Written by AbangNara | June 24th, 2014

Pendedahan yang dilakukan oleh Rita Rudaini mengenai bekas suaminya, Aidil Zafuan baru-baru ini ternyata mengegar dunia hiburan. Mana tidaknya, Rita mendakwa Aidil takut pada isterinya, Zarema Zainal. Pendedahan yang dilakukan Rita kononnya adalah makluman daripada Aidil sendiri yang sekaligus membawa makna, Aidil mengadu kepada bekas isterinya mengenai isterinya sekarang.

aidil dan zarema

Namun hari ini menerusi Berita Harian, Aidil mempersoalankan motif Rita Rudaini membuat pendedahan sebegitu. Kata Aidil:-

Mengapa tiba-tiba Rita membuat pendedahan seperti itu. Apa tujuannya berbuat demikian? Dalam hal ini, hanya saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Jujurnya kami (Aidil dan Zarema) tidak terkesan langsung dengan pendedahan yang dibuat.

rita

Tiada penafian atau pengakuan yang dilakukan oleh Aidil mengenai pendedahan bekas isterinya itu. Satu langkah yang bijak pada pendapat Abang Nara. Hal-hal rumah tangga jangan dijaja kepada orang ramai. Kita sebagai suami isteri patut selesaikan sesama sendiri. Aidil juga mempersoalkan tindakan Rita yang hanya memberi kebenaran untuk dirinya menjenguk anak seminggu sebelum berkahwin.

Pada awalnya saya malas hendak berbalas kenyataan atas nasihat kawan-kawan. Tapi saya perlu bersuara kerana perkara itu membabitkan isteri saya sekarang.

Rita mengadu kepada media kononnya dua minggu sebelum perkahwinan baru saya mahu menjenguk anak dan selepas bernikah langsung menghilang.

Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak. Bukan dalam tempoh 2 minggu tapi sebelum itu lagi. Saya ada mesej (Rita) bertanya soal anak dan meminta kebenaran untuk bertemu mereka.

Malangnya tiada sebarang jawapan. Hanya seminggu sebelum saya berkahwin, baru dia membalas mesej dan izinkan saya jenguk mereka.

Persoalannya mengapa lagi seminggu saya nak kahwin baru balas mesej dan beri keizinan? Selepas berkahwin, saya pindah ke Johor Bahru. Kesibukan membuatkan saya tidak sempat melawat mereka.

Namun saya tetap bertanya khabar dan baru-baru ini saya ternampak gambar anak sakit. Itupun kawan yang beritahu selepas terlihat gambar itu di Instagram Rita.

Apabila saya bertanyakan perkara itu, Rita tempelak saya balik. Bukanlah lebih wajar beliau maklumkan kepada saya bahawa anak saya sakit kerana saya adalah bapanya.

Ini tidak, beliau lebih senang muat naik gambar ke Instagram daripada memberitahu saya.

aidil dan rita

Pening kepala. Bila baca kenyataan Aidil, rasa macam Aidil betul. Bila baca kenyataan Rita, rasa macam Rita betul. Kebenarannya? Hanya mereka sahaja yang tahu. Tak apalah. Hal ini, mereka berdua sepatutnya lebih tahu siapa yang benar siapa yang bersalah. Jangan bergaduh sehingga tanggungjawab terhadap anak terus diabaikan sudahlah. Harap cepat-cepat berdamai untuk kebahagiaan semua pihak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

126 responses to Saya & Zarema Tidak Terkesan Langsung Dengan Pendedahan Rita – Aidil Zafuan

  1. LINDA EVANGELISTAHH says:

    First! ohok ohok

    0

    0
    • Bedah says:

      alaaaaa… tak terkesan diam-diam dah laa..
      cite korang ni 7 keturunan blom tentu selesai

      0

      0
      • Korang berdua pening kpala aku… Kau berdua diam2 sudala.. Banyak pulak menyalak.. Kau bukak pekung rita, manakala rita buka pekung kau.. Sampai mati pon hidup korang takkan aman.. Hal seluar dalam habis menjaja 1 public! Simpanla sikit.. Senang cerita Face to face aja dan bincang apa yang tak puas hati dan slesaikan cara elok.. Bosan aku cerita korang.. Bila entah nak basi..

