Written by AbangNara | July 21st, 2015

Percutian ke luar negara sememangnya satu perkara yang menyeronokkan. Namun apa yang dialami oleh Scha Al Yahya ketika bercuti ke London dan Paris bersama suaminya, Awal Ashaari dan Lara Alana adalah satu pengalaman yang sering dirasai oleh ibu bapa yang membawa anak bersama-sama ketika bercuti. Abang Nara dan wife sendiri pernah berasa begitu tertekan apabila bercuti bersama Aariz dan Arissa. Banyak tekanan, perancangan tak menjadi, stress, bengang dan macam-macam lagi. Kanak-kanak mempunyai ragam mereka yang tersendiri. Secara jujur, memang tak sesuai membawa anak yang masih kecil bercuti ke luar negara kerana ia akan membebankan diri kita dan juga anak itu sendiri.

scha al yahya

Antara tekanan yang Abang Nara pernah lalui ialah jetlag yang dialami oleh anak-anak sehingga nak keluar hotel pergi berjalan pun tak boleh. Lepas itu bila dah siap nak keluar anak terbuang air besar pulak. Lepas itu kalau sorang tidur sorang terbangun. Jadi nak keluar pun tak boleh. Memang Abang Nara serik nak bawa anak-anak bercuti. Itulah yang turut dirasai oleh Scha. Kata Scha:-

Sebenarnya saya tidak mahu bawa Lara bercuti bersama kami, tetapi Awal pula tidak sampai hati. Ini kali pertama kami bercuti dengan anak tanpa pembantu rumah dan keadaan kami menjadi kucar kacir. Mana nak jaga anak, nak jaga beg luggage lagi. Tak sangka ia menjadi satu pengalaman yang sangat sukar.

Memang serik dibuatnya. Untuk percutian akan datang, saya akan pastikan membawa pembantu rumah bersama atau sesiapa sahaja agar memudahkan pergerakan.

Scha dan Awal terpaksa membatalkan percutian mereka ke Amsterdam dan perancangan untuk membeli belah di London dan Paris juga terpaksa diabaikan. Begitulah bila bercuti dengan anak kecil. Memang kena ikut jadual dia. Jadual yang kita rancang boleh tolak ke tepi. Semuanya ikut mood si anak. Kalau dia nak tidur, kita pun kenalah tidur sekali. Bila keluar pula asyik menangis sebab tempat baru. Inilah cabaran-cabaran kalau bercuti ke luar negara bersama anak.

scha al yahya

Abang Nara sering menasihati kawan-kawan yang nak bercuti ke luar negara dan membawa anak mereka untuk melupakan hasrat suci itu. Baik tinggalkan sahaja anak-anak di rumah. Kesian kat diri kita dan kesian kat diorang. Masing-masing tak enjoy nanti. Percayalah cakap Abang Nara ini. Lagi beberapa gambar pasangan suami isteri ini berhari raya dengan membaca artikel sepenuhnya.


scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya
scha al yahya
scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya
scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya
scha al yahya

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

58 responses to Bawa Lara Alana Bercuti Ke Luar Negara Satu Cabaran – Scha Al Yahya

  1. Anonymous says:

    comel jek lara mintak maap kononnye tu..huhuhu

    0

    0
    • Anonymous says:

      setuju..!! rase nak pelok kuat2..grrrrrrr

      0

      0
      • Anonymous says:

        alah org dulu2 bawak anak g bercuti takde pon pakai maid..berderet anak..
        kalau camtu suh awal kawen dgn maid..dah anak sorg pon susah nak handle..
        bawak2 la bersyukur dek non oiii
        jenis manusia banyak bunyik..tgk fasha ok je g holiday byk anak dan anak nora.

        owh btw, dynas pls pakai sopan sikit..nampak bra halfcup hengko!

        tak kenan baju macam bathrobe tu, kaler hijau tu.macam baru kuar toilet je dgn roman muka tak siapnye..

