Written by Bella | June 1st, 2017

Baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 34, pelakon Scha Al Yahya sempat untuk meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata kedua. Menurut Scha, beliau dan suaminya, Awal Ashaari sedang berusaha untuk mendapatkan adik buat Lara Alana.

Insya-Allah kami memang merancang dan kami sedang berusaha ke arah itu.

Dalam pada itu, Scha sempat untuk mengulas mengenai majlis sambutan hari lahirnya yang diraikan dengan cukup meriah. Ia sebenarnya satu kejutan daripada suami tercinta. Namun, ia agak kurang menjadi kerana Scha akui beliau bukanlah seorang yang sukakan kejutan.

Walaubagaimanapun, Scha tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir dan terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Majlis tersebut pada awalnya dirancang oleh Awal dan kawan-kawan rapat kami. Saya tidak menjangkakan sebuah majlis yang meriah kerana saya cuma minta Awal sediakan pulut kuning sahaja sempena ulang tahun kelahiran saya.

Apabila Dynas Mokhtar dan seorang kawan lagi mengajak saya makan malam bertemakan kebaya, saya sudah dapat mengagak ia pasti kejutan untuk saya. Apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis sambutan hari jadi saya.

Semoga hasrat Scha untuk menimang cahaya mata kedua akan dipermudahkan. Tidak sabar rasanya kami ingin menunggu berita gembira itu nanti.

Sumber Berita : Utusan Online

15 responses to Scha Al Yahya Sedia Timang Cahaya Mata Kedua

  1. belacan says:

    baru dan sedang berusaha nak anak lagi, bagus la umurpun dh 34 si bini. Ni baru in progress, blum tntu hamil, kalau hamil lagi bru mcm berudu dh heboh se Msia, bila dh brsalin, maka bayi tu dh ada jobs betulx, mcm si lara. Tahniah la kalau hamil nnti, agar natizen akan dtg byk komen.

    3

    2
  2. Anonymous says:

    oh mai! nak anak ke dua ke patblas sekalipun perlu kan nak kabo usaha korang tu
    tidak ke rasa malu scha oiii…
    buat la mcm lisa-yusri tu…tau2 da ngandung pun

    5

    2
  3. wekkkkkkk says:

    silakan lah hamil, x sapa larang, ada suami maka mengandunglah, sapa nak heran, kalau x ada laki, tetiba hamil, ni yg heran..sapalah tutuh.

    6

    0
  4. Anonymous says:

    Tak pernah aku baca stories artis barat pasal perancangan2 nak hamil ni, tup2 tengok dah pregnant, retis Malaysia je kuno, semua benda pun nak cerita. Wartawan or penulis or whatsoever like Bella and Nara poyo sangat, hal2 macam ni pun nak buat story… Euww what a cheap story!

    6

    0
  5. Lofa please move on says:

    Wartawan yg dok sibuk tanya rasanya ni. Wartawan suka provoke benda2 macam ni. Entah pape. Macam xde story lain dah. Menyampah.

    1

    0
  6. menguap says:

    wartawan saki baki bekas majalah mangga ke apa? soalan mcm budak2 x sekolah tinggi…

    3

    0
  7. Anonymous says:

    Korang kalu jumpa couple ni kt luar x pyh lah tegur atau senyum. Menyombong giler. Mcm superstar..berangan!!

    6

    1
  8. melati says:

    Ngeri aku tgk Lara tu….nasib baik budak tu tak tahu aper2 ..yg jadi mangsa Mak Bapak dia (Org Benci)…!!!!

    1

    0
  9. Anonymous says:

    Scha kalau bergambar tolong cover sikit.kembang norrr.

    0

    0

Leave a Comment

Optional