        0

        0
        • diva says:

          aidil zarema zaquan ayu. sama jer 2×5. ek eleh betul ke tak terkesan? sikit pun tak? mcm org takde perasaan jer.. mcm bukan somi istri jer.. org mcm mereka ni lah lebih jelas menampakkan tak sehati sejiwa, ada masalah rumahtangga. kalau org betul sayang ikhlas cinta, memang akan terkesan dgn kata2 rita tu. ayu pun sama memang akan terkesan dgn pendedahan gepren2 si zaquan tu. kan dah kantoi

          0

          0
        • Olga says:

          Isu ketahian yg lama entah bila kan menuju jalan penghujungnya.

          0

          0
        • abang norman says:

          dah ler tu, move on je lah. dah jodoh korang kat situ masing2 dah tetulis la wei. enough la. dah mcm kaum kafir bergaduh. semak.

          0

          0
        • whatever la says:

          selagi x habis isu ni..selagi tu kita dok tambah dosa mengutuk mereka. biar lah…rezeki mereka masuk, rezeki aku yg keluar. tak nak komen lebih. god bless them.

          0

          0
        • hehehehhehe says:

          moral of the story…jgn lupa bayar duit susu anak.

          0

          0
        • Aura White Perosak Buah Pinggang says:

          Rita yg meroyan. Walaupun aku simpati tapi kadang2 berdiam diri elok. Bukak aib masing2 sampai bila isu ni nk habis.

          0

          0
        • narathiwat says:

          tak terkesan ye? tapi takde pulak dinafikan si aidil ni. maknanya betul lah ye apa yang rita cakap tu? jejenggggg

          0

          0
        • Olga Penat says:

          .Now everybody, move on.

          0

          0
        • miss m says:

          bila tah nak habis cerita dorang ni.. dah laa rita..do harapkan duit bekas laki kau tu..kalau dah aidil tu tak nak bagi nafkah anak tu.. hang jaga laa anak tu sendiri guna duit sendiri.. duk bising kat media kuar masuk court hang jugak habih duit kat lawyer.. baik simpan duit lawyer tu, kasi anak makan..bukan x faham ape hang alami..aku pun dr family masalah.. but my mom keje sendiri cr duit kasi anak makan.. malas nak mintak2 kat duit yang belum pasti akan dapat..

          0

          0
        • Didi says:

          Kalau aku, aku move on jelah. Takyah berbalas statement. Cayalah nobody will surrender kalau berterusan. Lama lama rahsia malam pertama pun terbongkar dek kerana taknak kalah! Malu lah. Bkn nak menangkan aidil. Tp hang dah tau aidil je cemana. Lagi mengharap kt duit dia pasai pa? Teruskan je kehidupan. Dia tak jlnkan tanggungjawab dia, itu lantak pi dia deal dgn tuhan nanti. Hangpa 3 beranak teruskan kehidupan. Aidil nak jumpa anak, bagi je. Jgn halang. Kn senang? Dosa aidil bknnya rita yg tanggung.

          0

          0
      • Meowwwww says:

        dah lah tu Nara…xde isu lain ke kau nak ketengahkan. bosan la weh.

        0

        0
        • Raja Bomoh says:

          rita patut senyap la, nampak desperate n low class gitu. jadi la janda yg diidamkan lelaki2. ni dan jadi mcm joyah je gayanyer.3

          0

          0
        • chef tok wan says:

          mereka gaduh, kita komen, kita kutuk..kita yg berdosa. enough is enough.

          0

          0
        • Sri Dewi says:

          gosip ni dah jadi gosip pundek. selesai sendiri2 la. bosan muak baca.

          0

          0
      • Lia says:

        gaduh la korang sampai kucing bertandukpun…aku peduli apa. malas nak layan. lantak korang la.

