Written by serenity | January 3rd, 2017

Di media sosial, terdapat pelbagai perkhidmatan yang dipasarkan sebagai rawatan kecantikan dan kesihatan dengan pelbagai dakwaan mengenai manfaatnya. Salah satu dari perkhidmatan tersebut ialah terapi ozon atau ‘cuci darah’.
ozonBN

Dan salah satu cara bagi pengasas perkhidmatan ini memasarkan produk mereka ialah dengan menggunakan selebriti atau artis yang punya ramai pengikut di media sosial untuk memberikan testimonial atau sokongan kepada perkhidmatan tersebut.



Beberapa orang selebriti juga sebelum ini telah memberi sokongan kepada rawatan terapi ozon yang dipasarkan di Instagram tetapi kini beberapa orang selebriti yang menyokong dan memberi testimonial terhadap perkhidmatan terapi ozon mahu peminat mereka yang terpengaruh untuk berhenti menggunakan perkhidmatan tersebut.

NST Online memberitahu, antara selebriti terbabit ialan Remy Ishak, ZIzan Razak, Reen Rahim, Julia Ziegler dan Ashraf Muslim.

Remy memberitahu yang dia diberitahu oleh pengendali perkhidmatan itu yang ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

remy

Saya terbabit dengan promosi terapi itu tetapi ia satu kesilapan. Saya pun manusia biasa. Saya tak dapat maklumat yang mencukupi sebelum membabitkan diri dengan perkhidmatan yang saya promosikan itu. Mereka mendakwa yang ia diluluskam KKM, tapi saya patut lebih tahu. Saya tarik balik sokongan terhadap perkhidmatan tersebut.

Sebenarnya saya tak rasa apa-apa perubahan selepas menjalani prosedur itu (terapi ozon). Saya rasa lebih sihat selepas bersenam di gym. Saya akan beritahu pengendali perkhidmatan itu untuk buang promosi melibatkan saya dari lamannya.

Manakala Zizan Razak memberitahu yang dia sebenarnya tidak menjalani prosedur tersebut walaupun mempromosikannya.

image

Jujurnya, walaupun video dan gambar menunjukkan seolah-oleh saya menjalani rawatan tersebut, saya tak berani kerana beberapa hari sebelum itu, saya dapat tahu ada orang yang ada masalah buah pinggang jalani terapi ozon dan meninggal dunia tak lama kemudian.

Saya sebenarnya tak berfikir masak-masak sebelum tolong kawan saya promosikan perkhidmatan itu. Saya hanya setuju biarkan tiub-tiub ditampal dengan pita pelekat pada lengan saya.

Kepada peminat saya, tolong abaikan ‘testimonial’ mengenai suntikan vitamin dan terapi ozon. Tolong periksa kelulusan dan keselamatan produk sebelum gunakannya. Jangan ambil lewa kerana akibatnya boleh jadi sangat buruk. Lindungi badan dan kehidupan anda, jangan ambil risiko beli produk yang meragukan.

 

Sementara itu, Ika Nabila, memberitahu yang dia menghadapi masalah hypoglycaemia (kekurangan gula darah) ketika menjalani terapi itu.

Saya mengalami hypoglycaemia semasa sedang menjalani terapi ozon. Saya masih ingat rasa sangat takut bila darah saya dikeringkan dan saya menggeletar. Saya minta mereka beri saya makan sesuatu yang manis, jadi mereka masukkan sekeping coklat ke dalam mulut saya. Mereka sebelum itu yakinkan saya ada seorang doktor yang mengawal terapi itu tetapi sebenarnya tiada. Tiada proses penyediaan, dan gula darah serta degupan jantung saya tidak diperiksa. Mereka cuma terus masukkan jarum pada lengan saya.

Saya takkan syorkan rawatan ini pasa sesiapa, apatah lagi ia tiada kelulusan KKM dan mereka pula gunakan gmbar saya untuk promosi. Saya minta maaf jika saya kelihatan seperti promosikan terapi itu. Saya tak mahu perkara buruk terjadi pada sesiapa.

Julia Ziegler memberitahu yang dia diberitahu terapi itu boleh membantu mengatasi masalah ruam yang dihadapinya tetapi dia mendapati dirinya tiada perubahan selepas mendapatkan terapi tersebut. Dia juga tidak tahu perkhidmatan itu diharamkan.
juliaziegler

Reen Rahim pula fikir bahawa rawatan itu sama seperti bekam dan meminta orang ramai lebih berhati-hati.
reenrahim

Ashraf Muslim pula memberitahu dia hanya melakukan rawatan itu sekali saja dan mengakui dia tidak tahu dengan sepenuhnya tentang rawatan itu. Dia menyangka, disebabkan pengandali rawatan beroperasi tanpa sekatan, ia sebenarnya diluluskan pihak berkuasa dan meminta maaf kerana tidak menyelidik dengan mendalam.
serapmoslem

Setelah diberi makluman mengenai bahaya rawatan seperti itu yang berpotensi memudaratkan orang ramai, mereka berharap peminat ‘melupakan saja’ sokongan yang pernah mereka beri pada perkhidmatan tersebut. Ada yang telah meminta gambar-gambar mereka dipadam dari akaum Instagram terlibat.