        0

        0
        • Lovelyvic says:

          Lantak ko la Scha and Awal…
          Jangan nanti Lara dah besar dia pun kuar statement.
          “Saya serik bawak mak ayah saya bercuti….
          Time nak kuar la dia berak la… kencing la..
          Dah la jalan pun lambat…
          Maid pun takde nak jaga mak ayah saya”.

          0

          0
        • Dalila says:

          Hoi aku 400 kali ckp serik nak buat itu ini dgn anak. Tapi buat je lagi. Emak kau pun dulu slalu kata serik dgn ko agaknye. Ada mak kau tinggal ko tepi jalan? Tak payah nak putar sgt ayat org. Jgn skali2 question kasih sayang mak bapak kat anak. Lainlah kalau kau ni jenis takda hati perut tak fikir perasaan org. Fikir diri sndiri je.

          0

          0
    • Jadoo says:

      ala..nak duit raya je tu. hehe

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Kenapa abang nara banyak cakap pasal diri sendiri? Tak nak tau pun

    0

    0
  3. WAWA says:

    acanooo la kan kalau kau ni org susa xde pembantu, compem kucar kacir anak kau .. cubo hidup tu jgn bergantung at org, tanyo omak kau, maso jago kau dulu ado x pakai pembantu bagaii… baru ank sorang, ape pon xboleh la kau ni scha, muke jer lawa, hidung jer kembang, anak sorg xboleh kawal.. eh aku plak emo, hahhaha

    0

    0
    • NEW BORN says:

      GOSIP AKAN DATANG TAHUN 2025 , ” LARA ALANA SERIK BAWA SCHA AL YAHYA BERCUTI KE LUAR NEGARA” .. hahaha… anak plak terpkse pakai pembantu tok jaga ibu, what u did u get back…

      0

      0
      • dewi says:

        dah ada anak ni tak sesuai sgt dah nak buat activity travelling ni.. klau anak jenis tak meragam sgt untung la. tp klau kita tau anak tu jenis kuat meragam tangguhkan dulu la activity tu.. tunggu anak umur 5 6 tahun ok la. lgpun tak sesuai utk kesihatan baby, nnti senang dpt jangkitan.
        pada yg belum ada anak tu jgn sedih2, gunakan masa yg ada pegi travelling dgn suami. pergi la kemana pun nnti dah ada anak takde la terkilan sbb tak cukup gi jejalan fokus je utk bsarkan anak.

        0

        0
      • Dalila says:

        Hoi aku 400 kali ckp serik nak buat itu ini dgn anak. Tapi buat je lagi. Emak kau pun dulu slalu kata serik dgn ko agaknye. Ada mak kau tinggal ko tepi jalan? Tak payah nak putar sgt ayat org. Jgn skali2 question kasih sayang mak bapak kat anak. Lainlah kalau kau ni jenis takda hati perut tak fikir perasaan org. Fikir diri sndiri je.

        0

        0
  4. intan kembong says:

    comey sgt la rara..untung ja rasa jd rara..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    BAJU SCHA BAJU NORA DANISH BAJU NEELOFA ADA SATU DESIGN TU SEMUA PAKAI DARI DESIGNER YANG SAMA KER? NEELOFA PAKAI WARNA KUNING, NORA DANISH PAKAI WARNA MERAH & SCHA PAKAI TAK TAHU WARNA APER TU, THE LAST 2 PHOTOS.

    0

    0
  6. Lara says:

    Sepasang mak bapak nak jaga anak kecik sorang pun tak boleh? I tengok selamba jer orang lain sorang sorang mak jaga anak dua tiga pi travel tak der hal pun. Eh tapi kan, sorry to say doesnt mean to hina or anything, tapi anak dorang ni nampak macam kurang satu chromosome kan. Isn’t she?

    0

    0
    • Anonymous says:

      I feel the same too!

