Scha Al – Yahya Sedia Untuk Hamil Lagi

Hiburan

Scha Al – Yahya Sedia Untuk Hamil Lagi

Selepas dua tahun melahirkan anak sulungnya, Lara Alana, pelakon Scha Al-Yahya memberitahu beliau sudah bersedia untuk untuk hamil sekali lagi. Scha sebenarnya merindui untuk lalui proses kehamilan.

Advertisement

Sejujurnya, saya rindu untuk mengandung lagi. Saya rasa rindu untuk menempuhi proses kehamilan.

Walaupun saya menempuhi dugaan mencabar pada trimester pertama kehamilan ketika mengandungkan Lara dahulu, saya berjaya menempuhinya dengan bantuan suami, Awal Ashaari. Saya bersedia untuk kembali hamil dan menempuhi proses yang sama sekali lagi.

Dalam pada itu, Awal juga akui beliau mempunyai hasrat  serta perancangan untuk menambah cahaya mata namun tidak dapat pastikan masa yang sesuai.

Perancangan untuk menambah anak itu memang ada, tetapi saya sendiri tak tahu bila. Jika dahulu, saya mahu menanti sehingga Lara mencecah usia dua tahun, barulah saya memikirkan perancangan untuk menambah anak.

Namun begitu, selepas melihat sendiri Lara membesar depan mata dan Lara bakal menghampiri usia tiga tahun pada Julai ini, saya sendiri rasakan masih tidak puas untuk melihat proses pembesaran Lara.

Kata orang, lebih banyak jumlah cahaya mata lebih meriah lagi keluarga itu. InshaAllah, pasti satu hari nanti ada rezeki untuk Scha dan Awal menambah anak. Amin..

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...