Written by AbangNara | July 18th, 2016

Membesarkan seorang anak perempuan memang jauh bezanya dengan anak lelaki. Arissa memang sejak dari kecil telah menunjukkan ciri-ciri seorang wanita yang penuh keayuan, kelembutan dan kecomelan. Arissa memang suka main anak patung. Petang-petang di kala kebosanan, Arissa akan menyuap susu sambil menyebut “drink baby drink”. Di waktu malam pula Arissa akan membawa salah satu anak patungnya untuk tidur bersama.

astro disney princess

sekali sekala Arissa akan buat spot check status terkini anak-anak patungnya

Selain gilakan anak patung, Arissa juga suka apabila memakai baju baju yang cantik ala-ala princess ataupun kartun Disney kegemarannya. Arissa akan menari keseronokan apabila dipakaikan baju gaun dengan crown serta rantai besar di dada. Abang Nara rasa Arissa perasan dirinya adalah Elsa dari filem Frozen tak pun Cinderella. Imaginasi tinggi sungguh. Baru-baru nie kitoarang jadikan dia Minnie Mouse masa pergi bercuti di Hong Kong Disneyland. Comel sungguh!!!

astro princess

muka maintain garang. Hehehe

Jadi apabila Abang Nara mendapat jemputan menghadiri majlis “Dream Big Princess Academy” bersempena pelancaran Disney Kids Club, memang dah terbayang kecomelan Arissa memakai pakaian ala-ala puteri Disney. Untuk makluman, majlis ini diadakan bersempena pelancaran Disney Kids Club, sebuah program keahlian eksklusif, kolaborasi bersama Astro Circle untuk pelanggan saluran Disney (Astro CH 615) dan Disney Junior (Astro CH 613) dalam Pek Astro Kids. Abang Nara yang excited lebih nak melihat kemunculan Rapunzel, Cinderella dan juga Sofia The First. Selalu tengok dalam tv je. Hehehe.

astro circle

Dengan bersemangatnya Abang Nara memaksa wife tercinta menyiapkan Arissa untuk hari penuh bersejarah ini. Sampai-sampai je, tue dia punya ramai princess-princess comel sedang beratur untuk bergambar dengan Cinderella. Abang Nara pun apa lagi. Cinderella kot. Teruslah bawak Arissa bergambar sekali.

arissa

Sambil menunggu Cinderella bergambar bersama princess-princess lain, banyak aktiviti yang telah Abang Nara dan Arissa lakukan bersama-sama. Terasa semakin kukuh hubungan kami. Seronok juga rupanya main princess nie. Patut la bebudak pompuan semua suka.

arissa

Abang Nara dan Princess Arissa membut cookies

arissa

dah kenapa Snow White tergolek kat bawah tue Arissa

Sambil membuat pelbagai aktiviti yang cukup menarik, Abang Nara dan Arissa tidak melepaskan peluang untuk bergambar lagi dengan karekter Disney seperti Rapunzel dan Sofia The First yang turut membuat kemunculan. Seronok tengok kanak-kanak lain yang begitu excited melihat puteri Disney mereka. Beratur panjang-panjang pun tak apa asalkan dapat ambil gambar.

arisa

ada seorang putera cuba datang menyelamatkan Rapunzel

arissa

Arissa malas nak beratur lah papa. Kita amik gambar kat sini je ok kan?

Dalam sibuk mengambil gambar dan melakukan aktiviti, sudah pun 2 jam berlalu. Maksudnya majlis “Dream Big Princess Academy” dah pun sampai ke penghujung. Tapi jangan risau, pelancaran Disney Kids Club dengan kolaborasi Astro Circle ini akan memastikan lebih banyak event untuk anak-anak kita di masa hadapan. Untuk makluman, Astro Circle adalah cabang program kesetiaan Astro, memberi ganjaran kepada pelanggan Astro dengan pelbagai ganjaran menarik, acara eksklusif dan keistimewaan khas. Salah satunya Disney Kids Club ini lah.

arisa

yeahhh, ARissa dapat sijil jadi princess

Itulah seharian Abang Nara bersama Princess Arissa. Balik rumah beria-ia Arissa bercerita kepada emaknya tentang apa yang terjadi. Seronok tengok kegembiraan terpancar di wajahnya. Sekali sekala spend masa sebegini dengan anak apa salahnya kan? Kepada anda yang teringin nak menyertai Disney Kids Club, anda hanya cuma perlu jadi pelanggan Pek Astro Kids dan anda akan mendapat keahlian secara automatik. Tak payah nak daftar apa-apa. Jangan lupa layari http://www.astrocircle.com.my/disneykidsclub untuk maklumat lanjut tentang program ganjaran Astro Circle dan juga Disney Kids Club.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 responses to Seharian Bersama Princess Arissa

  1. Anonymous says:

    jujur sy ckp…x ad daya penarik…x comel la..