      0

      0
      • kak timah lambong says:

        Akak dah lama perasan. Bila tgk baby diorang ni memang serupa mcm bebudak yg kurang satu chromosome mcm si Lara ckp tu. Mulutnya, matanya, dahinya.
        Kalau betul, anak syurga tu.
        Apapun akak sedih bila maknya punya statement bunyi mcm anaknya menyusahkan. Jgn gitu dik. Anak kau tu, pepandai la kau handle. Kalau kau rasa susah, bukan salah budak. Salah kau yang tak reti handle anak sendiri. Banyak kena belajar lagi.

        0

        0
      • lili says:

        Chromosome tu ape

        0

        0
    • Alahai says:

      Dia cakap pengalaman dia je la . Apa kau nak banding dengan pengalaman orang lain ???? Ade je nak mengutuk . Plus mmg bukan senang nak bawak anak jalan doesn’t mean tak reti jaga anak .

      0

      0
      • Lara says:

        Masalahnya dia cakap “SERIK” means tak nak buat lagi. Ini boleh memberi anggapan kepada orang awam yang lain bahawa it is almost impossible untuk melancong dengan anak kecik, walhal tak payah mana pun.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Hoi aku 400 kali ckp serik nak buat itu ini dgn anak. Tapi buat je lagi. Emak kau pun dulu slalu kata serik dgn ko agaknye. Ada mak kau tinggal ko tepi jalan? Tak payah nak putar sgt ayat org. Jgn skali2 question kasih sayang mak bapak kat anak. Lainlah kalau kau ni jenis takda hati perut tak fikir perasaan org. Fikir diri sndiri je.

          0

          0
        • Alahai says:

          Dia yg cakap ke or blog blog ni yg selamba buat summary kata serik ? Kkdang wartawan missued words mcm utk cari perhatian . Takyah la percaya bulat bulat

          0

          0
    • Dalila says:

      Maybe la. Tapi aku rasa kau ni pulak kurang sepuluh kut?

      0

      0
    • Anonymous says:

      Lagi besar lagi nampak kehilangan 1 kromosom tu.. senyum sorang2 tgk learning dvd dan tingkap kereta…

      0

      0
  7. Mak Jemah 2.0 says:

    Anak baru sorang. Mak x faham la nape susah sangat. Kalau travel cam tu.. Suami uruskan luggage.. Isteri uruskan anak je. Benda tak susah. Tu pentingnya perancangan. Tak payah pakai maid kalau nak kemana kalau perancangan dah siap rapi.

    0

    0
    • Nobita says:

      Yang sebenarnya diorang tak cukup duit , itu pasal reka cerita salahkan anak buat susah masa travel sebenarnya dah tak mampu nak pegi travel..

      0

      0
  8. anon says:

    Kalau aku, baik tak pergi berjalan kalau kene tinggal anak. Susah mcm mana pun bawak jelah. Tanpa anak2 rase tak seronok nak mkn angin.
    Tu baru anak sorang. Aku pernah gih UK dgn dua org anak, sorang setahun setengah & sorang lagi 4 thn, tanpa suami or pembantu. Sorang2 je. Mmglah leceh & penat, tapi nak wat mcm mana…….ok je. Elok je sampai..
    Neway, Lara cute sngt…

    0

    0
    • minah jambu says:

      skali2 kalau tk bawak anak pon tkpee ..tkan gi mana2 asek nk bawak anakk aje ..skali2 nk jugak scha berdua ngan laki jalan2 keluar negeri ..kalau bawak anak buat kacau daun je..

