Sebagai Artis Kita Jangan Malas Layan Peminat – Ayda Jebat

Hiburan

Sebagai Artis Kita Jangan Malas Layan Peminat – Ayda Jebat

Kejayaan Ayda Jebat dan populariti yang beliau kecapi sekarang, sedikit pun tidak membuatkan beliau lupa diri dengan segala sokongan peminatnya.

Advertisement

Menurut Ayda, beliau sering mencari waktu untuk meluangkan sedikit masa bersama peminatnya meskipun sekadar membalas komen mereka di media sosial.

Pada saya sebagai artis kita jangan malas layan peminat kerana sokongan mereka, saya berada di mana saya sekarang. Terlalu banyak jasa mereka pada karier saya walaupun kami tiada pertalian darah tetapi kasih sayang mereka cukup kuat. Sebab itu walaupun sibuk saya tetap cuba mencari peluang bersama peminat atau paling tidak membalas komen dan pertanyaan di laman sosial.

Ayda pada hari Sabtu lepas dikatakan menang besar di Anugerah Melodi 2016 kerana berjaya memenangi kategori utama iaitu Personaliti Sensasi Melodi 2016.

Selain itu, Ayda turut membawa pulang dua lagi trofi iaitu Personaliti Muzik Melodi dan Personaliti Media Sosial Melodi.

Buat Ayda, kemenangan beliau adalah pembakar semangat untuk beliau terus berusaha keras dalam bidang lakonan dan memperbaiki kelemahan beliau. Pada masa yang sama, Ayda berharap tiada pihak yang mempertikaikan kemenangannya itu.

Alhamdulillah kerjaya saya pada tahun ini banyak saat-saat indah dan sudah lebih 10 trofi saya menang berdasarkan undian peminat. Saya harap tiada mempertikaikan kemenangan saya kerana ini adalah usaha peminat dan walaupun ia bukan pemilihan juri tetapi ia sangat bermakna kepada saya.

Berbicara tentang peminat, mereka adalah tulang belakang seseorang artis itu. Kalau popular tanpa sokongan peminat, belum tentu artis itu boleh kekal lama. Hargailah peminat anda sentiasa.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...