        0

        0
        • KEMBAR BABY AA says:

          ORANG LAIN BERCERAI NGAK TAPI X LE CAMNI.
          CAM GAMPANG. POT PET POT PET…
          EEEE…RIMAS NYER.

          0

          0
      • bunga says:

        ko dah kenapa? wartawan tanya dia jawablah. aku pelik dgn beberapa perkara.
        kalau ye pun si aidil mgadu mcm2 pd rita knp msti dia hebohkn aib org?perlu ke heboh pd 1 malaysia mslh rumahtngga org lain?knp asik rita bg kenyataan pd wartawan. si aidil plk nmpk hnya mpertahankn dri ats knytaan rita. tolong selesai dlm mahkamah.bukan kt media sosial n media massa.mbuka aib org pun 1 dosa.lg byk ckp,lg byk bkk aib org,lg byk aib kita tbuka.

        0

        0
        • miss m says:

          wartawan tak akan berhenti bertanya sampai lah kes ni selesai.. rita boleh je kalau tak nak cerita ..atau nak tutup mulut je..kan lebih bagus dia jumpa sendiri ngan aidil.. nak tumbuk muka aidil tu ke.. nak tampaq zarema tu ke..tak semestinya jadi artis.. kena bagitau everything kat media..

          0

          0
    • Olga says:

      AIDIL,AYU RODAH N ZAQUAN ADHA ELOK LAH KORG BER THREESOME BERTIGA,CAKAP SUKA PUTAR BELIT LEPAS TU COVER LA MENAFIKAN KONONNYA PADAHAL DLM HATI BERKELODAK TAKUT KANTOI KAN,LEBIH BAIK JADI MCM RITA BERTERUS TERANG XDE APE YG NAK DI SEMBUNYIKAN

      0

      0
      • minah jambu merah biru says:

        betol tu ! rita dia suka berterus terang jujur dn iklas bila dia mengeluarkn kate2…..tk macm si ayu ! sekejap itu skejap ini ..at last dia salah kn orang dari salahkn laki dia tu huh !

        0

        0
        • Sangkak says:

          terang terang semuanya bodoh. dok menjaja cerita tiap2 minggu dlm media bukak aib dalam kain dalam spender dalam bilik …..adoi. penat la nok.

          0

          0
        • Tijah says:

          semuanya bangang la..move je lah. fed up nak komen. entah haper2. cam budak2 pmr gaduh.

          0

          0
      • dena says:

        aidil bongok. klau tiap2 hari telepon tnya khabar anak tak de lah gambar keluar kat instagram anak dah 4ari kat spital baru ko nak tahu…kate sayang anak sangat,.. org tak bg tengok sibuk nak tengok..dah dibagi peluang acuh tak acuh je,,,budak baru nak rapat mmg la sket2 cari bapak die,…kot ye pom pindah johor takkan 5minit sari pun tak sempat nak tanya khabar. sumer mak pun macam rita ni…kalau benda tu mnyakitkan anak2 die mane2 mak pun akan melenting…bezanya ada org boleh tahan nak simpan lam hati ngan tak je…

        0

        0
    • org nogori says:

      Xterkesan? xnk bls statement? apo yg ko tgh buat ni bukan bls statement n sbb tkesan dek statement rr ke bodoh? ddk diam2 buleh wlaupon boto kau kono fitnah ko apo ko. buek malu org nogori btl ragam korang dua beradik ni tau. main bola hado. kayo dgn kontroversi ajo. kok den jumpo kek mn2 topi jln nk yo den joling2 an wlaupon kau xdo salah dgn den tp sbb rgm korg, org luar anggap llki nogori xle pkai tau. – akak emo. maapla semua.

      0

      0
      • Olin says:

        Jodoh masing2 dah tetulis. Sudah2 la tu. Bulan Ramadan-penghulu segala bulan dah nak dekat. Muhasabah lah weyyyy. Tak kemana pun gaduh2. Kitakan ada agama. Jangan jadi kafir boleh tak?