      0

      0
    • Suriram says:

      Adatlah penat travel bw anak kecik, dari anak 1 n tambah lg i still bawa my kids travel long haul flight sbb kesian nak tinggalkan ( without pembantu ). So pilihan sendiri la nak tinggalkan anak sbb nak enjoy berdua shopping sakan or angkut segerombolan n x dpt shopping sgt.. Tepuk dada tanya selera. But to Me its sll in ur mind, hendak seribu daya x hendak seribu dalih. Walopun penat tp boleh enjoy, provided semua sihat. *peace yo*

      0

      0
    • Dalila says:

      Habis dorg tu tak sampai ke? Aku tgk hepi je dorang kat sana. Kalau ko ada akal mesti ko boleh fikir statement scha ni di manipulasi. Aku 400 kali kut ckp serik nak buat itu ini dgn anak. Tp buat jgk lg. For all you know scha ngan awal lg terer dari kau dalam bab jaga anak. So ko jgn nak perasan sgt.

      0

      0
  9. nurul yaqin says:

    Kesiannn budak tu. I bawak anak i masa dia umur 2bulan ke uk and again masa umur dia 15bulan. Both trips dia saaaaangat okay n enjoy.. kesian btol lara dpt mak cam tuh. Hahahahhahahahahaha

    0

    0
  10. lily says:

    mungkin scha boleh tgk series The Return of Superman. mcm mana org korea didik anak n travel with multiple kids. Dorg x pakai pembantu pun.. Sy pn tgh blaja jgk cmne nk disiplinkan anak.. biasalah, umur2 mcm lara ni kbykn baby suka buat prangai.. kdg2 comel, kdg2 mengamuk..

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Dalam banyaj-banyak artis baju scha al-yahya paling cantik. Simple tp suweet aje. Muka scha pun berseri-seri.

    0

    0
  12. Kiah perkasam says:

    Dalam banyak-banyak artis baju scha al-yahya paling cantik. Simple tp suweet aje. Muka scha pun berseri-seri.

    0

    0
  13. karipapayam says:

    kaya betol g shopping london. tax artis ni macam mana ye LHDN kira?

    0

    0
  14. nin says:

    tggu anak dh besar sikit umur 3 thn keatas kalau nk travel jauh2. mmg la ssh nk handle/ travel dgn anak kevik kalau dh setiap masa dok update insta lara je masa dkt sana aku tgk.aku rasa Awal la yg update ig lara masa dkt uk aritu..ptot suami la handle luggage & isteri ptot handle anak kecik masa travel.kene sama2 buat kalau nk travel gitu

    0

    0
  15. Anonymous says:

    What do you expect? Anak bukannye robot yang boleh put on autopilot mode. Next time use contraception kalau susah sangat ber-anak nih.

    0

    0
  16. Rara says:

    Haah..aku pon mula2 tgk .mcm ada someyhing wrong dgn rara.tp alhamdulillah dia normal…

    Adakah scha & awal selalu sumbat puting dlm mulut rara time kecik dlu…sbb tu mulut mcm tu…erkkk..

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Firstly, rasa kesiannya kat lara ni. Maknye rasa anak macam menyusahkan. Kalau ada anak comel macam lara ni, alah budak layankan ajelah. Dia budak kecik, manalah tahu apa2. Jangan dia besar nanti rasa awak menyusahkan dahlah scha oii.

    0

    0
  18. anon says:

    hurm, aku setiap kali pg bercuti bawak anak penat melayankan kerenah dia yg hyper tp setiap kali aku beli tiket flight aku tetap beli tiket anak aku. mmg penat tp tak seronok and so far tak pernah terfikir lg nak tinggalkan dia. sedih pulak baca mcm ni ghopernyer kata bawak anak penat ye

    0

    0
  19. idop kn enjoy la sgt says:

    pasangan yg muda mmg rasa semak ader pengaco biler time bercuti sumer kengkawan aku sumer gitu…ready berkahwin sbenornyer x pernah ready berfamily…idop x cukup enjoy lg…

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Sebab tulah yg anak ramai sampai 10 pi bercuti takat pulau tioman jew…hahaha

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Lara oii..xpayah la nak menghina kurang kromosom ke ,ape ke..ntah2 ko tu yg kurang kromosom..sbb klau kromoson complete,xde la hati busuk cam ko ni..cakap “doesnt men to menghina” tapi ayat ko tu dah berbunyi menghina..

