Written by AbangNara | March 6th, 2015

8 tahun adalah satu jangka masa yang lama. Terkejut juga apabila Abang Nara mengetahui yang Hans Isaac dan AC Mizal telah tidak bertegur sapa selama 8 tahun kerana perselisihan faham. Mereka berdua tidak bertegur sapa selepas Hans memecat AC Mizal selepas pengacara itu melanggar kontrak selama tiga tahun dengan produksi teater tersebut pada tahun 2010. Ketika itu mereka sedang menjayakan teater Cuci The Muzikal.

ac mizal hans isaac

gambar CipotRedz

 

Namun kata orang air ‘time heals everthing’. Selepas 8 tahun, Hans Isaac dan AC Mizal semakin matang dan hubungan mereka berdua kini sudah kembali pulih. Terharu juga Abang Nara melihat gambar mereka berpelukan di atas. Macam adik beradik. Respek jugak kepada Hans Isaac kerana telah membuat langkah pertama menghubungi AC Mizal, memohon maaf dan memperbaiki hubungan persahabatan mereka. Kata Hans:-

Kami tidak pernah berhubung selepas perselisihan faham terjadi iaitu kira-kira lapan tahun lalu yang mana kedua-dua ketika itu tidak matang lagi. Ketika Afdlin datang dengan idea untuk mementaskan teater daripada filem (Baik Punya Cilok) ini saya bertanya pendapat dia dahulu untuk berbaik semula dan mengajak AC bersama kami dalam pementasan ini dan dia sangat menyokong perkara itu.

Sejak dua tahun lalu saya sudah mula berpengang pada prinsip tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa tidak kiralah sama ada orang itu suka atau tidak pada saya.

Di atas prinsip ini sudah tiba masanya untuk saya bertemu AC dan kami berbincang. Tambahan Awie dan Afdlin memberi sokongan. Filem ini sudah pun sepuluh tahun dan kami ingin imbau kembali kenangan itu bersama peminat melalui teater

ac mizal

Semoga hubungan persahabatan yang terjalin kembali ini akan kekal buat selama-lamanya. Industri hiburan Malaysia pun bukan besar mana. Pergi balik akan jumpa orang yang sama juga. Tahniah kepada Hans Isaac dan AC Mizal yang menunjukkan contoh yang baik. Kejujuran dalam persahabatan adalah perkara yang amat penting. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Selepas 8 Tahun Berselisih Faham, Hubungan Hans Isaac & AC Mizal Pulih

  1. nok gebuzzz says:

    bagus la tu….buat ape gaduh2,balik2 pun jumpa gak sbb dlm industri yg sama kan…..

    0

    0
  2. Joyah Pok Pek says:

    Baguslah..pusing2 muka korang jgk..industri Malayisa ni kecik jek..paling ak respek Afdlin tak de gosip buruk!!

    0

    0
  3. FAZURA JELITA says:

    Carilah Kedamaian…….

    Bukan Pergaduhan ya……

    Kebaikan BAIK UTK KESIHATAN….

    0

    0
  4. rora says:

    like i care .

    0

    0
  5. cik teratai says:

    Terbaek la u guys!! :D

    0

    0
  6. Pak Jabit says:

    tak bertegur start dr tahun 2010 hingga 2015..camane bole jadi 8 tahun plak?

    0

    0
  7. aku sebatang kara says:

    Owh Hans, very good move. Congratulations to both Hans and Ac. they are soooo mean for each other( not i a gay way, ok)

    0

    0
  8. cik kalkulator says:

    kau reti kira ke tak abg nara?
    2010 sampai 2015=8 tahun ke?
    pengsan

    0

    0
  9. ac penipu says:

    bagus la dh baik…ac ni suka sgt cari gado dgn org…jgn sbb job baru la nak baik2 semula…mcm ne dgn kes jep sepahtu…ntah2 mkn mase 10 tahun lg baru nak baik…

    0

    0
  10. oic says:

    ohh..hans yg mintak maap dlu..nk hrpkan ac mizal mmg tak baik smpi bila2 agknye…hmm…sendiri buat salah tak sedar..kes jep sepahtu tu aku kesian lagi. ac dah melalak kat twitter dlu ..tak taulah…klu diikutkn gaya jep, mungkin dia akn maafkan si ac ni..

    0

    0
  11. senget sangat kannnn says:

    AC ni sile la pegi mampus..menyemak jek di tv n malaysia ni…sumpah semak…manusia muke n perangai scammer cam lahanat ni la nyusahkan hidup org ramai…dato konon…muke cm jamban…perangai lebih dr berus jamban…hans gak sempoi

    0

    0
  12. AwanNano says:

    Wakahakahkah..

    0

    0