Written by AbangNara | January 7th, 2015

Pasti peminat kumpulan Virus akan memarahi Abang Nara apabila membaca artikel ini. Namun sebenarnya Abang Nara adalah salah seorang yang menaruh harapan tinggi apabila mengetahui Tauke, Yus dan Zizan akan bergabung di bawah satu kumpulan untuk MLM2014. Membawakan nama Virus, persembahan mereka sentiasa Abang Nara nantikan setiap minggu. Sayangnya, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
virus mlm2014 Minggu pertama dan minggu kedua masih tidak lawak bolehlah diberikan alasan tiada ‘chemistry’. Namun kalau sudah masuk minggu kelapan lawak yang dipaparkan masih hambar, apakah lagi alasan yang boleh digunakan? Tidak dinafikan pada minggu kelapan yang bertemakan ‘artis jemputan’, lawak yang ditampilkan oleh Virus dengan Amyra Rosli lebih baik berbanding minggu-minggu sebelum ini.
virus mlm2014 Namun jika dibandingkan dengan lawak Bocey, Shiro dan Sepahtu, tak melampau dikatakan jika mutu lawak Virus berada satu takuk di bawah kumpulan-kumpulan ini. Kehambaran lawak Virus juga dibuktikan apabila sudah 2 minggu berturut-turut mereka berada di bottom 3. Nasib baiklah minggu lalu tiada penyingkiran. Kalau tak Abang Nara yakin nama kumpulan Virus yang akan disebut.
virus mlm2014 Ada yang berpendapat gabungan Yus, Tauke dan Zizan adalah satu gandingan yang salah. Lebih baik Yus dan Tauke beraksi sebagai kumpulan Jambu. Ini kerana lawak-lawak Jambu dalam Maharaja Lawak Mega sebelum ini ternyata menyengat. Kehadiran Zizan seolah-olah membataskan lawak mereka. Ada betulnya juga pendapat itu. Namun satu jalan penyelesaian haruslah dicari. Nak tak nak kini mereka bertiga bergerak sebagai satu kumpulan.

virus mlm2014

Kalau Abang Nara seorang yang berpendapat lawak Virus masih hambar, bolehlah nak cakap ini adalah satu artikel yang bertujuan menjatuhkan kumpulan ini. Namun ini adalah realiti yang harus ditelah oleh Virus. Hampir 90% komen-komen di laman sosial melahirkan rasa kecewa, sedih dan hampa dengan mutu persembahan Virus setiap minggu. Kami semua sayangkan Virus sebab itulah kami beri komen sebegini. Kalau tak sayang, kami biarkan sahaja Virus hanyut dengan lawak syok sendiri. Tak gitu?

virus mlm2014 Abang Nara memahami yang Zizan, Yus dan Tauke masing-masing sibuk dengan aktiviti sehingga membataskan persediaan untuk MLM2014. Namun jika persembahan yang sama diteruskan, ia pasti akan mengecewakan para peminat. Diharap Virus akan lebih bersedia, banyak buat study, dan kembali membuatkan orang ramai tertawa. Jangan sampai tersingkir kerana peminat sekarang sudah pandai menilai. Populariti sahaja tak guna jika lawak tak menjadi.

virus mlm2014 Sama-samalah kita nantikan persembahan kumpulan Virus minggu ini. Diharap ia akan dapat menggeletek perut Abang Nara. Apa pula pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Selepas 8 Minggu Dalam MLM2014, Kumpulan Virus Masih Hambar

  1. nok gebuzzz says:

    mmg elok la kalau keluar pun….dah x kelakor……..

    0

    0
    • ustajah pilihan yo says:

      virus memang x lawak!tapi xde la x lawak langsung…cumanya kadang2 tu juri ni dh ade superhero peberet derang, bagi bintang banyak2!!ape heii ko bagi bintang banyak2 tapi x lawak???juri pon kemain kalau puji lebey skit dalam lawak tu mula la nak bagi extra stars!!please la…

      astagfirullahalajim…tgk ustajah pon hilang pertimbangan…sat nak p amik wudhu!

