Written by Bella | March 23rd, 2016

Berkat kesabaran dan doa kepada Allah SWT, Raja Farah sudah membuktikan beliau tidak mandul seperti yang dikatakan oleh orang ramai apabila kini sudah hamil anak pertama bersama suami Iskandar Ismail.

Menerusi portal Utusan Online, Raja Farah akui pihak yang menuduh beliau tidak mampu untuk mendapat zuriat dahulu ada yang datang meminta maaf kepada beliau.  Namun, sejak awal lagi sebenarnya Raja Farah sudah memaafkan kesalahan mereka.

Ada yang meminta maaf kerana pernah menuduh saya macam-macam sebelum ini. Bagi saya perkara ini normal semua orang membuat kesalahan. Berhati-hati sebelum menjatuhkan hukuman kepada orang lain juga. Sebab bagi saya yang melalui perkara itu, ternyata bukan mudah untuk diri ini menelan setiap pertuduhan. Kita sebagai wanita cepat sensitif dan emosi kita mudah dipengaruhi.

Raja Farah pada masa yang sama bercerita, beliau pernah merasa tertekan kerana isu berkenaan dan pernah bertanya kepada Iskandar apa yang suaminya itu akan lakukan jika beliau tidak boleh hamil.

Tidak disangka-sangka, Iskandar memberikan jawapan yang cukup positif dan Raja Farah cukup bersyukur dengan reaksi suaminya itu.

Pernah saya tanyakan kepada suami, jika benar saya tidak boleh mengandung, apa yang dia akan lakukan? Sampai sebegitu sekali rasa ragu dan bimbang saya.

Ternyata saya telah mengahwini seorang lelaki yang sangat positif. Dia tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang menakutkan. Jawapannya buat saya ketika itu amat mudah dan ringkas `tidak mengapa kita terus berdoa dan berdoa. Itu sahaja.

Itulah, kadang-kadang manusia ini ingat mereka betul dalam segala hal sehingga sanggup menggelarkan seseorang itu mandul.  Harapnya segala proses kehamilan Raja Farah akan berjalan dengan lancar. Kami tahu ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah comel anak Raja Farah.

Sumber Berita : Utusan Online

19 responses to Sedang Hamil Kini : Raja Farah Akui Ramai Mohon Maaf Kepadanya Kerana Gelar Beliau Mandul

  1. Anonymous says:

    Rezeki itu milik Allah.. kalau Allah jadi maka jadilah ia.. tahniah Raja Farah. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat melahirkan nanti.

    0

    0
    • Anonymous says:

      pernah rasa apa yg raja farah rasa…ada mulut org yg sgt laju nk mempersenda kita..
      bila ada keramaian mcm kita ni makhluk asing ja dipandang2 nye.. datang kat kita bkn nk tanya khabar tp tanya kenapa tak ngandung lagi? soalan apa tu? cmne nak jwb tu kerja Allah. Walau skrg dah ngandung pun sy tetap tak tau cmne boleh mengandung sbb sesungguhnya semua tu mmg kerja Allah. dan mmg takde jwpan utk semua tu. Allah dah ada ketetapan dia. harap org yg sll persoal rezeki org ni cepat2 lah insaf sbb sebenarnye dia tgh persoal kerja Allah tanpa dia sedar.

      0

      0
      • Anonymous says:

        kt serupa anon 12.10pm, even skrg sy dah mlahirkan anak, ada lagi yg was2 samada betul atau tak sy mgandung dan mereka myangka anak sy adlh anak angkat, sungguh sy xpaham manusia yg sebegini.

        0

        0
      • Anonymous says:

        hehe sy faham sgt.. skrg sy dah pregnant 5 bln. Sebelum tu setahun jugakla tunggu rezeki tu. Paling stress masa raya, aunty2 sibuk asyik tanya. bila tgk bdn kita berisi sikit mulalah ckp kita gemokla..dahda isi ke belum..padahal standard la bru kawen, mkn pun berteman, naikla sikit bdn tu..jd isu gak tu. Kita pun diam la sabar je..cuma 1 je sis, stay positive..bykkan bsedekah..doa. insyaAllah..

        0

        0
        • cik green says:

          tau xpe.. baru kawin org duk sibuk tanya, tiap kali jumpa tanya soalan sama. nk kata bengap nanti marah plak. kawin baru sebulan dh tanya..setahun kena mgadap soalan yg sama ..baru kawin bukannya sepuluh tahun. tu rezeki tuhan. bila tuhan nk bagi mn kita nk tau. dh asyik kena tanya last2 naik myampah , senang je i jwb bila org tanya..sila tanya tuhan jgn tanya sy sebb tu rezeki urusan tuhan. huhu. now tuhan dh bagi jawapan. :).huhu.

          0

          0
  2. Anonymous says:

    macam Dr Dayana……….. orang tuduh mandul…. tapi sebenarnya Allah tidak memberikannya zuriat sebab Ashraf muslim berzina(banyak jenis zina ya bukan bersetubuh jak) dengan tuang orang wan sakinah….. ada banyak cara Allah melindungi zuriat dari orang yang sabar.

    0

    0
  3. Howdy! I could have sworn I’ve been to this blog before but after browsing through
    many of the articles I realized it’s new to me. Anyhow,
    I’m certainly happy I came across it and I’ll be book-marking it and checking back often!