Era media sosial ini, pelbagai individu tampil dengan pelbagai produk atau perkhidmatan kesihahatan dan kecantikan dengan beribu manfaat tetapi sebenarnya hanya dakwaan.

Cerita berlegar bahawa banyak produk / perkhidmatan kecantikan dan kesihatan membawa mudarat, misalnya produk kecantikan yang menyebabkan kulit muka berjerawat dan bernanah, terkena kanser pangkal rahim setelah mengamalkan masuk jamu ke dalam vagina dan ada yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati setelah menyuntik cecair kecantikan ke dalam badan.

Fikirlah dengan panjang sebelum mengunakan rawatan/produk ini. beautifulnara.com

38 responses to Selebriti Tarik Sokongan Kepada ‘Terapi Ozon’, Minta Peminat Lupakan Testimonial

  1. Shhh says:

    nmpak sgt artis2 ni tamak..kerana duit buta semua benda…bru cuba sekali dua dh ckp bagus..

    28
    0
    • minah latoya mulot longkang vazzzz says:

      Bukti artis tamak ataupun bodoh x boleh google dlu hahahha

      13
      2
      • Anonymous says:

        cuci darah..org elok2 sihat ko suruh cuci darah.
        eh bodoh org yg buat bisnes neh mperbodohkan org ramai.
        cuci darah tu utk org yg dah sakit buah pinggang. org yg sakit punyalah seksa nak cuci, kos lagi..ko senang2 suruh org sihat cuci darah konon nak bagi lagi sihat.
        tu suh org mati.
        nak buang darah kotor..g bekam.sunnah pun ia. saman je dorg neh..

        41
        0
        • Anonymous says:

          Opah aku umur 82 isap curut lagi masih hidup walaupun ada sedikit kencing manis. Perlu ke nk berozon therapi pelbagai??

          13
          2
        • Anonymous says:

          elok la siapa yg terpedaya. korang pon bodoh mcm retis2 tu juga.

          7
          0
        • Anonymous says:

          betul tu.. saya sokong. pengasas bodoh. tau nk duit je. jdi je la call girl full time kalau nk duit sgt. x ckup ke duit jd call girl

          0
          0
      • Beyonce says:

        Hopefully cik dan tuan selebriti lepasni lebih bijak la jangan main tadah je endorse produk/service entah hapa2, sebab orang malaysia ni majoritinya mudah terpengaruh, nak2 bab bab cantik. Please buat dulu kajian and whatnot. Same goes to cosmetics. Please dont be ignorant.

        12
        -1
        • lily says:

          Kpd netizen2 sekalian, korang x nampak lagi ke permainan artis ni mcm mana? masa promosi, dorg cakap la badan rasa lebih sihat, kulit terasa lebih cerah mulus halus semua.. sdangkan dorg cuba sekali je.. lebih teruk, ada yg PURA-PURA guna produk tu..

          tolong jgn jadi spt lembu dicucuk hidung. ape artis buat, kita ikut buat.. Allah bagi akal, fikir..

          39
          0
        • Anonymous says:

          selebriti byk bersubahat. tanggung la dosa…

          8
          0
        • Victoria becks says:

          Cnth nora..ye latu pakai safi ….iye2 je promot..mcm org tktahu nora cmne standard tangkap ank menteri je org biasa tk main laaa tetibe tang makeup safi rania..

          6
          0
      • kentut padu mii kuning !!!! says:

        sapa nak bau I kentut ???? kentut padu mii kuning !!!!!!!

        0
        8
  2. sje komen says:

    xbaik btulla sgp menipu zizan ni

    21
    0
  3. anonymous says:

    ni business gf raja muda selangor si sasha aziz tu kan? mmg dari dulu tgk sgt mencurigakan tp dia pandai guna link selebriti..

    15
    0
  4. kakikucinghitam says:

    haisshhhh org ni pun laa hai…. kalau benda melibatkan organ dalaman ni pergi lah jumpe doktor dr hospital. minta pandangan yang pakar… kalau nk cantik berseri, cukup dengan jaga makan, jaga kesihatan.. xyah nk tukar2 oiii seram

    11
    0
  5. Lengkong says:

    habis la sasha aziz

    7
    0
  6. Yaya says:

    Eh mak aku yg tak sekolah tinggi2 pun tahj kejadah apenye terapi ozon ni. Gi cuci darah bagai, terang2 ko tu sihat walafiat. Jd retis dik non bkn kena ada rupa n bakat je, otak kena ada sekali. Learn from mistake! Apa2 lps ni, rujuk kkm atau mereka yg berautoriti.
    Sekian bebelan pagi ni.

    11
    0
  7. Anonymous says:

    Seleberti tidak baca dulu apa akibat nya KKM memang tidak iktifaf pun. ada yang di tipu guna vit C teruja orang sebab pakai ozon ni boleh putih tapi side effect tidak tahu. kesian seleberti sayang je darah nya tentu ada yang pecah…. save salur darah anda untuk perkara yang penting seperti buat dialysis bila tua atau sakit teruk itu baru di iktiraf oleh KKM

    5
    0
  8. Anonymous says:

    Semoga menjadi pembuka mata peminat susah mati artis semua. Tak semua benda diorang buat/pakai/guna bagus. Bukannya pandai sangat pun most artists ni. Promote something sebab dibayar. Tak payah nak ikut sangat.

