Selepas 6 Bulan Digam Stesen TV, Hanez Suraya Kembali Berlakon

Hiburan

Selepas 6 Bulan Digam Stesen TV, Hanez Suraya Kembali Berlakon

Alhamdulillah. Kalau dah rezeki tak ke mana. Secara jujur, Abang Nara sedih juga apabila membaca luahan hati Hanez Suraya mengenai dirinya yang digam oleh stesen televisyen. Apabila ada penerbit mencadangkan namanya untuk drama, stesen televisyen akan meminta agar nama Hanez Suraya digugurkan kerana takut rating jatuh. Kini selepas 6 bulan tidak berlakon, pelakon penuh kontroversi ini boleh menarik nafas lega kerana namanya kembali diterima oleh stesen televisyen.

hanez surayaBakal berlakon dengan Aaron Aziz dan Nora Danish dalam sebuah supertelefilem, Hanez Suraya juga akan muncul dalam drama Cikgu Timah Sekolah Bandar yang akan disiarkan di Astro. Nampaknya kesabaran dan rayuan yang dibuat oleh Hanez telah berhasil. Semoga Hanez tidak mempersia-siakan peluang kedua ini. Kata Hanez:-

Advertisement

Selama 6 bulan saya tidak menerima sebarang tawaran, namun saya percaya semua yang berlaku ditentukan oleh Tuhan dan ada hikmahnya. Kemunculan semula ini sebagai isyarat yang saya cukup serius dengan dunia lakonan.

Saya berdoa semoga segala-galanya berjalan lancar dan rezeki memihak kepada saya. Pada masa yang sama, saya bertuah kerana mendapat sokongan ramai rakan. Ada beberapa rakan penerbit yang rapat dengan saya memberikan kata semangat supaya bersabar dan jagan mengalah.

hanez suraya

Pada pendapat Abang Nara, mutu lakonan Hanez Suraya terutamanya dalam drama Love You Mr Arrogant memang amat memberangsangkan. Jika ditolak ke tepi kontroversinya, bagi Abang Nara Hanez adalah salah seorang pelakon yang benar-benar berbakat. Sayangnya di kala Hanez menuju ke puncak, tiba-tiba dirinya diselebungi kontroversi pula. Semoga kali ini Hanez benar-benar fokus dan tidak lagi menimbulkan sebarang masalah. Selamat kembali Abang Nara ucapkan kepada Hanez. Semoga terus maju jaya.

[flowplayer id=”29964″]

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...