Written by AbangNara | December 12th, 2015

Abang Nara percaya ramai pembaca BeautifulNara yang selalu membeli belah di Zalora, Lazada, Groupon, HERMO, Qoo10 dan Luxola. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Masing-masing pun selalu bagi diskaun banyak tak ingat yang sering membuatkan kita melonjak keriangan. Namun tahukah anda, ada satu lagi cara untuk mendapatkan pulangan wang tunai (cashback) setiap kali kita membuat pembelian di laman-laman web ini?

shopback

Jeng, jeng, jeng. Memperkenalkan www.shopback.my. Abang Nara baru sahaja tahu tentang kewujudan laman web yang super awesome ini. Kenapa ia awesome? Selain daripada diskaun-diskaun yang diberikan oleh Zalora, Lazada dan sebagainya, setiap kali kita melakukan pembelian di laman-laman web tersebut menerusi ShopBack, kita akan mendapat kembali wang tunai yang telah dibelanjakan berdasarkan tawaran yang ada. Tak faham? Meh sini Abang Nara terangkan satu persatu.

1. Pergi ke www.shopback.my, buat pendaftaran dan layari kedai kegemaran anda menerusi link yang disediakan di situ.

shopback

2. Lepas dah pergi ke laman web yang berkenaan, teruskan dengan membuat pembelian seperti biasa.

shopback

3. Lepas dah buat pembayaran, periksa akaun ShopBack anda dan dalam tempoh 48 jam, akaun anda akan dikreditkan dengan cashback. Masa untuk menjerit kegembiraan.

shopback

4.Pindahkan duit daripada akaun ShopBack anda ke bank akaun apabila ia mencecah nilai minimum RM10. Bolehlah shopping lagi dan lagi dan lagi.

shopback

Senang je kan? Abang Nara dah buat kira-kira dah. Ada la Abang Nara rugi dekat RM100 sebab tak tahu kewujudan www.shopback.my ini. Banyak juga yang Abang nara dah shopping kat Zalora dan Lazada. Ish,ish,ish. Tapi tak apa, bersempena tarikh 12.12.2015 ini, ShopBack memberikan peluang kepada kita semua untuk memenangi wang tunai bernilai RM1212. Banyak tue!!

shopback

Senang je caranya. Kita hanya perlu jemput 12 orang rakan dalam tempoh masa satu hari untuk menyertai www.shopback.my. Inilah masanya untuk menggunakan kawan-kawan yang selalu shopping online nie. Setiap kawan tersebut kena buat pembelian menerusi ShopBack. Ala, sekarang ini semua laman web tengah buat sale gila-gila. Inilah masanya untuk membeli dan sekaligus berpeluang memenangi RM1212 daripada ShopBack.

shopback

Peluang untuk memenangi RM1212 ini akan tamat hari ini. Jadi kenalah cepat, pantas dan tuntas. Mungkin ada yang masih tak faham bagaiman sistem CashBack daripada ShopBack ini berfungsi, jadi Abang Nara sharekan video di bawah untuk penjelasan yang lebih mudah.

Dan sekiranya anda belum mendaftar, boleh buat pendaftaran menerusi di https://www.shopback.my/beautifulnara untuk mendapatkan bonus bernilai RM12 PERCUMA. Selamat membeli belah dan selamat berjimat!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 responses to Selalu Shopping Online? Ini Cara Untuk Dapatkan Wang Tunai Untuk Setiap Pembelian

  1. Radlyn says:

    shopping shopping shopping Puas-puas…

    0

    0
    • minah jam gerek says:

      idup pasukan Kedah ! mintak2 Kedah la yg jadi juara piala Malaysia ini malam..idup pasukan ijau kuning..!

      0

      0
  2. Ampang Point says:

    Shopping Puas-puas.. Banyak di KL ni,jgn Tak shopping..

    0

    0
  3. Putra Jaya says:

    Shopping jangan Tak shopping

    0

    0
  4. Iman says:

    Dah guna dah nie, legit! cashback pun dah dpt. selalu shopping kat zalora dan lazada.

    0

    0