Written by AbangNara | May 15th, 2015

Kumpulan Zero telah mencipta fenomena apabila memenangi Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) tahun ini. Zero merupakan satu-satunya kumpulan yang bermula daripada hotseat dan berjaya menggondol gelaran juara. Memang tak pernah dilakukan oleh mana-mana peserta MLM2014 sebelum ini. 3 adik beradik ini mempunyai chemistry tersendiri dan telah membuatkan jutaan rakyat Malaysia tergelak berdekah-dekah dengan lawak mereka.

zero

Namun selepas MLM2014, nama kumpulan Zero mula tenggelam. Jarang sungguh melihat kelibat mereka di kaca televisyen. Ke manakah mereka menghilang? Abang Nara ada membuat sedikit research dan berjaya mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh Zero selepas memenangi MLM2014.

1. Sibuk dengan penggambaran filem
zero
Amboi, amboi, amboi. Daripada pelawak kepada pelakon. Ini satu peningkatan yang amat bagus.Teruja juga Abang Nara apabila mengetahui yang kumpulan Zero bakal muncul di dalam filem Lu Mafia Gua Gangster. Tak sabar nak tengok aksi Melati berlakon. Mesti kelakar punya.

2. Balik kampung jumpa ahli keluarga & peminat

zero

Setelah berpuluh minggu berkampung di Kuala Lumpur memerah keringat dan otak untuk membuat lawak sepanjang MLM2014, tiada yang lebih manis daripada pulang ke kampung halaman untuk berkongsi kemenangan dengan keluarga tercinta. Tentu kumpulan Zero terharu bila sampai ke kampung kerana ada kain rentang menanti mereka. Boleh menangis dibuatnya.

3. Buat show seluruh pelusuk Malaysia

zero

Tanpa peminat-peminat mereka di seluruh Malaysia, kumpulan Zero tak akan dapat bergelar juara MLM2014. Satu Malaysia menghargai lawak Zero dengan cara mengundi kumpulan ini. Tidak mahu melupakan jasa para pengundi, kumpulan Zero telah meluangkan masa untuk menjelajah satu Malaysia membuat persembahan sebagai tanda penghargaan. Penat memang penat, tetapi inilah salah satu cara menghargai jasa para pengundi.

4. Sibuk makan Mister Potatozero

Comel juga aksi kumpulan Zero ini (terutamanya si Melati tue) apabila memakan Mister Potato. Abang Nara percaya korang dah tengok iklan Mister Potato yang menampilkan mereka. Kelakar kan? Memang syok lepak dengan family sambil mulut mengunyah Mister Potato.

5. Hiburkan peminat di Mister Potato Lawak Tourzero

Abang Nara merupakan salah seorang daripada ratusan peminat Zero yang telah hadir ke NZ Curry House Wangsa Maju bulan lalu untuk bergelak ketawa bersama Zero sempena Mister Potato Lawak Tour. Sempoi sungguh diorang nie. Walaupun dah bergelar juara MLM2014, tetap merendah diri dan paling penting, tetap kelakar. Kalau tak silap 24 Mei ini Zero akan buat kemunculan terakhir di UpTown Shah Alam bermula jam 8 malam untuk Mister Potato Lawak Tour. Informasi terkini tentang Mister Potato Lawak Tour akan sentiasa dikemaskini di Facebook Mister Potato. Sila jangan lepaskan peluang untuk melihat mereka beraksi secara ‘live’.

zero

Itulah sedikit sebanyak aktiviti kumpulan Zero yang berjaya Abang Nara bongkar selepas kemenangan mereka di MLM2014. Semoga bintang kumpulan Zero terus bersinar. Ingatlah pesanan orang tua, jangan cepat sombong,jangan cepat bangga dengan kejayaan, teruskan merendah diri dan berusaha segigih mungkin. Good luck and all the best buat Zero. Semoga akan menang MLM2015 pulak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Selepas MLM2014, Ke Mana Kumpulan Zero Menghilang?

  1. bella says:

    Yg nk kawen tu pun snyp je..xjd kawen ke

    0

    0
  2. Melati says:

    suka hati korang lah…yg penting kimak & salan pada Myvi kuning…

    0

    0
  3. naa says:

    Abg Nara, mcm x menjadi je iklan ni. too pretentious. sila cuba lagi :p

    0

    0
  4. zetchi says:

    elok la zero xlupa peminat….ini salah satu kelebihan kumpulan zero…..setahu sy blm ada pelawak bergelar juara MLM yg buat seperti yg zero lakukan ini…tahniah…..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    jadi juara tapi x berapa nak menyerlah sgt….yg sorg tu ckp nak kawin pun senyap jer…nak harapkn duit menang je payah la mcm tu..

    0

    0
  6. Mak Non says:

    Hahahaha nak tergelak aku baca no.4 tu. Rupanya iklan nak promote Mr. Potato. Kehkehkeh.

    0

    0
  7. bosan says:

    Setakat itu je la kualiti filem malaysia…. gaster, mafia, cinta, lawak bodoh yang x lawak langsung dengan tajuk filem yang memualkan… hati perempuan, hati ikan bilis, hati kucing, boyfriend partime, bini partime, laki partime…

    Filem orang dah ke bulan… filem kita.. asyik ke lautt… je…

    0

    0