    0

    0
    • Melati says:

      Anak ko muka macam neelofa ke…ke ko takleh ada anak?

      0

      0
    • limah tinggi lampai says:

      kesian budak yg tak berdosa dikutuknye tak lawa, takde daya penarik. bagi aku all children are beautiful. baik yg kurang sifat atau yg sempurna sifat. suci bersih lagi hati diorg. yg bangang komen arissa takde daya penarik, nak buat apa budak umur arissa ada daya penarik?? nak tarik sapa?? ko ni pedophile ke?? nyah kau dari sini si bahlol!

      0

      0
  2. adudu says:

    alooo masamnya muka arissa. senyum sikittt :)

    0

    0
  3. CANTIK says:

    to anonymous @ 10.24… subhanallah tak baik cakap mcm tu kat arissa… pada sesiapa yang ada anak, walaupun anak dia x comel a.k.a menarik.a.k.a lovely, tp bagi ibu bapa anak-2 mereka lah paling comel… lagi 1, cantiknya kita, buruknya kita, Allah yang menganugerahkan kita dengan rupa paras mcmtu. jgn la menghina ciptaan Allah.. kesian Arissa,,, setiap baby @ kanak2 daya penarik mereka adalah berbeza… Arissa kecik lagi,, lapun pernah tak awak dengar orang kata baby klu kecik2 comel, besar kurenggggggg….. klu kecik2 so so,, besar confirm cun…apa awak rasa kalau org hina anak awak? sya salute nara sebab ramai je kutuk anak dia x comel selama ni, tapi nara tetap juga upload gambar anak2 dia sbb bagi nara anak2 dia adalah anak2 yang paling comel..

    to nara, berbanggalah dengan anugerah Allah kepada anda.. saya sokong awak kerana sebagai parents, anak2 kita adalah harta kita yang tak ternilai.

    0

    0
  4. fatimah busung says:

    tak comel langsung muke anak ko bang

    0

    0
  5. kaknara says:

    kalu tak puji anak sendiri sapa lagi.

    0

    0
  6. LESONG says:

    jangan cakap anak orang tak comel.
    sekali ko dapat anak tak comel dan lagi teruk tak comel….haa padan muka!.
    segala ibu jari tangan kaki aku bagi.

    0

    0
  7. faezah ngilai ngilai says:

    awat anak kau mcm tak cukup zat?
    tulah bagi lagi anak mkn hasil haram

    0

    0
  8. Anonymous says:

    anak abg nara ni macam tak happy je….

    0

    0
  9. dinda says:

    pwincess monyok pn nk huplod kerr….adoiii

    0

    0
  10. Kesian says:

    Kesian budak kecik diberi publisiti yang tidak sepatutnya…

    0

    0
  11. ima says:

    Bgus abg nara spend time with son yg so kiut..xusah lerr ckp yg buruk2 takut terpalit pada diri sndri nanti..

    0

    0
  12. egtukar says:

    waa.. budak perempuan nampak ni sure mesti suka punya.

    0

    0
  13. Princess online.. says:

    Ima..bila masa abg nara ngan anak ‘son’ dia????kan anak pmpuan 2..kalu pmpuan ‘daughter’…lol….
    Tp anak abg nara x sesuai jd princess…
    Jd dayang2 bole la…kihkihkih.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Terganggula sekarang nk view beautifulnara banyak sgt iklan menganggu…

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Arissa muka fotostat ayah dia….budak2 semua comei…
    Setuju dah banyak advertisement yang annoying kat page nara ni…harap ambil perhatian..spoil mood

    0

    0
  16. Not a fan of pop-up ads says:

    Slh satu sbb aku suka visit beautifulnara ni sbb xde iklan yg pop up..ni nak baca pn susah..annoying btl la..yg display je dh la, xyah la nak kna tutup dlu iklan bru dpt bca..annoying btl la

    0

    0
  17. aku says:

    nara ooo nara
    ko kan byk duit, hirela model kanak-kanak 1
    guna utk promotion mcmni
    xla anak ko kena kutuk siang malam nara oiii

    kalau budak tu pandai mmbaca nanti mesti sedih

    0

    0
  18. Anonymous says:

    rimasnya aku kalau nampak budak pakai baju2 gaun camni…

    0

    0