Written by Bella | May 12th, 2016

Petang semalam, satu sidang media telah diadakan oleh kumpulan Search bagi menjawab segala tuduhan oleh pemain dram mereka, Yazit yang mendakwa berlakunya pecah amanah didalam kumpulan berkenaan dan ditengking oleh isteri Amy Search, Norhasniza Hassan ketika Yazit bertanya tentang soal bayaran persembahan.

Dalam sidang media semalam, Amy dan ahli kumpulan Search yang lain menuntut agar Yazit menarik semula laporan polis terhadap mereka dalam tempoh 48 jam dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Jelas Amy, mmereka masih belum menerima bayaran penuh untuk Konsert 35 Tahun Search dan jumlah 30 peratus yang telah diserahkan oleh pihak Afjets  seperti yang dipersoal oleh Yazit adalah bajet bagi tujuan promosi.

Kami memberi tempoh 48 jam untuk Yazit menarik balik laporan polis yang dibuat pada 4 Mei lalu yang mendakwa terdapat pecah amanah dalam konsert Search 35 tahun yang bakal berlangsung 30 Ogos depan. Apa yang dituduh itu tidak berasas sama sekali dan saya menuntut dia meminta maaf secara terbuka atas fitnah berkenaan.

Kami belum menerima bayaran penuh sebaliknya pendahuluan sebanyak 30 peratus adalah untuk tujuan promosi dahulu. Namun, saya difahamkan oleh pihak Afjets sudah memberi dia (Yazit) sebanyak RM10,000 setelah diminta.

Pada masa yang sama, Amy memberitahu beliau tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap Yazit demi menjaga nama baik kumpulan Search sekiranya pemain dram itu gagal untuk memenuhi permintaan yang dikenakan.

Berbicara mengenai tindakan isterinya yang menengking Yazit, Amy menjelaskan Norhasniza telah dihentam dengan kata-kata kesat oleh Yazit sehingga tidak boleh menahan sabarnya lagi.

Pada mulanya Yazit menghubungi Nasir, namun Nasir enggan melayan kerana dia telefon untuk marah dan kata-kata kesat.

Selepas itu, dia menghubungi pula isteri saya untuk bertanya tentang bahagiannya (wang) dan dia menuduh saya dengan macam-macam kata-kata kesat sehingga menimbulkan kemarahan isteri saya yang mendengarnya.

Hmmmph, agak sedih sebenarnya apabila melihat kemelut antara ahli kumpulan Search ini,iyalah pada zaman kegemilangan semuanya baik-baik sahaja dan persahabatan yang dibina lebih 30 tahun seakan sudah retak menanti belah dek kerana isu sebegini.

Sumber Berita : mStar Online

33 responses to Search Mahu Yazit Mohon Maaf Secara Terbuka Dan Tarik Semula Laporan Polis Dalam Masa 48 Jam

  1. Anonymous says:

    kata nak berbaek2..tapi dah nak saman pulak.
    sebenarnya pc tu xperlu pn..g je rumah yazid, bincang elok2..
    takperlu pasang lawyer nak saman2.
    yazit tu sakit..org sakit neh emosi laen..
    kena lah paham.
    lagipun mungkin dia nak guna duit sgt.
    sok dah xde, baru nyesal..masing2 dh tua dh

    0

    0
    • Anonymous says:

      giler xbuat pc..kalu xbuat pc camna nak sucikan balik nama bini dia..yang peliknya aku rasa si yazid tuduh bini dia je pecah amanah tapi kenapa kata nak saman sebab yazid tuduh search plak..kesian yazid..dahla sakit banyak nak pakai duit..yang peliknya si yazid ni dulu bukan lecturer ke..xtahu sapa betul sapa salah..tunggu dan lihat

      0

      0
  2. Minami says:

    Pasal duit pun nak gaduh2..dah tua tu buat lah cara dah tua..
    apa salahnya bincang elok2…mcm mana nak selesai masalah kalau dua2 keras kepala.. buanglah ego tu sikit,kalau xsalah pun mintalah maaf,xsemestinya minta maaf tu bermakna kita salah..ni x panjangkan cerita lak,sampai bila masalah nak selesai..siap ada episod lagi tu…ni baru episod 2,episod 3 apa lagi nanti eh..xsabar nk tunggu…

    0

    0
    • aaakulahhh says:

      isu nye si betina tu x pasal2 nk lebih2 masuk campur..dah la mulut cam pukimak..tutup kepala dah elok…tp perangai cam bab*

      0

      0
  3. waklu says:

    yazid ni mmg dr dulu suka ckp kasar dgn org

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Biasa la ko pun x g melawat kwn sakit.. Msa enjoy sama2 kn.. Pastu byaran tu npe ko x jelaskan Awal2 sblm Yazit tu tpaksa mencari call sini sana? Xkn korg pun xleh dulu kn duit korg tuk bhagian dia.. Nnti dh dpt byaran tu ko claim la blk.. Dia sakit xkn kwn x phm.. Betul la org ckp msa susah nk la kite nk tgk mna kawan mna lawan..

