Written by Bella | December 5th, 2016

Sudah mencecah usia 30 tahun pada hari Sabtu lepas, pelakon Johan As’ari yang kini sedang bercinta dengan seorang pelakon wanita berhasrat agar dapat menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Sudah mencecah usia 30 tahun, selain mengharapkan kualiti pada kerjaya seni lakonan saya, jauh di sudut hati saya mohon dipercepatkan bertemu jodoh sebenar.

Jujurnya, saya sekarang dalam proses mengenali hati budi seorang pelakon namun antara kami tidak pernah meluahkan perasaan biarpun menyedari ada keserasian.

Dua tahun berkenalan bersama pelakon wanita berkenaan membuatkan beliau terbuka hati untuk melangkah ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan mereka kerana sifat wanita itu yang cukup sederhana.

Apa yang boleh saya katakan, dia sangat bersederhana dan tidak suka menonjolkan diri ketika berada di khalayak dan perkara itu membuatkan saya tertarik kepadanya.

Pun begitu saya tidak mahu terlalu berharap kerana perkenalan kami belum sampai ke tahap yang serius dan saya pula seorang yang pemalu untuk berterus-terang dan itu yang lebih menjadi masalah sebenarnya.

Johan memilih pelakon sebagai calon isteri kerana kebanyakan wanita di luar industri hiburan malu untuk mendampinginya atas dasar beliau seorang pelakon dan perkara itu mewujudkan jurang kemesraan.

Semoga hasrat murni Johan As’ari untuk mendirikan rumah tangga akan dimakbulkan dan dipermudahkan. InshaAllah, kalau jodoh tidak ke mana. Kalau dah ada keserasian cepat-cepat masuk meminang,  kata orang bercinta selepas nikah itu ada keistimewaannya tersendiri.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Naz Pictures Official

24 responses to Sedang Bercinta Dengan Pelakon Wanita : Johan As’ari Harap Dapat Tamatkan Zaman Bujang

  1. orgtua says:

    What else is new.

    2

    0
  2. Anonymous says:

    YE LA JOHAN OIII…BOSANNYEEEEEEEEE

    7

    0
  3. Anonymous says:

    playboy kampung. x handsome weiii

    7

    0
  4. sakit mata says:

    Baru bercinta kalau tak confirm lagi nak kawin tak yah citer la dik…pastu tup2 kuar citer tak jadi pulak..boring laaa…tak mendatangkan faedah langsung

    7

    0
  5. Anonymous says:

    Ummi nazeera?

    0

    0
  6. Anonymous says:

    dia ni dah xde job ke?
    asik tu jer news dia.

    8

    0
  7. kipashijau says:

    what ever . boring la kau… NEXTTTT~

    0

    0
  8. anon says:

    Yg nara duk siar kesah dia ni, nak tanya, dia ni popular ke?? Dah lah tak hensem..

    1

    0
  9. lala says:

    lalallaaal;a

    0

    0
  10. naib johan says:

    x minat mamat acah2 ni…next pelissss..bosann

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Woi Johan! Baca and embrace statement Datuk Sheila Majid. Ni cerita Ni drp dulu dok propa. Bosan weh. X payah nak rahsia2 Sgt. Khawin terus. Bajet bagus dia Ni. Haprak nak mampos

    3

    0
  12. Anonymous says:

    Anak manja mak nak kawin dah….
    Esok bila dah kawin…sikit sikit mak…. sikit sikit mak…. sikit sikit mak…
    Last last bini cabut sebab dpt laki yg tak reti pikul tanggung jawab. Batang dah gatal nak bebini. Semua hal masih mak yg buatkan…. ciri ciri lelaki yg tak layak dibuat suami.

    0

    14
    • jihan says:

      mak dia da meninggal dunia..xbek ko ckp mcmtu..fitnah tu namenyer.bek ko mntk maap kt dia cpt sblm ajal ko mjemput…cpt2…ak riso kn ko je ni…org ckp fitnah lg teruk dr membunuh….bek ko cpt jmpe dia..isk riso betol ak ..ko igt lg x nk mngucap mcmne….

      14

      0
      • Anonymous says:

        amboi jihan beriya-iyerrr pulak kau yang riso beno kat kawan ats tu..
        better you riso kn dlu kt dalam kalangan famili u. tak pun diri u sndri..

        0

        8
        • Anonymous says:

          kepada
          Anonymoussays:
          December 5, 2016 at 12:55 pm
          ko ni myamar yg kt ats ke? betul la ape yg jihan ckp.fitnah oii fitnah..zmn skrg fitnah byk.xtakot ke.

          4

          0
  13. Najib says:

    Sudah…sudah laa cerita kau ni dah basi tau tak….muka dah laa x handsome berlakon pun so so je….pencen je laa

    3

    0
  14. Mek pelsu says:

    Malu nak berterus terang katanya.. oh the irony

    2

    0
  15. nextthing says:

    alamak? Wan Sharmila tu ke? ohhh maii..takyah la kawen dgn mamat BOOBOOBOOOOSANN nih. u deserve better la Wan

    0

    0
  16. Mawar Biru says:

    Tak minat !!!

    0

    0
  17. juju says:

    apasal Beautiful Nara selalu up cerita yang sama tentang budak ni..kalau kata ramai peminat tidak mungkin..tengok muka pon annoying..cerita nak kawin dan kekasih tak habis habis…
    Better kalau dia tak ada dalam industry menyemak saja

    0

    0
  18. cik mira says:

    ah menyampah la aku ngn mamat ni. acah acah

    0

    0
  19. MIra says:

    beautifulnara ni dah tak de cerita lain ke nak bercerita. balik balik artis becinta, artis cerai, artis tak bayar cukai,. cerita lah kejayaan artis di persada dunia. kalau asyik cerita keburukan artis mcamana industri ni nak maju

    0

    0
  20. melati says:

    Selebriti kawin dgn Selebriti , jawab nya makan nasi Goreng lew sampai ke tua..!!! tgk lew sendiri camner saya pandang Hina kt Selebriti cuma mereka perasan mcm J.Lo.@ Tom Cruise …wakakakakaka..!!

    0

    0