Written by AbangNara | January 13th, 2015

Ingatkan Kieran sudah tidak akan berkecimpung lagi dalam dunia radio selepas berhenti menjadi deejay di Hot FM. Namun kata orang kalau rezeki depan mata, buat apa nak ditolak. Ditawarkan untuk bekerja dengan Sinar FM, Kieran bakal memulakan tugasnya di stesen radio tersebut bermula Sabtu ini. Sudah pun berusia 40 tahun, Kieran akan beraksi sebagai deejay sambilan dan hanya akan ke udara pada hujung minggu sahaja.

kieran sinar fm

Pada pandangan Abang Nara memang sesuai sangat Kieran dengan Sinar FM. Iyerlah usia 40 an ini boleh dikategorikan dah tua jugaklah. Sinar FM pun radio untuk golongan-golongan berusia. Hot FM pula sesuai untuk anak-anak muda. Kata Kieran sendiri:-

Saya akan bekerja secara sambilan si Sinar FM bermula minggu ini, mereka memang tawarkan untuk buat fulltime tetapi saya tidak bersedia lagi.

Namun saya berhenti Hot FM bukan sebab tawaran lumayan Sinar FM, sebaliknya mereka buat tawaran selepas memgetahui saya sudah berhenti dari Hot FM.

Saya sudah fikir perkara ini sejak awal tahun 2014 kerana usia sudah lanjut dan tidak sesuai untuk berada dengan Hot FM. Sebelum mereka buang, baik saya berhenti sendiri.

Saya nak beri peluang pada penyampai baru dan stesen radio itu untuk cari pembaharuan mereka dengan suara-suara baru.

kieran di sinar fm

Selamat maju jaya diucapkan kepada Kieran. Buat peminat Kieran, bolehlah hilangkan rindu dengan mendengar suaranya di Sinar FM selepas ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 responses to Selepas Tinggalkan Hot FM, Kieran Kini Jadi Deejay Sinar FM

  1. Chipsmore says:

    hot fm bermasalah ler tuuu

    0

    0
  2. Shhh says:

    baguslah mcm tu..jdi dj ni mmg ada pasang surutnya..rasa fafau pun dh boleh bersara..hikhik

    0

    0
  3. MAKJEMAH says:

    ADA AKU KESAH? LANGSUNG TAK GLAMER. BOOO!

    0

    0
  4. MAKJEMAH says:

    APA PUN, AKU DARI DULU TAK SUKA HOT FM NI. SEKARANG MAKIN TAH PAPE, MELALUT. SEGMENT PAGI 3EKOR DJ TU GELAK MCM SAKAI PADAHAL TAK KELAKOR PN. SYOK SENDIRI!

    0

    0
    • Gizmo says:

      btol uoll… ai mmg dah lama beralih arah ke johara pagi era… redah jem pon x terasa uoll…. johara the best la… luv johan more..

      0

      0
  5. Kate says:

    Ala kieran, kan skrg media prima banyak masalah. kalau tak silap aku dalam paper bulan lepas byk yang dah sign MSS..termasuk diorg Zakiah Anas, Karam Singh Walia. kan Media Prima banyak rugi dah skrg ni. mungkin byk yang belom tau, anyway goodluck kat new place..semoga tahun 2015 kita semua dimurahkan rezeki…

    0

    0