Selebriti Popular Korea Rain Dan Kim Tae Hee Bakal Berkahwin Selepas Lima Tahun Bercinta

Selebriti Popular Korea Rain Dan Kim Tae Hee Bakal Berkahwin Selepas Lima Tahun Bercinta

Selepas lima tahun bercinta, pasangan selebriti paling popular dan sensasi, Rain dan Kim Tae Hee bakal berkahwin pada 19 Februari depan di sebuah gereja terletak di Seoul, Korea. Berita itu dilaporkan oleh All Kpop.

Advertisement

Media dia Seoul heboh apabila pasangan Rain dan Kim Tae Hee dikatakan akan menamatkan zaman bujang masing-masing pada bulan depan. Mereka akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Februari depan di sebuah gereja katolik di Seoul.

Rain juga dilihat berkongsi sebuah kapsyen di media sosial dengan mengatakan Kim Tae Hee selalu ada di sisinya setiap masa tidak kira dalam keadaan dia susah mahupun senang.

Namun, pihak Rain dan Kim Tae Hee masih belum mengesahkan berita berkenaan. Difahamkan, sebelum ini Rain ada memberitahu beliau akan melakukan perkahwinan secara tertutup kerana ingin menghormati permintaan daripada pihak keluarga.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...