    0

    0
  22. xoxoxx says:

    Ater, semua perkakas nak dibawa memang la serabut. Tgk Angelina Jolie and Brad Pitt, anak sederet…chill je bawak jalan. Kalau terasa x mampu nak handle, tunggu anak besar then bawa la. It s not easy being parents and ignore ppl rambling. Biar la sedar tak mampu, dari bawa anak tertinggal dlm kereta la… tertinggal kapal (sila rujuk Home Alone).

    0

    0
    • rayamode says:

      jolie n pitt bwk satu team bola pegi bercuti, private jet pulak tu .. mmg la dia dokong anak sorg satu tp luggage da ade pekerja yg monitor. sorg anak sorg pengasuh + bodyguard. nmpk sgt kau tak penah keja dgn org tahap jutawan kan. scha awal ni belum sampai taraf org nk culik lg mntk duit tebusan. jgn komen klu tak penah ke overseas bawak anak kecik ye

      0

      0
      • xoxoxoxox says:

        Yelah makcik. Kau jelah betul dan bravo lah sebab biasa bawak anak kecik naik plane gi overseas. Tahniahlah ibu mithali. 20 thn lagi masuk paper ye. Antara achievement kejayaan kau bawak anak naik flight gi oversea. Pueh hati den. Dia ingat dia sorang je beranak.

        0

        0
  23. Ruz says:

    Fahamkanlah maksud Scha tu betul betul. Compare dgn Angelina Jolie + Brad Pitt mmg tak boleh la patutnya. Diorang ada nannies. Che Ta tu pun kalau bercuti bawak satu entourage. Dgn photographer siap. Ni kali pertama dia bercuti bertiga, amah tak ikut, adik dia pun tak ikut. Payah la sikit. Saya belajar di UK, jadi terserempak la dgn awal, scha, lara the other day. Budak tu mmg active, in the process nk membesar kan. Baru start berjalan lagi.

    0

    0
  24. xxx says:

    family sy sethn plg kurang 5 kali travel. naik plane at least sekali sethn. bwk anak pi umrah 2 minggu pn pernah. mksdnya 2 minggu tu berhempas pulas handle anak. penat? mmg penat. tiap2 kali penat ligan anak kt airport, tiap kali msti kata tunggu anak besar la br travel lg. tp nnt next trip sm jgk still bwk. sbb xsanggup nk tinggal. and wpn penat, pengalaman dia sgt indah n priceless. kira dh slmt smpi umh, tgk anak happy pi jln2, lupa dh semua penat tu. and abg nara pn xseppatutnya demotivate mcm tu. bg sy nk bw anak2 ni, suami isteri kena sama2 cooperate. kalo sorang je bertungkus lumus tp sorang lg goyang kaki, mmg pengsan. cth: kt airport husband urus beg, mak jaga anak. ats flight nk mkn tdo cr mak. nk main pi kt ayh. then mak sempat rehat kejap. kt hotel mak nk kemas beg, ayh kena la tgk kn anak. br la x stress ber holiday. mana ada bdk xlasak. kna byk sabar. kalo msk mall, kalo rasa impossible sgt nk shopping dgn anak, gilir2 la. kita ni kdg2 kna korbankan keselesaan kita demi anak2. jnji semua org happy.

    0

    0
  25. hairan says:

    Nampak sgt korang laki bini takde teamwork bila travelling

    0

    0
  26. faizahcm says:

    ape benda laa nasihat orang tak pepasal takyah bawak anak gi travelling. bawak anak2 pegi travelling dari kecik la priceless…cuba google blog2 travelling with kids, banyak je parents yg buat and pegi merata2 dengan anak2 dorang. yg jadi masalah bila parents ni pegi bercuti nak ikut plan dorang je..plan dorang takde aktiviti utk anak2 skali..lepas tu pegi nak ada itinerary yg padat.travelling alone dengan kids mana sama. kena pandai accomodate la.. yang jadi peoblem lagi sebab takde kerjasama between laki bini. sebab tu jadi cam abg nara ni, demotivate orang pegi travel dengan anak2. time anak2 kecik, kita larat ni la bawak dorang tgk dunia, bg luas pemandangan.

