Selepas Ufeel Lite & Ufeel, Kini Wiko Tampil Dengan Ufeel Prime Yang Lebih Mengkagumkan

Hiburan

Selepas Ufeel Lite & Ufeel, Kini Wiko Tampil Dengan Ufeel Prime Yang Lebih Mengkagumkan

Oh my, oh my, oh my. Diri ini sekarang sedang berada dalam keadaan teruja serta excited yang amat sangat. Ingat lagi tak perkongsian Abang Nara tentang jenama telefon pintar Wiko yang telah mengeluarkan Wiko Ufeel Lite dan juga Wiko Ufeel? Kini, jenama telefon dari Perancis ini telah melancarkan satu lagi produk dari keluarga Ufeel iaitu Ufeel Prime.

Cantik kan? Terkesima sekejap Abang Nara melihatnya. Memang nampak premium sangat-sangat Wiko Ufeel Prime ini. Meh sini Abang Nara kongsikan lagi beberapa kelebihan dan keawesomean Wiko Ufeel Prime yang akan membuatkan korang rasa nak beli hari ini juga.

Advertisement


1. 5 fingerprints untuk 5 aksi

wikoFungsi 5 jenis imbasan jari untuk 5 melakukan 5 aksi berbeza adalah ciri yang paling hebat di dalam Wiko Ufeel Prime ini (Wiko Ufeel dan Ufeel Lite pun ada fungsi ini). Korang boleh scan ibu jari untuk bukak Facebook, jari telunjuk untuk buka Instagram, jari tengah untuk bukak YouTube, jari manis untuk baca email dan jari kelingking untuk telefon awek/bf/pakwe. Semuanya boleh dicustomize mengikut kehendak anda. Memang jimat masa dan nampak lebih macho serta cool.


2.Rekaan yang sangat premium

 photo 2_1.jpeg

Pertama kali Abang Nara memegang Wiko Ufeel Prime ini, memang jatuh cinta dibuatnya. Rekaannya memang premium. Cantik sangat-sangat. Size pun sedap-sedap je untuk dipegang. Tak besar sangat, tak kecil sangat. Wiko Ufeel Prime ini didatangkan dengan unibody metal design dan 2.5D glass yang menjamin kepuasan para penggunanya.

3. Kamera yang superb
 photo 3_1.jpeg

Kamera belakang Wiko Ufeel Prime ini didatangkan dalam 13MP, sensor Sony dan dual LED flash yang menjamin kualiti gambar terbaik apabila anda menggunakannya. Abang Nara dah try dah ambil beberapa keping gambar. Memang setanding dengan jenama telefon lain. Malah mungkin lebih baik lagi. Kamera depannya untuk selfie pun boleh tahan hebat jugak iaitu 8MP dan ada selfie flash. Confirm hensem dan cun bila selfie.

4.Pantas dan powerful

Apa guna beli telefon pintar kalau asyik tersekat-sekat je bila kita gunakan. Dengan Wiko Ufeel Prime, confirm tak ada sebarang halangan dan akan smooth sentiasa. Mana taknya, telefon in dijana dengan 8core Qualcomm processor & 4GB RAM. Tekan je confirm terus bukak. Tak ada nak hang hang nie.

5.Harga yang amat berpatutan
 photo WhatsApp Image 2016-11-11 at 08.30.19.jpeg

Dengan pelbagai ciri premium lain seperti skrin 5 inci full HD dengan full lamination dan CABC teknologi, mula-mula Abang Nara ingatkan harga Wiko Ufeel Prime ini pastinya akan mencecah ribuan ringgit. Ternyata Abang Nara silap. Anda boleh dapatkannya dengan harga RM899. Memang berbaloi-baloi sangat dengan apa yang bakal diperolehi. Abang Nara berani jamin ia akan menjadi pembelian terbaik anda untuk tahun ini.

wiko

Mungkin ada di antara pembaca BeautifulNara yang tidak berapa kenal akan jenama Wiko. Ish,ish, ish. Wiko kini adalah antara 5 jenama telefon pintar yang paling top di Eropah Barat. Pada tahun 2015, sebanyak 8 juta unit telefon pintar Wiko telah terjual di serata dunia. Setiap 4 saat 1 unit akan terjual. Tak perlu diragukan lagi kehebatan dan keawesomean Wiko. Abang Nara pun guna telefon Wiko dan memang amat berpuas hati. Maklumat lanjut boleh layari my-en.wikomobile.com. Jangan lupa untuk LIKE Facebook Wiko Malaysia sebab banyak lagi ciri-ciri awesome smartphone ini diceritakan dengan lebih terperinci di sana.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...