bangkok.

    0

    0
    • Anonymous says:

      tahniah anon.. the most bizarre comment for today!!!..

      0

      0
    • anon says:

      mmg betol, aku sokong….. Duk bergambar berpelok2 or bersentuhan dgn lelaki pun haram jugak. Jgn hampiri zina…..Cer baca psl zina tu,….

      0

      0
  14. Anonymous says:

    sapa la kambing hensem yg bertuah tu..!!!

    0

    0
  15. Anonymous says:

    i peminat fazura..huge fan!
    tp tindakan dia muat naik gambar selfie dgn anjing tu TAK WAJAR!
    pls be rational …..

    0

    0
    • Anonymous says:

      dear kipas angin besaq Fazura..!
      kalo tak tau rational dia bergambar dgn doggie tu, pi main jauh jauh ye!..
      such a dodgie dude la hang

      0

      0
    • anon says:

      Over jugak pengomen2 kat sini. Dia cume bergambar je, bukannya dia peluk anjing tu Dia tak sentuh pun, please la…..jgn terlalu mengkritik..Sebagai animal lover kita sayang semua binatang…. lngat tak kesah pelacur yg bagi anjing minum tu…

      0

      0
  16. anti poyo says:

    aku kagum dengan komen noorani_mohd. Cara dia menegur sangat berhemah. Cara tegurannya dari islam ke islam, bukan komen sebab dengki. Tapi cara fazura membalas sangat2 mengecewakan, bunyi seperti sombong.

    0

    0
    • Anonymous says:

      tak dapat nak emphasize salah yang satu ni,.. salah lain pulak dah di cariknya…. hohoho..!! semuanya serba tak kene di mato ko eekk!!

      0

      0
      • Anti poyo says:

        Aku x tegur bab anjing tu sbb aku x rs salah pun dia tgko gmbr ngan anjing tu.

        0

        0
    • Anonymous says:

      aku merasakan seperti anti poyo di atas ni adalah pengomen bernama noorani_mohd itu sendiri… highlite sifat berhemah diri sendiri demi nak cover komen nye yang di argue oleh orang ramai …ngeeeee…

      one more thing, pls la jangan nak jual nama ISLAM.. ISLAM sangat syumul dan penuh dengan kesederhanaan.. Fazura mungkin tidak seislamik anda, tapi hatinya mungkin lebih jernih dan ikhlas dari anda yg suka buruk sangka….

      0

      0
      • Anti poyo says:

        Aku bukan noorani tu..ig pun aku xde..hihi..cuma aku komen dr ape yg aku nmpk. Cara komen noorani tu bbeza dgn ape fazura komen. Aku suka fazura..kalau dia jwb dgn lebih berhemah, mesti aku bertambah suka dia..bagus la noorani tu tegur, beza org tegur sebab syg dgn org tegur sebab dengki..

        0

        0
    • nil says:

      betul… bagi aku nooraini ni tegur elok je… tibe fazura punya reply… hurmmm punyalah sombong, angkuh dgn peminat blla bla… nampak sangat true color.. xde di hina nya fazura kat situ… tegur elok je.. hurmm yg fans kipas mati fazura ni… hurmm hurmmm..

      0

      0
  17. kakikucinghitam says:

    ade betulnye tindakan Fazura ni sekurang2nye sedarkan org yg beragama melayu. mcm kt neighbourhood majoriti melayu, nampak anjing je ajar anak2 baling kayu laa batu laa kat anjing sedangkan dia pun mahkluk Allah yg menumpang kt dunia ni… kasih mengasihilaa sesama mahkluk nampak jijik kat mata tp die pun berzikir jugak

    0

    0
  18. hattap says:

    tak payah la nak komen2 ala2 nasihat kat selebriti ni. bukan diorg pedulik pun apa org ppk pasal diorg. tak penting pun pendapat manusia lain pada mereka sbb pada mereka fans are just fans, they come and go. rasanya diorg lagi amik pedulik kalau yg tegur tuh family dan kawan2 rapat diorg.

    peminat nih hanyala a piece of dust in the air. tak penting pun….

    0

    0
    • Anonymous says:

      aik.. dia defence diri dia, ko yg sentap..!!!! hahaha.. len kali letak diri dlm kasut org tu… insyallah baru ko rasa apa yg org tu rasa dan faham kenapa dia bertindak mcm tu… bukan ikut persepsi ko ajek!!

      0

      0
  19. Nek Bunga says:

    Faizura yang sungguh jelita ni – Nek tengok dari program Realitinya, SALAH pilih kawan; yg. pompuan mahupun lelaki! Berubahlah Fizura; jadikanlah kecantikan mu juga sesuatu yang suci demi Islam – percayalah, masa tua akan menyesal, bila kita dah berkedut sini sana! Dan pi lah belajaq balik sementara masih muda untuk jadi pengarah filem ke (jgn. dok membazir duit beli-belah-ala-VIP) – kan haritu ambil sijil filem; buatlah cerita yang skripnya hebat – bukan cerita hantu (tapi takda elemen “Thriller” yang hebat, gangsta, Mak datin, cinta remaja memanjang! Aku rasa industri perfileman/drama Korea Selatan lebih hebat dari Hollywood, terutamanya filem-filem Thrillernya!

