Written by Bella | October 29th, 2015

Penyanyi yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia 2013, Indah Ruhaila akhirnya sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga selepas dua tahun mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya.

Indah merencana untuk bernikah pada tahun hadapan dan buat masa ini beliau sedang mencari tarikh yang sesuai bagi melangsungkan majlis tersebut.

Insya-Allah tidak lama lagi, dalam tahun depan kami merancang untuk mendirikan rumah tangga selepas dua tahun juga mengikat tali pertunangan.

Kalau boleh saya memang mahu berkahwin sebelum umur 30 tahun, kalau jadi akhir tahun depan, awal tahun depan kami akan buat persiapan sedikit-sedikit dahulu.

Mengakui menghadapi banyak cabaran semasa bertunang, Indah bagaimanapun merasa syukur kerana tunangnya memahami kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi.

Dua tahun ini memang banyak cabarannya, lebih banyak ujiannya selepas keluar daripada Akademi Fantasia 2013 lalu.

Gosip-gosip seperti putus tunang dan gosip cinta bersama seorang pelakon juga antara yang paling terkesan terutamanya kepada pihak keluarga lelaki.

Kalau dah sedia untuk berkahwin untuk apa tunggu lagi? Kami harap  segala persiapan Indah Ruhaila menjelang hari penuh bermakna dalam hidupnya itu akan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: mStar Online

8 responses to Selepas Dua Tahun Bertunang : Indah Ruhaila Rancang Nikah Tahun Hadapan

  1. melati says:

    Tahun depan nanti aku komen …sebab tunggu ko Femes dulu….;’

    0

    0
  2. Wateva says:

    Elok la tu. Lama giler kot bertunang!

    0

    0
  3. acik says:

    sape dia ni?

    0

    0
  4. peah says:

    tak tau kenapa aku tak suka tengok dia ni…cara bercakap dekat HLive tu pun ya ampuuunnnn…. nampak sombong, bongkak, dan …………..

    0

    0
  5. minah jambu says:

    tak kenal….macheh..

    0

    0
  6. Xkenal says:

    Dia ni sape? Tetiba

    0

    0
  7. kikilala says:

    sape dia ni? xkenal langsung. mana dia muncul?

    0

    0
  8. nk gtau says:

    die ni peserta af taon 2013..
    penyanyi lagu percayalah..

    0

    0