Selalu Makan Kat Luar? Ini Caranya Untuk Mencari Restoran Yang Bersih, Sihat & Selamat

Hiburan

Selalu Makan Kat Luar? Ini Caranya Untuk Mencari Restoran Yang Bersih, Sihat & Selamat

Setiap hujung minggu, antara aktiviti yang sering Abang Nara lakukan bersama isteri dan anak-anak adalah makan di luar. Sekali-sekala nak juga bagi isteri tercinta rileks tak payah masak. Sambil-sambil tu bolehlah spend time berkualiti dengan anak-anak. Tak gitu?

WhatsApp Image 2016-12-21 at 14.23.21

Advertisement

Kalau dulu masa bujang Abang Nara main redah je pergi makan di mana-mana termasuklah gerai tepi jalan, foodtruck dan medan selera, namun bila dah ada anak ini Abang Nara kenalah memilih sikit demi menjaga kesihatan mereka. Budak-budak kan sensitif sikit bab-bab makanan. Namun jangan salah anggap. Abang Nara bukan pergi restoran yang mahal-mahal je. Gerai tepi jalan, foodtruck dan medan selera pun Abang Nara layan juga asalkan tempat tersebut bersih, selamat dan sihat. Sebab itulah first thing yang Abang Nara akan cuba cari di tempat-tempat ini adalah logo BeSS.

1

Bess (Bersih, Selamat dan Sihat) ini adalah satu inisiatif dari Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua pengusaha premis makanan. Tak kiralah pengusaha gerai ke, foodtruck ke, restoran 5 bintang ke, kalau diorang ada logo Bess ini, bermakna makanan yang disediakan untuk pelanggan adalah selamat dan sihat. Kita selaku pengunjung restoran tersebut tak perlu ragu-ragu nak menjamah makanan di premis yang ada BeSS. Insya Allah perut tak akan meragam. Hehehe.

2

bolehlah melantan maggi goreng ini dengan tenang tanpa sebarang was-was kalau restoran tersebut ada BeSS

Bila Abang Nara baca lebih mendalam tentang BeSS ini, memang bukan mudah untuk mendapat pengiktirafan BeSS dari Kementerian Kesihatan ini (tapi kalau restoran tue dapat, memang berbaloi-baloi). Ada 2 elemen yang akan dinilai iaitu keselamatan makanan dan pemakanan sihat. Untuk elemen keselamatan makanan , perkara yang akan dinilai ialah peralatan serta perkakasan, pengendali makanan (tukang masak la nie), sistem bekalan air, ais & perpaipan, tempat buang sampah/sisa makanan dan banyak lagilah. Memang details sungguh penilaian kebersihan premis yang akan dilakukan.

Bab pemakanan sihat pulak, untuk mendapatkan pengiktirafan BeSS ini, premis kena labelkan kalori pada setiap makanan dan promosikan saiz hidangan yang sihat. Memang sesuai sangat untuk mereka yang sedang berdiet dan menjaga pemakanan. Masuk je kedai ada logo BeSS dah boleh kira jumlah kalori siap-siap. Tak adalah terlebih makan. Air kosong pun wajib dijual. Dan banyak lagi bab-bab kesihatan yang perlu dipatuhi oleh pengusaha premis makanan yang nak dapatkan pengiktirafan BeSS ini. Untuk kita selaku pengguna, memang untunglah sebab semua informasi ada depan mata. Senang sikit nak pantau pemakanan kita.

Selepas ini, kalau anda nak makan di luar, Abang Nara sarankan untuk tengok terlebih dahulu sama ada restoran tersebut mempunyai logo BeSS atau tak. Buat pemilik restoran pulak, anda bolehlah apply untuk dapat pengiktirafan BeSS dengan menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) atau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat. Abang Nara pasti jumlah pengunjung ke restoran anda akan berlipat ganda apabila anda tampal logo BeSS di restoran anda. Maklumat lanjut layari laman FB rasmi mereka. Selamat makan di premis yang bersih, sihat dan selamat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...