Written by AbangNara | September 8th, 2011

6 September 2011, Kuala Lumpur – Sorak bersama di konsert belia terhebat, Konsert Suara Kami 2011 yang membawakan nama-nama terhebat persada seni muzik yang bakal beraksi di Stadium Merdeka pada 17 September 2011 bertempat di Stadium Merdeka bermula jam 8:00 malam.

suara kami

“Muzik adalah seni yang tiada batasan yang menjadi bahasa pengantara antara belia pelbagai budaya. Konsert Suara Kami 2011 meraikan semangat para belia selain menyambut 15 tahun perkhidmatan Astro kepada para pelanggan kami. Pada masa yang sama kami mengambil kesempatan ini untuk menyambut Hari Malaysia dengan membawakan sambutan berganda yang diserikan dengan barisan artis dan selebriti ternama, tempatan dan juga antarabangsa,” ulas Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro Malaysia.

suara kami
Antara barisan tersenarai dari arena muzik antarabangsa adalah, sensasi terbaru budaya K Pop, Rania; raja dan ratu carta hit India, Naresh Iyer dan Chinmayi yang telah memenangi banyak anugerah, serta penyanyi Canto pop Hong Kong, Hins Cheung. Selain mereka, terdapat juga beberapa lagi barisan artis-artis tanahair yang bakal berkongsi pentas yang sama seperti Yuna, Hujan, Faizal Tahir, Pop Shuvit, Lan Typewriter, Psycho Unit, Soul Krazy, Ruffneckz, Stacy dan ensembel gitaris-gitaris lagenda seperti Man Kidal, Kid Search, Joe Wings dan Hillary Ang.

suara kami

Peminat K Pop boleh bertemu secara langsung barisan penyanyi dan penari Semi, Riko, Jooyi, Di, Joy, T-ae dan Xia dari Rania. Kumpulan ini telah mendapat perhatian media serata dunia hasil album pertama mereka yang dibantu oleh composer terkenal Teddy Riley, yang bertanggungjawab atas kejayaan artis-artis bertaraf platinum seperti Micheal Jackson dan Lady Gaga.

Naresh Iyer dan Chenmayi adalah penyanyi-penyanyi latar popular dari India yang telah menyumbangkan suara mereka dalam filem-filem Tamil, Telugu, Tulu dan Malayalam. Naresh Iyer contohnya terkenal dengan rendisi lagu-lagu bahasa India dan telah meraih kejayaan dalam carta hits di India. Setara hebatnya, Chinmayi meraih populariti di umur awalnya di persada Bollywood melalui filem Mangal Pandey dengan lagu ‘Holy Re’. Terkenal di seluruh pelusuk dunia, Naresh Iyer dan Chinmayi sering mengililingi dunia untuk menemui peminat yang rata-ratanya dari komuniti India.

suara kami

Rakyat Malaysia juga boleh menyaksikan sendiri Konsert Suara Kami pada 17 September, 8:30 malam di saluran Astro RIA (Saluran 104), Raya HD (Saluran 188), Astro AEC (Saluran 301), Astro Vaanavil (Saluran 201), Astro Hitz (Saluran 705), TV2 dan TV9 selaku rakan media untuk menyiarkan konsert tersebut. Konsert Suara Kami ini juga boleh ditonton melalui laman sesawang www.suarakami.com.my, Portal Astro WAP dan ERA.fm.

suara kami

Kemasukan adalah percuma dan tempahan tiket boleh didapati di http://www.suarakami.com.my. Tiket juga boleh dimenangi melalui www.facebook.com/astro atau dengan mengikuti Twitter rasmi Astro di akaun @suarakami2011. Selain laman-laman di internet, radio-radio rasmi Astro juga akan mengedarkan tiket-tiket kepada pendengar-pendengar bertuah di stesyen-stesyen radio seperti Hitz, Era, THR Raaga and MY.fm.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 responses to Selebriti Tempatan dan Antarabangsa Bakal Gegarkan Konsert Suara Kami Astro, 17 September di Stadium Merdeka

  1. Feeya says:

    Udah2 la tu buat konsert je. Tak nampak ade manfaat pun.

    0

    0
  2. canteknara says:

    prlu ke konsert2 sprti ini diadakn..smua ni cme akn merosakkn umat islam je dgn budaya cmni..

    0

    0
  3. canteknara says:

    perlu ke konsert2 spt ni diwt…smua ni cme akn merosakkn umat islam je..so kpd yg beragama islam xpyhla pi konsert2 cmni..

    0

    0
  4. zaia says:

    ala..apesal rania lak tetibe??bnyk g len je pbun..
    xpe la,leh tmbh peminat dr M’sia kot.huhu..

    0

    0
  5. minah jambu 24jam mengadap computer says:

    hensem betol si faizal ni lah !! bang nara kasi alamat si faizal ni minah jambu nk gi serbuuuuuuuu !!!!

    0

    0
  6. dun says:

    ok la line up… tp artis k-pop rania?
    diorang xtapis dulu ke nk bawak artis dtg malaysia?
    aku pnah tertengok mv rania ni, aish, gilos sexy banget..
    mcm pkai bju dlm je nyanyi nye..isk, tkejot gak cmne bleh lpas msuk mesia neh

    0

    0