    0

    0
  5. sentap says:

    people nowadays, makin tua makin ke bodoh. memang nampak dua2 pihak yg salah. kenape Search tak explain awal2 pasal payment kat Yazit. Kalau dah explained yg duet 30% utk promosi, takde la jadik masalah gney. Yazit tu sakit, sah2 emosi. Nak gune duet lagi, xdk tenage nak bekerje lagi. Memang duet tu la harapan dia nak gune utk bpelanjaan g spital bagai… Yazit pon tak patot la nak tengking2, maki2 bini amy. Dengar dulu penjelasan dorang. kang semua malu sendiri. bende bole settle…

    0

    0
  6. Anonymous says:

    dia tanya baru di beri kan………… kalau dia tak tanya tak diberi betul kan………

    0

    0
  7. fifizafa says:

    Baju kuning tu Kurus kering Nyee

    0

    0
  8. yana says:

    org sakit emosi dia lain sikit. lagi2 org yg buat dialisis buah pinggang.. memang sangat2 emosi. nak buat dialisis pun kos dia tinggi. nak tunggu 4 5 jam skali buat.. kena sabar byk2 dgn org sakit ni.. tak kena dekat famly sendiri boleh la cakap mcm2..

    0

    0
  9. Miss Fake says:

    apa lah dah tua2 bangka ni pon heboh nak bertelagah. baik sama2 g surau solat jemaah, ada gak pekdahnya.

    Just my 50cents

    0

    0
  10. jamalishadat says:

    habis…sejarah legenda berpuluh tahun..dihormati sbgi llegend musnah macam tu ja… xcantek…..

    0

    0
  11. huh says:

    ekelehh…bro…relaks lar bro…
    org lain bnyak lgi org tudun itu ini..pecah amanah berjuta-juta lemon bagai..relaks je bro..

    org sakit biasalah tu..
    klu kita sakit kurg duit bila ada job..org janji itu ini,..mau tak nak..
    fham2lah. yg lain2 tu dok stepek dgn amy tu nape..bnyak ke dpatnya.

    0

    0
  12. natalie says:

    sedangkan yazit call nasir pun marah marah sampai nasir sendiri malas nak layan. memang betul la dia sakit, tapi dia tak patot buat gitu kat orang lain. dia tak patot marah marah sambil maki hamun semua. da kenal lama semua takkan la yazit tu tak tau perangai masing masing. kalau Amy nak amek bahagian yazit, dari dulu dia da buat da bukan sekarang. Pelik nya, semua anggota search tak happy dengan cara yazit gini. concert pun belum agi start, takkan da dapat bayaran full kan? mesti la kasi bayaran sikit demi sikit. takkan Yazit tak paham? perkara gini tak payah nak explain ke apa. Yazit bukan baru dalam music nie, malah orang otai pun. kalau emo pun pasal sakit dengan duit, jangan lepaskan geram kat orang lain. burukkan orang lain dengan harapan mintak simpati bukan jalan keluar.

    take this as a lesson, susah senang biar la kita harapkan diri kita sendiri. jangan harapkan orang lain.sedangkan adik bradik keluarga pun bole bermusuh pasal duit nie hanyakan kawan sekerja je. orang yang cakap bole selesaikan baik dan tak payah buat pc, kena fikir. yang mulakan bilang media siapa? yazit jgk. selama nie yazit da byk buka mulut bilang kat media sampai adanya yang tubuhkan search junior semua. search will never be the same without the otai grp… without Amy.

    kalau apa yang dikatakan oleh yazit tu betul, takkan la ahli yang lain taknak sokong dia? dorang pun nak bahgian drg jgak. tapi ahli yang lain pun malas nak layan yazit. from there kita da dapat tau sapa salah sapa betul. tak tau la kan kalau dorang pun berlakon jgak untuk promosikan concert search. harap tak la kan bab this kind promosi is not worth it. Agipun walaupun yazit tak dtg meeting, tak kerja keras semua tapi dia tetap dapat bahagian dia sama macam yang lain, pada aku tu da cukup bagus. makna drg ingat jugak dekat kawan drg yang sakit.

    anyway yazit pun da dapat 10k. jadi mintak maaf sudah yazit. daripada hilang 10k tu untuk byr saman agi tak berbaloi. kalau lah betul yazit perlukan duit sekarang, lain kali terus terang je dengan ahli yang lain. jujur sudah cakap yang dia perlukan duit dan mintak bayaran advance. kan senang. tak payah la nk marah maki semua.