    0

    0
  4. cik piNgu says:

    x dapat bayangkan betapa tertekannya raja farah mse org tuduh dia mcm tu. kdg2 yg duk laju sgt melahar ni, org prempuan jgk. mentang2 dia boleh beranak ramai tp kalau anak tu jd bohsia ape nk dbanggakan? pelik aku.. yg mengata mengeji tu, sama jantina.asal x peknen salahkan prmpuan. ape ko ingat jantan xde mandul?

    ak x kata ex laki dia mandul. mungkin dua2 x serasi dari segi nk wat anak. sb byk je blaku, bila msg2 bcerai, kahwin lain, dua2 dpt anak elok je. jadi, kita jgn duk kata ke org. cuba letak kita d tempat org lain. entah2 x sekuat raja farah nk hadapi mulut jahat mcm tu.

    semoga raja farah berbahagia bsama suami.

    0

    0
    • Anonymous says:

      sama juga nasib yusuf haslam dengan bekas bini pertama dia tu…… lepas kawin dgn orang lain masing2 dapat anak…. selalunya tekanan sekiling yang menghalang mendapat zuriat

      0

      0
  5. Jangan ingat pompuan je mandul! says:

    Tu la… Org kita ni, klu pasangan blom dapat anak, yg dituduhnya pompuan aje masalah. Ingat lelaki x de masalah ke? Lelaki pun ada masalah tau… Mcm azoospermia, oligospermia…. Haaa.. Korang google la sndiri utk tau lebih lanjut. Dan kalau pun lelaki xde masalah2 tu, dan pompuan pun xde masalah…tu mksudnya Allah x nak bg lagi, mgkin DIA nak bg zuriat kpd pumpuan atau lelaki tu bersama pasangan yg tepat. Huhu. Pokok pngkalnya smua yg berlaku ada hikma di swbalik smuanya.

    0

    0
    • Anonymous says:

      betul “Jangan ingat pompuan jemandul!”, dulu ms sy ngan ex suami mmg xda anak walau kahwin dah lbh 10 thn, semua mmg kata sy yg mandul, pastu kt cerai dan masing2 kahwin lain, alhamdulillah sy mgandung tapi bini baru ex suami samapai skrg tak mgandung, skrg masing2 dah 5 thn kahwin baru, tapi sy sll bdoa supaya ex dan isteri dia blh dpt anak. sy dah maafkan segala nya apa yg ex dan family dia lakukan dahulu. Sy sgt paham apa yg Raja Farah rasa kan sbb dulu ms kahwin yg kedua sy pun takut kalau xleh mgandung lagi. Allah the best planner :)

      0

      0
      • sedih says:

        Betul tu awk… Nasib kita pun sama.cuma sy xdelah berpisah ngan suami.masih bersama wlaupun kami dah gi cek doc dan doc ckp suami yg bermasalah.erm…nak buat mcamana sy redha jela.insyaallah satu hr nti Allah akan bg kami zuriat juga.Amin.

        0

        0
        • hihihihihiii says:

          kebanyakan kali…isteri akan redha kalau suami gagal bg zuriat…smpai ada yg suami mati pucuk pon…redha..sabar.. tpi kebanyakan lelaki.. kalau isteri yg x dpt bagi zuriat…awal2 lagi jdkan itu alasan utk bercerai @ tambah isteri…
          hahahahahaaa… betapa hebatnya wanita @ isteri tu

          0

          0
  6. lolapalooze says:

    alah biasalah tu Farah, orang Melayu ni mentaliti dia kalau kahwin mesti dapat anak. Kalau dalam 1 tahun tak dapat anak dia pandang macam kita takde harga diri.
    Padahal banyak je sebab tak mengandung selain mandul. Timing tembak tak sesuai, stress kerja, sperma lelaki tak kuat, banyak lagi lah.

    0

    0
    • Anonymous says:

      sbenarnya 1 sebab je..BELUM REZEKI..tapi ramai orang tak faham sume tu..ada yang kawin berpuluh tahun takde anak walaupun husband & wife sihat..takde alasan tuk tak dapat anak..tapi kalau dah Allah taknak bagi usaha macam mana pun xjadi gak..kawan aku 4 kali pregnant & gugur..bila dah banyak kali gugur baru doc nak buat kajian & jumpa sebab antibodi dia terlalu kuat so baby xboleh survive..pelik tapi benar..tapi lepas dapat anak pertama pregnant kali kedua ok je

      0

      0
  7. Anonymous says:

    kesimpulan yg aku blh buat dari sume komen2 ni..bila lambat dapat anak dtuduh mandul..bila bunting pelamin siap kuar kalkulator mcongak nak tahu anak haram ke halal..sedih dgn perangai manusia..igtkan manusia zaman batu je yg bprangai mcm ni..tlgla..betulla ada org ckp dunia akhir zaman ni ramai org islam tp islam yg bukan islam

    0

    0
  8. kamal says:

    tu semua perancangan Allah……dulu erra & yusri kawin pun xde anak jgak sekarang masing2 dh ada anak……ramail lg yg hadapi situasi yg sama…….kita xperlu la nak pertikaikan kuasa Allah……Sesungguhnya DIA maha berkuasa……

    0

    0