        0

        0
    • minah jambu merah biru says:

      atas nasehat bini saya perlu bersuara < huh nyampah betol !! kalau u tknk tengok anak tk payah la u nk susah2 tengok anak2 ! kalau nk tengok anak2 nk kena tanye si penasehat si zarema boleh tk tengok anak !! apeeeeee punye bapak ! bini kedua pulak takot duit laki pegi kt anak dari bini pertama si ritaaaaaaaa …jadi ape2 pon si zarema yg cntrol ! n besar kemungkinan kad ATM pon zarema yg pegang huh ! tapi rita jangan jadi bodoh…bulan2 tk payah la suroh aidil bank in duittttt kt A/c rita suroh aidil bayar kt makamah aje n bulan2 rita ambek kt makamah…lov u ritaaaaaaaaaa !

      0

      0
    • Datin Semah says:

      kemelut yg berselut xde hasil dan kata penyudah. iblis amat gembira. jadilah kalian cam yahudi yg x reti minta maaf. seriusly bosan giler.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Model pencen daaaa

      0

      0
    • megat_komeng says:

      rita sorg2 kene tanggong susah senang jaga anak2…
      yg ko tu aidil….tau buat anak jer…jaga langsong harammmmmmm..btw…zarima dh preggy ker?

      0

      0
  2. Anti says:

    Yekerr nieee?? bley percaye ke aidil???

    0

    0
    • humble says:

      Kalo xterkesan, ko xkan berbalas jawab dgn media mcmni…ni mesti kes nk coverline nih….ko dah tau rita tu xkan reply msg ko, ko xde inisiatif sendiri ker dtg jenguk anak2 kau tuh…kalo rita xreply msg ko, ko pon wat bodoh je lah kan? Nk seribu daya bro….bawak bini ko tu skali dtg jumpa anak2…xkan la ko xtau rita dok mana…xkan sume rita kena update dgn ko…habis dungu punya bapak…ni mesti kes kena tarik idung dgn bini nih…

      0

      0
  3. Biskut says:

    Tipu la cakap tk terkesan. Masing2 tak nk public tau perangai masing2 sbb tu ckp gitu. yg zarema tak nak org label dia queen control smpai main tikam2 brg dlm rmh..si aidil plak seperti biasa, takut bini. So kuar la statement cover mengaver cenggini…

    0

    0
  4. mak kiah says:

    jgn layan la cerita ni lagi Nara..buat tambah dosa aje ko sebar kat org awam..kalau cerita kau laki bini bergaduh jiran sebar, kau suka ke?? tutup2 lah aib org..agar aib sendiri tak dibuka..

    0

    0
  5. peeiiii says:

    ting tong korang berdua ni…gadoh la sampai kiamat….kitaorg mkn popcorn je

    0

    0
  6. anti perampas says:

    yekerr nieee…bley percaye ke aidil???

    0

    0
  7. bod says:

    Aidil, kalau kau bapanya, jalankan tanggungjawab dgn betul. Jgn asyik nak salahkan rita sbb kau yg gatal mengandungkan dia dulu dah selepas tu kau tinggalkan dia sesuka hati je. Bodoh betul.kalau betul rita tak balas msg,kalau betul kau ade nak jenguk anak2, work for it lah! Apa salah pergi je terus ke runah dan beritahu nak jumpe anak. Tak mungkin kot rita nak halau. Bodoh betul jantan mcm kau ni. Buat alasan je memanjang. Kasihan zarema, termakan kata2 sweet talker ni

    0

    0
  8. Anonymous says:

    ngeh… yola tuu… ke takut bini bang… anak tu jenguk la
    skjap pon… JB-KL lau nek flight bwu 3 jam… tak kan tak mampu demi anak2 kutt…

    0

    0
    • key Pop says:

      bia betul kau?? JB-KL 3 JAM???? naik flight??? flight ape tu wei??? JB-KK pun baru 2 JAM 50 MINIT kot… jauh benooooooooo JB-KL kau..haha

      0

      0
      • yuuhuu says:

        ambik kira masa transit dr umah ke airport, check in, transit airport ke umah rita, flight kl – jb baru 45minit ke sejam je kot….

