Selesa, Simple & Sempoi, Kasut YOU by Skechers Ini Jadi Kegilaan Ramai

Hiburan

Selesa, Simple & Sempoi, Kasut YOU by Skechers Ini Jadi Kegilaan Ramai

Isteri Abang Nara mempunyai citarasa yang tinggi di dalam memilih kasut untuk digunakannya. Kalau pergi ke mana-mana kedai kasut, paling cepat pun sejam setengah baru dia akan jumpa sepasang kasut yang berkenan di hati. Habis semua benda dibeleknya. Budak salesgirl kat kedai pun terkumat-kamit menjawab soalan yang diajukan oleh wife Abang Nara. Kalau dia beli tu, maksudnya memang berkenan habis la dengan kasut tersebut.

Advertisement

Namun segala-galanya berubah apabila wife Abang Nara melihat koleksi YOU by Skechers ini.

Keinginannya untuk memiliki sepasang kasut Skechers dari koleksi ini terus membuak-buak dan sukar untuk dibendung. Keistimewaan YOU by Skechers ini ialah fokus utamanya ialah “YOU” (kitalah sebagai penggunanya). Wife Abang Nara makin teruja apabila mengetahui YOU by Skechers ini sesuai untuk digunakan dan digayakan oleh semua wanita, tak kira jenis lifestyle anda macam mana. Contohnya:-

1. Anda seorang yang gemar berjalan (Simply YOU)

Sekiranya anda berjalan kaki ke ofis, suka berwindow shopping di Jalan TAR, selalu bawa anak jalan-jalan di taman permainan setiap petang dan sering travel dalam dan luar negara, YOU by Skechers ini menjamin keselesaan anda. Kusyen kasut ini sememangnya lembut seolah menapak di atas kapas. Confirm kaki tak rasa sakit dan dapat mengimbangkan langkah kaki anda walau berjalan berpuluh-puluh kilometer sehari.

2. Anda seorang yang aktif (Actively YOU)

Buat anda yang suka bersiar-siar di taman KLCC pada waktu petang, mengamalkan yoga di pagi hari atau melakukan senaman ringan pada waktu terluang, jangan risau sebab YOU by Skechers diperbuat daripada fabrik kain tenunan yang lembut dan fleksibel bagi membolehkan anda melakukan pelbagai jenis pergerakan. Bukan itu sahaja, ia juga sesuai untuk semua jenis permukaan, sama ada outdoor ataupun indoor kerana rekaan tapak kasutnya mempunyai ketahanan dan daya tarikan yang serba boleh. Cengkamannya pula memang padu. Tak adalah tengah bersenam tiba-tiba jatuh tersadung. Memang sesuai sangat dengan anda yang aktif sepanjang masa.

3. Anda yang suka bergaya (Perfectly YOU)

Suka jalan kaki dah, suka bersenam pun dah, jadi macam mana pula sekiranya anda seorang wanita yang suka bergaya? Bab ini tak perlu risau. Anda boleh tengok sendiri design YOU by Skechers ini. Memang menusuk kalbu, menikam jiwa dan memikat hati sungguh. Boleh dimatchingkan dengan apa jua jenis gaya. Pakai seluar jeans ke, pakai baju sukan ke, gaya ala hipster ke, semuanya boleh masuk dengan YOU by Skechers ini. Pakai tudung pun tak ada masalah. Selain itu pilihan rekaan dan warna yang banyak membolehkah anda membuat pilihan dengan lebih mudah untuk disesuaikan dengan gaya anda yang unik.


Senang cakap, YOU by Skechers ini adalah simple, selesa, rekaan minimalis dan sesuai untuk kesemua jenis lifestyle. Telah pun dipasarkan bermula 7 Ogos lalu, wife Abang Nara dah gatal tangan nak pergi beli sepasang dua. Sepanjang minggu lepas memang dia asyik buat muka manja minta belanja sepasang kasut Skechers nie. Nampak gayanya minggu depan terpaksalah Abang Nara belikan dia. Sekali-sekala gembirakan hati isteri tercinta apa salahnya kan?

Jadi kalau anda sedang mencari kasut baru yang mampu memberikan anda keselesaan, kegembiraan dan kesihatan, tak payah nak pening-pening kepala nak buat research bagai. Beli je sepasang YOU by Skechers ini. Confirm puas hati. Maklumat lanjut layari www.skechers.com.my, ataupun LIKE/FOLLOW Facebook dan Instagram Skechers Malaysia. Selamat bergaya dengan YOU by Skechers.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...