Seakan Memakai Seluar Pendek: Rozita Che Wan Dikecam Peminat

Hiburan

Seakan Memakai Seluar Pendek: Rozita Che Wan Dikecam Peminat

Sedang bercuti bersama keluarga di London, hampir setiap hari Rozita Che Wan akan berkongsi foto percutian beliau bersama peminat di akaun Instagram miliknya. Ramai yang memuji kejelitaan Che Ta dan imej keluarga bahagia beliau.

Advertisement

Namun, ada satu foto beliau telah mendapat perhatian ramai dan ia dikecam oleh peminat dimana Che Ta kelihatan seperti memakai seluar pendek bersama sepasang kasut boots.

Walaubagaimanapun, Che Ta sebenarnya tidak memakai seluar pendek tetapi skinny pants yang berwarna kulit yang memperlihatkan beliau seperti tidak berseluar. Ramai yang mula menganggap bahawa Che Ta tidak menjaga sensitiviti sebagai seorang wanita yang sudah bertudung dan hanya ingin mengikut fesyen sahaja.

Apa-apa pun diharap selepas ini Che Ta akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian beliau. Meskipun tidak menggayakan sesuatu yang seksi tetapi kadang-kala kita tidak sedar ia mampu mengundang fitnah jika orang ramai melihatnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...