        0

        0
      • Olga says:

        MCM MANA XSAMPAI 3 JAM PERJALANAN,DIA NAIK FLIGHT DARI JB KE KL,SINGGAH KAT LAUT ANDAMAN N LAUTAN HINDI SEBAB TU SAMPAI 3 JAM HAHAHAHA

        0

        0
    • gadis says:

      Hahaha . Lame sangat 3 jam tuu . Awat tak kate 5 hari j . 45 minit jer laa flight jb-kl .

      0

      0
  9. puan beltinsik says:

    suami akak muka mcm aidil zafuan sket..takdelah banyak..sikit jeww

    0

    0
  10. weng weng says:

    get out of here!! dont’ like yur comment

    0

    0
  11. amoi.... says:

    Kesian rita kesunyian tanpa lelaki disisi…….

    0

    0
  12. aselehe says:

    Ye ke buzy lepas kawin??? Tgk insta asik g honeymoon jer…

    0

    0
  13. bunga raya says:

    Mmg cari nahas la kalau aidil nk ngaku….xpasal patah riuk badan kena kejekan dek gangster klang. Emma pun dlm2 cover still cuak tu. Kikkiki. Merasa la ko n ayu raudhah hdp dlm denial. Eh tp aku paling dh lama menyampah ngan kak ngah si kembo ni. Aku rs dia lbh2 lg kot dr kak long taik lalat beso. Ada je menempek komen2 batu api dia kt ig jemah ke kembo ke ayu ke. Xpadan gemss….anak branak gemss, muka pun menggambarkan dia mmg batu api, SUZIELASHAH dh sah2 ko nk dtg bertandang umah jemah xkanla diq bengang nk tunjuk barang2 dlm umah dia pecah…ko ni tongong x habis2. Dlu mengata ank sedara mcm2….pdhal ank2 ko sorg cm gajah sorg cm dinosour

    0

    0
  14. rita rudainon queen qontrol ayu says:

    ayooo penjilat2 buntut rita ramainyaaaaa. kalau ko org betul2 duk kat rumah rita tu, duk sebiilik tidur sebantal sampai tahu semua citer dia boleh la nyokong. Ni apa ja kata rita ni semua nya ko org anggap betul. Mentang2 la si rita ni Flat J. Buat2 muka skima, control ayu raudhah. Kalau dia ni betul sangat la, takn la 2 kali dapaty flat J oiiii. wahai penjilat2 rita fikir-fikirla sebelum menyokong mak lampir ni. Harus comment aku paling banayk dapat dislike. ada aku kisah

    0

    0
    • Olga says:

      Zarema ke ni???
      Boooooooooooooooooooooooooo!!!!!

      0

      0
    • ikan keli says:

      Yg ko pulak penjilat bontot zarema ank sedara mona fendi ni ye…..emo sgt apasal?huhuhuhu ada lgi aidil menafikan kenyataan rita ingatkan dh kena kerat 14 dgn ank sedara mona fendi ni ;)

      0

      0
  15. atas pagar says:

    diorang je yang tau kisah sebenarnye..yang kite ni bukan nye tau ape-ape..baik kite diam je..lgpun,kite bukan nya tau tahap kebaikan c Rita,tahap kebaikan c Aidil ni..ape kate kite diam je..lg baik kan..lgpun,rasenye semua org pun akn sokong yg pompuan..maklum la slalu disifatkan sebagai lemah..hmmm..org kate just wait and see pengakhiran cite diorang ni (tu pn kalau ade akhirnye la).Bye!!

    0

    0
  16. betul kata mak kiah tu…tutuplah aib orang agar aib sendiri terjaga….tuhan maha mengetahui segalanya…

    0

    0
  17. nok gebuzzz says:

    ekhele…..statment cover line la tuh….takot zarema pecah kan pinggan magkok la tuh….hahahahaha…….

    0

    0
  18. mamamia says:

    Bagus le kalau tak terkesan (kahkakkah) …. pergi je lah jengok anak anak tu. Zarema pun tak kisah le kan klu macam tu (kehkehkeh) donia donia….. ada.org berebut rebut nak tengok anak. Yg ini pulak asyik bg alasan je… sudah sudah lah aidil oiiiii. Dgn bini kita boleh bercerai tak hari ni, besok, lusa…. dengan anak anak tak de istilah cerai.

