Selepas 20 Tahun Perang Dingin, Akhirnya Erma Fatima & Ogy Ahmad Daud Berbaik Semula

Hiburan

Selepas 20 Tahun Perang Dingin, Akhirnya Erma Fatima & Ogy Ahmad Daud Berbaik Semula

20 tahun adalah satu jangka masa yang tersangatlah lama. Terkejut Abang Nara apabila mengetahui dalam tempoh tersebut, Erma Fatima dan Fauziah Ahmad Daud (Ogy) tidak bertegur sapa. Wujud perang dingin antara mereka berdua ini atas sebab yang tidak dikongsi umum. Namun selepas 2 dekad, hubungan silaturahim antara mereka berdua berjaya dipulihkan dan kedua-dua pelakon hebat ini bakal disatukan di dalam teater Mok Cun yang akan bermula 14 November ini.

ogy erma fatima

Advertisement

Usaha berbaik-baik semula antara Ogy dan Erma Fatima ini telah dimulakan oleh rakan baik mereka berdua iaitu Datin Paduka Umie Aida. Bercerita tentang detik silaturahim mereka terjalin semula, Ogy berkata:-

Datin Umie Aida yang menemukan kami. Umie datang ke rumah saya untuk membeli sambal goreng Saadiah. Beliau tanya saya, berlakon lagi ke? Saya katakan saya masih berlakon tapi saya cerewet memilih skrip. Umie tawarkan saya berlakon dengan Erma.

Saya tiada masalah berlakon dengan Erma, cuma saya tidak mahu kasi muka, takut dia pijak kepala. Itu jawapan saya (ketawa). Keesokannya, Erma mesej saya mahu bertemu untuk berbincang projek. Saya tanya Erma, rindu akak ke? (berseloroh). Erma cakap mestilah. No problem!!

Terus terang dikatakan, saya bersetuju bertemu Erma kerana tidak mahu memanjangkan pertelingkahan atau perang dingin yang wujud selama berpuluh tahun itu.

Saya tidak mahu terus memendam sesuatu dalam hati. Saya rasa tidak sihat sangat. Jika saya tutup mata, saya tidak mahu ada permusuhan dengan sesiapa dalam hidup

Erma Fatima turut sama berkongsi rasa gembira apabila hubungan dengan idolanya itu terjalin semula. Kata Erma:-

Saya tidak pernah benci atau marah pada Kak Ogy walau pun apa yang berlaku antara kami. Waktu itu darah masih muda, darah masih gemuruh. Kami terlalu mengikut emosi.

Saya bertemunya di sebuah restoran di Bangsar kira-kira 2 minggu lalu. Kami tidak ungkit kisah silam pun, tiada langsung. Kami bercakap seolah-olah tiada apa yang berlaku selama ini.

Kami bertemu seperti kawan lama berjumpa semula. Tiada cerita kau dulu macam tu, macam ni!

ogy erma fatima

Alhamdulillah. Perkara yang lepas usahlah dikenang. Yang penting hubungan persahabatan yang kembali terjalin ini dijaga betul-betul. Jangan bergaduh lagi. Nanti tak pasal-pasal tak bertegur sapa 20 tahun lagi sekali. Apa pun, pasti gandingan Erma Fatima dan Ogy dalam teater Mok Cun akan meletup. Sama-sama kita nantikan. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...