      0

      0
  2. Hai... says:

    Semuanya keje Astro…

    0

    0
  3. nadia says:

    kalau nabil gabung dgn jihan…mesti lagi best… hahhaah…

    0

    0
  4. jambusangat says:

    Zizan berlawak nak control hensem.nk bergaya tp lawak xde..yus lembab.lebih pada spontan lawak yg biasa buat duk umah.merapu ntah pape..nk harap tauke je mampos..
    Actually..zizan mase gabung dengan johan as a feeder je..johan is killer.tu sbb bole hidup..dan JAMBU kedua2 feeder.saling support each other.dan sebab tu lawak so so je xleh jadi juara..bile masuk lak zizan tambah lg sorg feeder lepas tu nak harap tauke killer mampos laa..JAMBU lak terikut2 lawak zizan..nak smart je atas pentas..memang ke parit..
    sekiann..

    0

    0
    • lolsss says:

      couldnt agree more :)

      0

      0
    • mimimimi says:

      so true. johan yang mmg slalu bg punchline best2. zizan harap buat gaya2 badan mcm sotong tu je. lg satu, still x faham comment2 yang ckp jambu ni best. diaorg ni asyik cakap bahasa merapu and tauke tu asyik nak jerit2. so annoying. keluar la please.

      0

      0
    • Anonymous says:

      nk buat camne zizan si parot tua tu rs die dh femes skrg ni…byk cam nk cover je..mmg dr dl aku x minat si parot tua ni..lawak ntah ape2…asik lawak mengangkang dan tari bird die tu je…buwekkk…dh ske pkai suar ketat cam nk tersembul bird ko tu zizan gile pulak aku tgk…

      0

      0
    • peminat MLM says:

      ai sutuju komen uu..prefectoo

      3 feeder skali memang tak jalan la

      yang menghidupkan virus taukeh jek

      vote for zero satu2nya yang konsisten sepanjang mlm 2014 ni

      0

      0
  5. Astro mkn suap says:

    Mmg out virus..x tnggu pn prsmbhan diorg.spatutnye
    lg umphh lh tp jmbu mnghrapkn pd zizan sorang.actually
    zizan mmg x klakar pn,jozan mnjadi pn sbb johan.tp aq tau
    virus xkn klur pnye..dah pham sgt agnda astro bngang tu.
    Dpt pulak juri plih kasih ssesangat,kn.?yg sptutnya dpt byk
    bntang d bri 3 bntang,yg hmpeh cm nbil blh pulak dpt 5 bntang.
    Nmpk x mainan dr astro yg aku byar tiap2 bln?klu cmni lh,
    x pyah lh kmpulan lain brtungkus lumus cr idea sbb dah sah2
    xkn msuk final pnya.juara pn aku dah tau sapa dah??

    0

    0
  6. Misz Chinta says:

    makin lame makin xbest..zero sepah syj aku suka :)

    0

    0
  7. BOB says:

    ptut dh t’singkir dah ni…nabil pn…undi sbb dorng popular dah de peminat fanatik..sianle yg kt betul2 lawak tp tiada peminat fanatik….c’mon, kite mau kualiti…plss vote pd yg b’kualiti bukn populariti….

    0

    0
  8. kutu says:

    tahun ni kurang menyengat la…bila tengok kumpulan jalor boleh dapat undian tertinggi terus tutup tv..bukan kelakar pon..banyak kumpulan popular mcm dah hilang arah..tp yelah kan bukan senang nk buat lawak..

    juri 1 hal…sebelum ni tak penah lak sampai 5 bintang..kali ni lak lebih2..pastu masing2 ada kumpulan febret..ha tu yang jd tak adil..tak lawak pon boleh dpt 5 bintang..ape tu??

    0

    0
  9. Anonymous says:

    JAMBU ke ZIZAN ke…dua2 pon tak lawak….zizan asik nak tergeliat2, asik nak nyanyi lagu awak kat mana, dah takde modal lain, …yus n tokay asik bercakap bahasa yg merapu…ingat ni persembahan utk kanak2 tadika ke…tolong keluar minggu ni please…..tq

    0

    0
  10. safiq copot says:

    yg pasti tiap kali virus dpt undian terendah…dan dan x do penyingkiran…kisahnya..
    kono pikir lak dulu lawak eh..nak golak ko tak..golak panjang ko golak pendek..

    0

    0
  11. student uitm says:

    Maaflah. menyampah & meluat sangat2 kumpulan ini…

    0

    0
  12. kerana bnyak tekanan lah – kedaionlinemy.com

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Halamak!virus dh awake!Zero pulak hambar!btw,pantang mundur kecuali operasi!!

    0

    0