    0

    0
  19. anun says:

    20 tahun akan datang, anak2 mereka akan bace kisah mak ayah diorang kt alam intenet ni.. bermula dari kawin kt Thailand, cinta tak direstui, halangan org tua, campur tangan ipar duai, lari dari rumah, kisah nafkah yang tak berpenghujung..ank yang xkenal bapak sendri…..

    0

    0
  20. rose says:

    hahaha..bodo jawapan aidil..nak salahkan rita lak xgitau anak sakit..kalo ko call anak2, tnya kabar anak2 setiap hari..ko akan tau sakit sihat anak2 ko..xyah sakit baru rita kena call info ko bodoh!xkan cal 5minit ckp n tnya kabar anak2 pun berkira sengal!xmalu ke bgtau ko tau anak skt pun sbb ada kwn gitau..nmpk sgt ko xmek tau psl anak2 ko..eeeee…bapak apa la ko nih!!!!!!kalo aku jd rita pun aku maki ko berdas2…xkan nk tgu aku upload kt ig baru nk call tnya anak cena..kalo nak mati, dah mati, dah tanam baru ko timbul tnya anak dh sihat ke…eeeee…bodoh la aidil nih!emo pulak aku..huhu…ksian rita pernah kawen dgn laki bebal,bodohhhhh ceni…

    0

    0
  21. tipah tertipu says:

    Hey Aidil nampak sgt ko X amik tau hal anak2. Sepatutnya ko kene rajin bertanye khabar anak2. Takkan itu pun ko nak tunggu x-wife ko update beb. Duit nafkah anak pun punye susah ko nak bg sampai suruh bini ko bank in kan. Konon2nye lah. Patutlah ko berterima kasih kat Rita tu. Wlupun mulut dia mcm tu tp tanggungjwb dia sbg ibu X penah dia abaikan. Rileklah beb. Jgnlah gelabah. Ko takut ke bini baru ko tu.

    0

    0
  22. sokong rita says:

    arse nye rita tak ganggu diorng honeymoon kot.. tu sbb rita mendiamkan diri n x bgtau anak dia sakit..kot la..kotttt

    0

    0
  23. Amie says:

    Allah lebih mengetahui apa mslh yg brlaku antara mereka..kita doakn supaya mereka dberikan petunjuk dan hidayah..itu yg lebih baik dr kita brckp yg bkn2 ttg mereka..

    0

    0
  24. yaya says:

    Emm, kang kalau rita asik update hal anak kat kau, ade plak yg side sana x puas hati..
    Pikir la aidil, rita tu bekas bini kau, xkan dia yg terhegeh2 nak update sume bnda…

    kau taw anak sakit pon dr kawan kau yg tgk insta rita.. emmm….
    lebih baik senyap je la aidil..

    0

    0
  25. Ank mak says:

    Aidil penakut..
    Aidil dayus
    Aidil kki putar blit
    Aidil tkut bni
    (Blh wat lgu nih)

    0

    0
  26. Gurl2 says:

    Bodohlah aidil alasan ko tu. Anak sakit perlu bagitau tau ko pampers anak habis pelru bagitau ko jugak semua kena inform ke dulu?? Kata bapa diorang pergila tanya sendiri takkan kena pukul canang baru nak buat alahai aidil nampak sangat ko tu senarnya tak nak peduli pun. Takut bini kot nanti bini dia baling dgn pinggan hehehe

    0

    0
  27. phoebe says:

    tak terkesan?? org takde perasaan mcm tu laa…dah lah tu rita…tak yah nk bising2 lagi…aidil ni dari dulu lg mcm ni…dah tau laa…dah dpt bini baru mestilaa lupa anak2…kalau dia ingat dan syg anak2, dia tak kan tinggalkan korang…

    0

    0
  28. minah jambu merah biru says:

    huh ! tk terkesan konon hahahahahahahaha dlm hatiiiiiiiiii bercakap > kalau jumpa ritaaaaaaaaaaaaaaaa aku nk kerenyam dia huhu ! ape ni bang nara ! asek 2 x 8888888888888888888888888888 aje !! huh !

