Written by AbangNara | June 16th, 2015

Penghijrahan selebriti-selebriti kebelakangan ini sememangnya satu perkara yang amat memberangsangkan dan harus diberi pujian. Dengan jutaan peminatmereka, sedikit sebanyak pasti ada impak positif apabila selebriti seperti Amy Mastura, Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Ziana Zain mengambil keputusan untuk bertudung serta menutup aurat sepenuhnya. Namun seperti yang kita sedia maklum, timbul beberapa kontroversi apabila Ziana Zain memakai pakaian ketat di Cannes, Che Ta memakai legging seperti warna kulit sehingga menyebabkan orang ramai mengkritik mereka.

ziana zain

Sehubungan dengan itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut telah tampil memberikan 3 garis panduan untuk diikuti oleh para selebriti yang telah berhijrah ini. Kata Datuk Nooh:-

Sewajarnya kita patut beri ucapan tahniah dan perghargaan kepada mereka kerana tranformasi serta penghijrahan dilakukan tetapi semua pihak harus mengambil perhatian bahawa aurat ini bukan sekadar menutup sahaja.

Mereka juga harus memastikan bahawa pakaian yang dipakai tidak ketat dan jarang sehinggakan ia boleh menampakan susuk serta bentuk tubuh badan sesorang kerana ini akan menjadikan orang ghairah apabila melihat

nohIni adalah satu garis panduan yang amat bagus dan bukan sahaja perlu diapplikasikan oleh para selebriti, tetapi kita selaku orang awam. Bertudung bukan bermakna boleh pakai baju ketat-ketat sehingga menampakkan susuk badan. Apa pun, Abang Nara suka membaca kata-kata Datuk Nooh Gadut yang penuh berhemah. Tambahnya lagi:-

Kita juga harus melihat bukan senang untuk seseorang melakukan sesuatu perubahan dan beri masa kepada mereka berubah secara berperingkat kerana rahmat Allah amat besar kepada orang yang telah berubah.

Saya berharap kepada yang yang dah berhijrah agar jangan putus asa dalam memperbaiki diri pada masa hadapan dan sentiasa istiqamah dalam menutup aurat.

Sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi ikutan ramai justeru teruskanlah melakukan perubahan secara berperingkat

che ta

Secara jujur, kadangkala apabila membaca komen para peminat yang mengkritik selebriti di laman sosial mereka, memang terkejut juga diri ini dibuatnya. Kata-kata yang digunakan amat kasar, kesat dan menghina. Abang Nara yang tak ada kaitan pun boleh sakit hati membacanya, inikan pula empunya badan yang dikritik. Kadangkala akibat kritikan melampau ini, selebriti rasa sakit hati dan mempersoalkan keputusan mereka untuk berhijrah. Jadi kalau nak kritik tue boleh, tapi gunakanlah ayat yang betul dan berhemah. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

promo

P.S: “Dah nak bersalin, photographer hantar album kat labour room. Anak dah masuk tadika baru dapat tengok gambar kahwin. Call photographer, photographer dah lari Burma. Mak mertua asyik menjeling anda sebab tak dapat tengok gambar dia karoks masa hari perkahwinan anda”. Elakkan semua ini berlaku kepada anda. Gunakanlah khidmat Ryaniez Moments Photography yang akan memastkan anda tersenyum mendapat album kahwin dalam tempoh 6 minggu sahaja.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 responses to Selebriti Berhijrah Perlu Patuh 3 Perkara – Datuk Nooh Gadut

  1. classywoman says:

    Ye. Begitulah abg Nara. (merujuk kepada pertanya abg Nara di akhir kata)

    0

    0
    • no name says:

      tu namanya dorang ni x ikhlas nk berhijrah secara betul..ayat retis ‘hijrah’ kononnya pakai tudung..tapi pakaian mcm bukan pakai tudung..

      0

      0
      • ANon says:

        No name…u sape nak persoalkan ikhlas atau tak seseorang tu?? ini lah antara manusia yg selalu mengkritik dengan cara menyakiti hati orang..kamu tu ntah sape2 .. audit diri sendiri dulu la!!!

        0

        0
  2. Anonymous says:

    btl ap y d katakan ileh Datuk Noh Gadut…sy suka retis y berhijab sprti isma hasmie..umi nazirah..diana amir..y paling x leh bla ialah cik ta…( gmbr dia y pakai tudung tpi pakai skirt wlpn dia pakai legging )…x kan dia x leh nk fikir n jgn plk dia ckp kita buta mata..siapa y buta mata sebenarnya..dia dh buta mata…buta hati plk…

    0

    0
  3. Anonymous says:

    kadang retis ni pn satu…wlpn dh berhijrah..dia org kan tahu pakaian y mcm mane y leh pakai n x leh pakai…kadang dia org sendiri y mengundang kontrovesi…nti bila d kritik marah le plk..

    0

    0
    • missy says:

      aku nengok byk dlm ig retis pandai pulak diorang bagi hadis la quote la psl mengutuk org berdose, jgn hine org dlm menegur bla bla ape sume tu cth mcm dlm ig tasha shila and fazura, tapi kalo dlm bab berpakaian , takde pulak nak cari hadis yg kne tutup aurat sebetolnye..takkan la xtau xbole pakai ketat jarang ape sume tu? kalao bab tu jahil pulak..xnk ikut pulak..tapi pandai cari hadis or ape2 quote yg islamik kalo bab org ngutuk depa berdose..

      0

      0
  4. sheena kebal says:

    gbr ZZ tu mcm bapok pakai tudong pon ada

    0

    0
  5. missy says:

    aku teringat zaman tudung bawal ngan tudung labuh je, sebelom ade fesyen2 tudung cm sekarang ni, dress yg cantik2 skang ni pun xde lagi mase tu, mane ade org nk berhijrah sgt? malah mase tu aku ingt lagi ade yg kate kolot sgt pakai tudung labuh. skang ni bile da ade fesyen mm2, beria2 org nk nunjuk pkai cantik selfie la ape la

    0

    0
  6. melati says:

    Biasa lah Artis2 sekarang guna kan tudung untuk nk Up balik…tk lama lagi Zizan kangkang mesti pakai Songkok untuk nk naik namer semula…hehehe

    0

    0
  7. ozie says:

    Betul tu abg nara.klu nak tegurpun kena dgn caranya.Alhamdulillah semakin ramai artis yg berhijrah.yg penting kenalah ikhlas dan sentiasa istiqamah, barulah boleh dijadikan contoh kepada masyarakat:)

    0

    0
  8. mimi says:

    Tak payah pakai ketat2 pun Org dah tau….body depa ni mmg lawa2 meletop dah….! pkai longgar mcm Natasha Hudson tu bagus..mmg org tau dia lawa dah…
    tu la yg peminat nk tgok sgt perubahan cmtu la….. : ) Amin….

    0

    0
  9. munah says:

    Tak kisahlah pasal retis, memang tak makan saman..aku cuma nak Arbakyah manan belajar daripada dato noh Gadot ni cara nak tegur orang lain…

    0

    0
  10. SitiKhadeeja says:

    Semoga kita sama2 dapat memperbaiki diri kita luaran Dan dalaman semata2 kerana Allah swt. Ramadhan Kareem. Ameen.

    0

    0