Written by Bella | June 22nd, 2016

Tentu anda semua sudah tahu tentang berita Zainol Macwilson sudah bernikah buat kali kedua pada hujung minggu lepas tanpa pengetahuan anak-anaknya.

Mendengar berita mengenai pernikahan bapanya, pelakon Zahirah Macwilson hanya mengharapkan yang terbaik buat Zainol.

Zahirah juga yakin serta percaya bahawa majlis itu memang sah berlangsung meskipun tanpa pengetahuannya.

Apabila ibu memaklumkan kepada saya, saya yakin majlis itu memang sah diadakan. Sebagai anak, saya doa yang terbaik untuknya.

Pada awalnya Zainol tidak mahu mengaku bahawa beliau sudah bernikah dengan seorang ibu tunggal beranak dua.

Walaubagaimanapun, penipuan beliau itu terbongkar apabila bekas suami isteri barunya itu mengesahkan bekas isterinya itu sudah berkahwin dengan Zainol di Kangar, Perlis pada hari Ahad lepas. Lelaki yang ingin dikenali dengan nama Rizal itu juga menyifatkan Zainol seorang yang pengecut kerana menafikan berita berkenaan.

Zainol dan ibu Zahirah, Maslinda Yusof bercerai pada 9 November tahun lalu selepas 22 tahun berkahwin.

Anak mana yang ingin mendoakan perkara buruk buat bapanya. Harapnya selepas ini, Zainol tidak lagi menyembunyikan isterinya dan sekurang-kurangnya kenalkan wanita itu kepada anak-anaknya.

Sumber Berita : Harian Metro

6 responses to Sebagai Anak Saya Doakan Yang Terbaik Buat Ayah – Zahirah Macwilson

  1. Anonymous says:

    Ketahuan……

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Mana mau lari ahhhh…….

    0

    0
  3. abc123 says:

    ok doakan la yg terbaik buat ayah tp yg buat aku peliik dia ni ank zainol macwilson, dh kenapa nama dia nk zahirah macwilson jgk ? patotnye zahirah zainol la kan? marilah berhuhuhuhu

    0

    0
    • Anonymous says:

      macwilson tu is her surname keturunan atuk dia la.nama betul dia zahirah macwilson binti zainol macwilson.nampak sangat kampung ulu mana surname pun tak tau

      0

      0
  4. v says:

    si zahirah ni cantik kalau die x bukak mulut or senyum. sebab bile senyum nampak buruk sebab gigi atas die kecik2.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    glamour aja lebih tapi lakonan x ada kelas.asyik gosip sana sini nak glamour aja.bodoh betul .perasan mulut besar

    0

    0