    0

    0
  29. ddd says:

    pada aku aidil ada salahnya dan rita juga bukan manusia sempurna. aidil ada point jugak bila cakap gitu, ader masalah bagi tahulah kat laki tu terus, tak perlu guna perantara media sosial nih. macam jugak sorang ustaz pernah komen, kalu ko nak bersayang2 beromantik2 dua laki bini berindu2an, ko msg jer laki/bini ko, toksah ckp luah perasaan kat fb/twitter/instagram bagaikan.

    0

    0
  30. girl23 says:

    apsal la dieowg ni.. x abis2 ag ke? da cerai da r.. x pham tul aku owg cam ni.. x malu ke? x pkir prasaan anak2 tu? pyah owg cam ni.. aku da bosan dngan cite dieowg ni.. msuk ni pun juz nk komen je.. x bce pun.. meluat aku..

    0

    0
  31. Reena says:

    Tak terkesan langsung? Kamu yakin? Org xde perasaan bersalah sbb x bertggjwb mmglah x terkesan langsung pasal tgh syok ulit bini baru. Belanja kawin mewah2 ada duit..rita mintak duit nafkah utk ank abis smua nk diungkit. Kemonlah..ank tu harta dunia akhirat..boleh jadi aset bila ko mati nanti. Isteri boleh dicari, ank mmg konfem ko xkn dpt cari. Tu kira baiklah Allah bg rezeki ank sbg zuriat. Belum tentu kawin dgn bini baru dpt ank. So jadilah bapa yg bertggjwb walaupun dah berpisah.

    0

    0
  32. jujur bukan penipu says:

    Abg nara ingat dulu rita kata aidil ada skandal sama zarema? Aidil nafi dan menipu , buktinya kan dua penipu dah kahwin! Buktinya rita yang cakap benar! Abg nara dan masyarakat takde otak untuk menilai kejujuran rita dan sifat penipu dan dayus aidil? Allah laknat penipu adakah yang lain nak sokong aidil dan zarema dan menjadi peneman mereka sama di laknat Allah sebab menyakiti rita dan anak2nya? Renung2lah! Jangan kufur nikmat akal yang Allah kurniakan! Tidakkah banyak di luar sana harus minta maaf dari rita kerana cacian dan cemuhan terhadapnya?
    Untuk rita, banyak sujud syukur kerana Allah telah selamatkan rita dari manusia seperti syaitantu dan keluarganya…. Allah akan bagi rita yang lebih baik…

    0

    0
  33. nna says:

    Saya percaya cakap rita 110 %. So aidil xyah buat alasan

    0

    0
  34. Betta says:

    ahhhhh…statement cover bini baru..
    ko takut bini ke aidil???

    0

    0
  35. abang nara says:

    Setakat ni aku tgk cakap rita tak pernh terbukti tipu….so far so real..lwalaupun mulut rita cam longkang, tp dia bkn penipu…tp aidil suara penyet tu xabes2 kuar stm tipu n tipu lagi….kuat kencing, kuat kelentong, kuat nawok…kalau korg perasanlah….

    0

    0
  36. endo says:

    rita ni pun satu. kenapa nak dengki and khianat. sengaja nak batu api and huru hara kan rumahtangga orang. ingatkan dah move on time zz kawen dgn aidil tu, diam. tak kira la betul ke tidak. tak perlu cerita masalah mereka. apa kena ngena dgn kau. kau ckp dia tak ambil berat anak sudah. tak perlu lebih2 ceta personal mereka. tak pyh libatkan.