    1

    0
  27. pening says:

    wei kaki2 pengomen sume….scha dh clarify psl hal ni…blogger yg belit cite…scha ckp mncabar je…die x kate serik…r*tik*y* memandai ckp serik…pas2 bn pn cm bese copy…last2 edit jd cabaran yer….mmg la mncabar kot bwk budak kecik…tp die x ckp xnk bwk lg…korg ni ckp ustaz ustazah xnk dgr…ckp blogger hiburan laju je ikut…hahahahaha

    0

    0
  28. suka hati says:

    ewwww..ada gak mak rupa ni..bw anak berjalan2 merungut..apa guna kau jd mak..nak harap maid pula jaga anak..
    berjalan sama2 dgn anak lah best..layan teletah dia..

    0

    0
  29. yayayayayyayaa says:

    Tak baik tau statement camni.
    Tak baik.
    Bukan semua orang dapat peluang ada anak.
    Bila da dapat, jangan la mengeluh

    0

    0
  30. Anonymous says:

    dh jadik mak bapak gitu la…kalu still nk honeymoon watper beranak awl2…x baik gitu dek walau camne pon ragam dia kite sebagai mak bapak kne bykkkk sabar..tu baru sorang…akk ni 3 hero ke mane pegi mmg kne bwk sbb xde sape nk jage jd bile dh selalu kite dh tau cane nk handle & at the same time secara x langsung kite x perlu harapkan org lain tgk ank kite…kalu 1st time mcm2 hal for 2nd & so on be prepared….bak kate pepatah learn from experience….jdkan percutian sesuatu yg sweet & memorable…baru enjoy!

    0

    0
  31. dian says:

    Dok bergantung dgn maid mmg la susah. Masa time aku kelek anak dok jenjalan overseas pun ada mulut2 kata kat aku buat m3embazir duit je bawak budak kecik jln jauh2 bukan faham pun…sesuka hati la…aku tak menrungut…. Org lain plak susah hati.

    0

    0
  32. mmm says:

    aku plak kalau travel dari a to z aku yg handle..anak2..beg2..segala keperluan mak nenek..laki aku plak tolong2 kalau bila aku suruh..tak suruh tak buat..tapi atleast kurang sikit penat aku..kadang2 depa(anak2) buat perangai masa dalam perjalanan..mmg penat sangat2..sebab sume bergantung dengan aku..kepala otak ni dok pikir bila sampai nak buat apa..nak p mana..bajet lagi..dalam masa yg sama nak enjoy dan spend time dengan famili aku..kalau pikir penat..mmg la penat..tapi mmg rasa tak sampai hati nak tinggal anak p mana2..sebab ntah la..bila anak aku dah besar..aku rindu plak telatah mereka masa kecik..jadi awal dan scha..betul la kate pengomen yg lain..cuba jangan bergantung sgt dgn maid..sebab anak tu anak kita..kita nak seronok..anak pun nak juga..keje siang malam jarang jumpa..dgn holiday dapat lah bersama2..

    0

    0
  33. Aku says:

    Scha ni mmg tak reti jaga bdk… anak pun lebih kpd maid dari mak sendiri… asyik jalan nak melawa je nak nampak vouge jadi gitu gaya le.. anak dikatakan menyusahkan pulak… ko yg malas nak dokong anak.. pastu cakap anak hyper… org lain anak lagi hyper dan ramai.. relax je… ni anak sorang dan aktif pun takleh handle…

    0

    0