    0

    0
  20. Anonymous says:

    hats off to mr. kambing…. dalam ramai-ramai, muncung ko jugak yg Fazura bekenan digeselkan kat pipi gebu dia tu…. jeles I tau.. steady la abang kambing…(owh! why him)

    0

    0
  21. nuq says:

    ok lah selfie ngan anjing.bukan pegang pun…kalau pegang sekalipun boleh samak..daripade begambo ngan jantan melekat rapat lg kedap udare tu yg memang dah sah haram..

    ni la org yg suke jatuhkn hukum..padahal diri sendiri rukun lima pun belum tentu buat…piece

    0

    0
  22. Bodoo says:

    Walaupun bleh samak, tak buleh sewenang-wenangnya merapatkan diri dgn anjing, anjing ni taraf dia sama dengan babi .. Kalau cam tu buleh lah bela anjing sebab apa? sebab dia pun mahkluk tuhan dan buleh samak.. cetek sungguh pemikiran kipas susah mati fakezura ni..

    0

    0
    • melati says:

      pendapat saya Bodoo .muka cam Babi kot sebab tu dia cemburu kan Fazura dan kuar kan Fakta2 yg takder dlm islam…hahahaha…Bodoo gi terjun KLCC tu…

      0

      0
  23. Tudung Biru says:

    Pemikiran sempit segelintir rakyat Malaysia yang fikir dirinya lebih perfect dari semua artis. Teringat pepatah klasik: “Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar”

    0

    0
  24. Anti Sundal says:

    Hmmm….pajura pun mcm takot2 jgk dok sblh anjing tu but still maintain comel.hai la noraini….pasai ape la suke hati nk judge org.ustzh arbakyah pun x ckp apa,pa hang dok nk kisah ni…puiiiii la melayu.baik selfie dgn anjing drpd bergeselan dan bergomolan dgn jantan yg haram dsentuh tp kau nk sentuh jugak….huh

    0

    0
  25. Kemek Suhaiza says:

    selfie ngan hanjeng pon korang nak bising ker, cute jekk, kesian hanjeng tak salah pon kene lahar, get a life people!

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Kalau Fazura selfie ngan anjing tu gesel pipi cam ngan kambing tu boleh la komplen, ni duk jauh….x de hal lah. Lantak pi la diaorang tu Fazura. Yg pasti kambing tu memang bertuah dan cute

    0

    0
  27. massa says:

    as’salamualaikum semua. saya suka tengok Fazura dia cute, darama2 dia saya selalu menonton saya puas dengan lakonan dia. dia cute, cantik, tapi cantik tu bukan terletak pada wajah sahaja. cantik itu menyeluruh, perangai, bahasa gaya apa-apa yang bersangkutan dengan diri se saorang itu sendiri. walaupun awak tak pegang tapi kena lah sensitif dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini. banyak orang kutuk perbuatan segelintir orang2 Islam yang menyentuh anjing. jangan sampai menimbulkan fitnah. sama2lah kita menjaga hukum agama kita sebagai seorang ISLAM, jangan kita sampai terkeluar dari landasannya.

    0

    0
  28. hipo says:

    Sesiapa menjadikan artis sebagai idolanya, atau peminat si artis. memang bodoh.
    Apa yang baik menjadikan seseorang kurang ilmu agama sebagai ikutan??
    Takda faedah !

    0

    0
  29. Anonymous says:

    cuma tak faham kenapa tak pakai tudung.. walaupun gua orang cina, i banyak kawan melayu. semua pakai tudung.. tak faham artis sendu tak pakai tudung. kenapa ya? tak takut ka?

    0

    0
  30. melati says:

    Hina sgt kew Anjing tu??? siapa yg cipta Anjing tu?…..org paling hina didunia org2 yg cepat tuduh melulu dan yg panaz Baran…org2 ni lah yg saya sangup sentuh babi dari bersalam dgn org yg tahu cari salah org jer..

    0

    0
  31. (-_-) says:

    minat fazura…cute bila tengok gmbr ngan kambing tu..hehe (^_^)

    0

    0
  32. melati says:

    Hoiiiii …Hina ker Anjing ..? yg D9 PDRM pakai Anjing naper tk bising kat PDRM…ni bergambo gan anjing pun nk jadi isu…yg bangkit kan isu ni lah yg Hanjing…bodo punya pemikiran org MYVI kuning..

    0

    0
  33. Hanez Suraya says:

    People, please, just get a life. It’s just a dog. It’s not a haram a toll to even hold a dog, just read the Koran properly. That’s all.

    0

    0
  34. ann says:

    bagaimana dengan mereka yg cintakan haiwan ini dan memeliharanya, hidup dan tidur bersama anjing, haram juga kah bergambar dan bergaul dengan mereka, membeli belah di kedai mereka, makan makanan yang dibuat mereka, menggunakan alat2 yang dicipta dan dijual oleh mereka wahai muslimin dan muslimat yang mulia lagi suci…..???

    0

    0
  35. ziezess says:

    ada wa kisah!!! wa will still support FAZURA….!!!!

    0

    0
  36. mengarut says:

    Bergambar dengan anjing dikatanya boleh timbul fitnah. Bergambar dengan bukan mahram sebelah2 tak bising pulak. Mentaliti sesetengah orang Melayu Malaysia memang amat lucu.

    0

    0