    7
    0
  9. Anonymous says:

    ya..betul..ayah saya pernah buat terapi ozon ni sekitar sept 2013..staff kt situ kata ok..boleh proceed lepas dia buat simple check up..sy byr RM500..tp start pada situ lah ayah saya sakit tenat smpai dia pergi buat selama2nya februari 2016..sy ralat betul..ms ayah sakit kencing manis je..so pegi utk kononnya utk cuci darah.. :( tp lepas je buat tu keadaan makin teruk..seumur hidup dia tak penah masuk hospital..tp selepas je buat smpai saat akhir2 dia keluar masuk hospital. start badan lemah 2, 3 jam selepas buat..pihak terapi kata biasa..healing prosess..tp x pun..bila admitted pihak terapi kata bukan salah diorang..so utk anda di luar sana..jauhilah benda2 mcm ni..

    24
    0
    • hhhhhh says:

      Eh mcm kes ayah sy gak lah..pas cuci makin sakit.dia ada kencing manis..skng dh arwah..depa tipu kata konon2 tun m pn cuci drh…sb tu sihat dan muda

      6
      0
      • Anonymous says:

        ye ke..mesti ramai lg mangsa ni..sama dgn arwah ayah saya..dok terpengaruh konon2 tun m tu gak lah..kami mula2 xnak bg..tp arwah ms tu beriya sgt..jadi terpaksa akur..pas buat terus dia sakit..esoknya terus masuk ICU..dan start tu la keluar masuk hospital..start tu terus efek kt buah jantung, paru2 dll..terapi ozon tu “kacau” sistem saraf..mcm tu la lebih kurang yg sy faham bila doktor explain..

        5
        0
  10. hamba allah says:

    ya..betul..ayah saya pernah buat terapi ozon ni sekitar sept 2013..staff kt situ kata ok..boleh proceed lepas dia buat simple check up..sy byr RM500..tp start pada situ lah ayah saya sakit tenat smpai dia pergi buat selama2nya februari 2016..sy ralat betul..ms ayah sakit kencing manis je..so pegi utk kononnya utk cuci darah.. :( tp lepas je buat tu keadaan makin teruk..seumur hidup dia tak penah masuk hospital..tp selepas je buat smpai saat akhir2 dia keluar masuk hospital. start badan lemah 2, 3 jam selepas buat..pihak terapi kata biasa..healing prosess..tp x pun..bila admitted pihak terapi kata bukan salah diorang..so utk anda di luar sana..jauhilah benda2 mcm ni..

    3
    0
  11. Anonymous says:

    Cuma sy nk bgtaw sbb tu ilmu tu penting. Mak ayah sruh belajar tinggi2 spy tak kena tipu.. Sy seorg doktor dan bila sy tahu benda ni berleluasa d insta sy trus rs marah dan sedih kenapa seng betul org2 kita ni kena tipu.

    20
    0
  12. Opah says:

    Terapi ozon ye dlm suratkhabar pn pernah masuk..ate org suratkhabar x kaji dulu ke sebelum siarkan…skang dh ramai terpengaruj..awok pn teringin juga nk cuba bila bacanya tapi x mampu pulak lg dah rm800 katanya…

    4
    0
  13. Anonymous says:

    Emelda Rosmila bukan ada bisnes ni ke?

    1
    0
  14. just my 2 cents says:

    Ashraf muslim yang wife dia doktor pun boleh terpengaruh. Kaum2 artis ni please la. Be a bit responsible. Tolong sedar, anda public figure. Jadi ikutan orang ramai.

    6
    0
    • Anonymous says:

      Dia x bagi tau wifenya doktor tu lagi pun fia mana boleh dinasihat makin nasihat makin dibuatnya. Lepas ozon terapu sakit cakap kena gigit serangga. Nak muda handsome putih. Sanggup buat.

      1
      0
  15. anon says:

    hari tu aku da bagi tau da kat kawan aku jgn buat terapi ni sbb memang da diharamkan kat luar negara just Malaysia baru lagi dengar psal terapi ni. aku siap kata ada article and research thesis dr doktor luar kata bahaya, xpasal2 aku kena marah dgn dia. dia siap kata every month dia buat, aku pun undur diri je la. skrg bila da jd mcm ni, hrap dia baca laa

    5
    0
  16. Anonymous says:

    Hebat Zizan. Menipu peminat dia kan. Konon testimony..rupanya tampal2 je. Org ingat dia buat betul2 lah. Penipu. Kalau ada peminat dia yang buat sebab terpengaruh dia buat, yiu tanggunglah dosa kalau apa2 yg buruk terjadi. Mesti ramai macam ni, konon2 guna produk…tapi menipu.

    12
    0
  17. mat tajam says:

    Reen Rahim tu x tau ke bekam tu sunnah

    2
    0

Leave a Comment

Optional