Scha Jadi Host Sehati Berdansa Dengan Fahrin Dan Awal

Scha Jadi Host Sehati Berdansa Dengan Fahrin Dan Awal

scha host sehati berdansa

Murah rezeki betul artis kegemaran kami nie. Dah confirm Scha Al Yahya akan jadi host rancangan Sehati Berdansa bersama dengan pakwenya Fahrin Ahmad dan Awal Ashaari. Nampaknya Linda Onn dah ditolak ke tepi dan digantikan dengan Scha yang lebih hot dan mengancam. Lagipun kan lagi elok kalau Fahrin diapit dengan Scha berbanding dengan Linda Onn time program tue nanti.

Advertisement

Tapi sebenarnya kami risau jugak dengan kemampuan Scha nie. Dia tak pernah jadi pengacara rasanya. Mampu ke dia nak hos rancangan Sehati Berdansa nie? Harap-harap sebelum dipilih dah dibuat uji bakat terlebih dulu la. Kalau setakat nak guna kepopularitian percintaan Scha ngan Fahrin untuk femeskan program nie memang kami amat-amat tak setuju. Harap-harap Scha dapatlah bersedia. Kang nanti kena kutuk pulak.

Buat Fahrin, bagilah tunjuk ajar kat awek anda tue. Time nie la nak tunjuk macho. Masa nie la nak guna ilmu yang ada di dada untuk dikongsi bersama dengan si dia. Baru makin naik saham nanti. Buat Scha, all the best. Kami yakin anda boleh buat. Chaiyok-chaiyok.

P.S: Terkejut kami baca tajuk ruangan hiburan Berita Harian semalam pasal Scha dan Fahrin putus kasih. Baca punya baca rupa-rupanya Scha mintak orang jangan asyik citer pasal gosip bercinta dia jer. Dia nak orang judge dia berdasarkan mutu lakonan dia. Bukan sebab percintaan dia dengan Fahrin. Bagus betul la budak Scha nie.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...