    0

    0
    • sotong hitam says:

      komen yg berotak, tak mcm yg lain..main hentam org jer….sakit bukan alasan utk buat sesuke hati. dan kalau ini gimmick utk konsert yg akan dtg, memang bahalol bin tolol nye strategi marketing diorang….harap konsert dpt diteruskan and segalenye akan dipermudahkan.

      0

      0
      • Anonymous says:

        berotak le sangat..padahal dia pun tak tau sapa betul sapa salah..macam le dia ni ada kat tempat kejadian nak percaya bulat2 pada geng search ni..kalu dah takde kat tempat kejadian diam sudah..lagi lawak nak salahkan orang yang komen tak berotak..boleh masuk MLM korang berdua nih

        0

        0
      • Miss Fake says:

        ye lah sotong hitam yang dakwat penuh di kepala. ko sorang je ada otak eh dakwat dlm kepala

        0

        0
    • pensel says:

      yekeee amy tk amik duit dorg??? ko pasti ke? :p yazit ckp pecah amanah yg org bodoh tu over pulak maki tua nak mampus. ehhhh ke yg comment ni bini amy atau kuli kuli dia huhuhu back up semacam je

      0

      0
  13. Anonymous says:

    laaaa….nape la x d beritahu dri awal2 lgi y wit 30% tu wat promosi…klau si yazid thu mesti dia x melenting..dh le dia sdg sakit…penuh ngan emosi…nk guna wang bnyk lgi…dh la tu plk seach nk saman yazid..ap la..dia dh le sakit d tambah ngan saman lgi…cuba le d buat berbincang..ckp baik2..satu lgi…nape y baju kuning tu kurus semcm je…dh mcm hantu jerangkong je..

    0

    0
  14. bob says:

    stuju dgn stgh pndapat kt cni..yazid tuh sakit, ape salahnye b’lbih kurang…xperlu pc..jmpe face to face…asenye org akn tgk itu lbh mulia….dr cbuk nk m’bsihkan nama dgn cara begini…api xperlula nk dibalas dengan api….

    0

    0
  15. aku says:

    sedihnye tgok yazid
    bg jela duit tu. bincang leklok..

    0

    0
  16. Anonymous says:

    orang makin lama makin menuju akhirat
    muzix x kan membantu kat sana
    amalan kite yg akan tolong kita
    fikir2 kan lah

    0

    0
  17. AJ says:

    yazid ni x betul.. da nyanyuk. kuat sgt tonggang arak dulu sampai rosak buah pinggang n otak pun x betul

    0

    0
  18. just saying says:

    Sambutlah tanganku kawan
    Aku takut tenggelam
    Sambutlah tanganku kawan
    Jurangnya sangat dalam

    0

    0
  19. dora says:

    ngeri tul tgk ahli2 kumpulan search ni..dah tua2 sumer…bwk2 la berubah sikit penampilan tu klo ye pun rock…x sesuai umur dah dgn rambut pjg2 camtu…potong la sikit…

    0

    0
  20. anon says:

    Nak suruh yazid minyak maaf, tapi dah bayar ke bahagian dia??? Dia sakit, mesti perlukan duit…. Dlm artikel tak mention pulak psl nahagian yazid. Tak amanah betol amy ni, kata alim sngt…
    Bini ko amy mmg mulut jahat pun…

    0

    0
  21. amy says:

    dari dulu asik dok gaduh dgn si yazid ni…eh kau yg tak bayarr duit die…kau yg hamun die…kau nak suruh die mntak maaf pulak??amende ko ni?? tak baik buat org sakit mcm tu..die sakit bantu la die..die nak lg pakai duit..ni senang sama2..time susah ko nak tendang2 die je ke..amboi…kemain lagi korang ek search

    0

    0
  22. lala says:

    hotak ko duit artis pakai buat promosi? yg organizer tu buah apa? dah salah tu salah jela. yazit ckp ko pecah amanah bukan maki babi ke lembu ke apa yg ko over ckp dia tua nak mampos kenapa? bodoh punya perempuan -_-

    0

    0
  23. ikan says:

    wow, bukan hrtu die ckp 75k dah dapat ke? 30% tu 75k ke? wow. total 100% berapa? sape terer match kirekan jap untuk aku. nak jadi penyanyi la camni.

    0

    0
    • j says:

      kang jadi penyanyi tak pandai maths bebuta je ko kena tipu Ikan oii… Bukan ‘match’ tapi ‘Maths’

      0

      0
  24. Cacing Sakti says:

    Aku cam kenal ye peguam tu, tu bukan ker Yusmadi Yusoff? Ahli Parlimen Balik Pulau,…dulu?

    0

    0
  25. nyanyuk tua kot… bermuhasabah lah semuanya ye…

    0

    0