    0

    0
  37. aku anti aidil says:

    Mmg lah dia xterkesan…setakat mana sgtlah perkataan rita dgn apa y dia dh buat pd rr and anak2….
    Selama ni pon bkn dia terkesan ajak rita kawin kat siam, tak tkesan tinggal rr n anak2 lari dari umah, tak terkesan berpoya2 dgn betina lain ketika masih jadi suami org, tak terkesan pon abaikan anak2, tak terkesan pon kawen lps beberapa bulan cerai..poyo.klu aku jd ko pon aidil aku buat ap y rr buat…ko dh sshkn rr separuh mati lps tu ko nk soh rr update setiap pkembangan anak kat ko..nk soh sembahkan anak depan mata ko?

    0

    0
    • fina says:

      Itulah dia ‘isteri sebaik2 siti khadijah’ yang di bangga-banggakan oleh keluarga pak razak…renung2kan….

      0

      0
  38. Bes says:

    rita bkn malaikat, rita bkn maksum…
    Sori siapa y rosakkan umh tangga siapa ya?.
    Aku sokong rita…come on rita… Go for your own justice

    0

    0
  39. dahlia says:

    Btul tu abang nara, tindakan aidil berdiam diri adalah sgt bijak..sebab kalau dia menafikan pon satu malaysia bukan percaya pon ckp dia….dia datang dari keluarga yang pentingkan harta n pangkat, dapat pulak jodoh dari keluarga yang berharta tapi pernh menyalahgunakan pangkat n kedudukan demi kepentingan mereka sekeluarga….

    0

    0
    • Mak Benci ADUN KORUP (DZ) says:

      Eleh, family ‘berharta lah sangat’… dulu kecoh gila ttg ‘mahligai mewah kontrovesi’ kat klang milik ‘bekas ADUN kontrovesi &anak2’ @bapak si Zarema (Dato Zek/Zainal Deros). Kaya politik sbb puluh tahun jd ADUN.. (kaya politik faham-fahamlah memang 7 keturunan depa ni (family Zarema) takkan habis beb).. kayaaaa sangattt.. Puihh!!!

      0

      0
      • Family KORUPPP says:

        Ye noks, si Zarema ni dengan penuh rasa bangga plak tu tunjuk ‘kemewahan & kekayaan’ family dia dalam instagram tuh.. Dia ingat org tak tau ke ttg betapa ‘KORUP’ n teruknya salah guna kuasa bapak dia (ex ADUN Dato Zek/Zainal) n adik beradik si Zarema yg joint politik zaman Khir Toyo dulu.. Puihhhhhh!!!!

        0

        0
  40. syed says:

    Bagi aku, bercerai 2 kali tak semestinya ada yang tak kena pada perempuan tu.mybe belum ditemukan jodoh yang baik untuknya. Macam kisah makcik aku yang tersangat baik hati, 2kali bercerai…seorg gagal dgn tanggujwb, pendera n seorg lagi kaki perempuan. Akhirnya makcik aku ditemukan dengan jodonya no 3, bahagia sampai dorg meninggal dunia….wallahualam…

    0

    0
  41. Zakan says:

    Aku terkesan dgn tweet zaquan ‘selamat menjanda kali kedua’ …
    Konfiden jer ko kan, ko xkan menduda 2 kali dalam hidup ko…..
    Ko dahla kaki betina, mulot lak jahat…. Rita mulot jahat pon bkn kaki jantan…

    0

    0
  42. yuhuu says:

    Xabis2 lg la si rita sundal bolong ni la.. ko tu gila talak..ngaku je la ..yg aku pelik tu spesies kowang aja cmni pn rmai pnyokong bbnau yer

    0

    0
  43. Pisang says:

    Leave them alone la…move on la Rita. Nampak cam ko perempuan xde kelas. Diam la..

    0

    0
  44. yuhuu says:

    @zakan…kalu dh smpai 2 kali berlaki..bkn kaki jantan ke tu?budusss

    0

    0
    • iamrita says:

      dah x da jodoh cerai lah x semestinya kaki jantan .,kalau kaki jantan dah lama kawen kali ke 3 ., x pon scandal sana sini ., kau panggil org buduss kau tu budu hanceng .

      0

      0
  45. Teh ais mee tom yam says:

    Org lain pom bercerai gak ., ada anak gak ., kadang2 tu suami kawen lain langsung x amek tahhu sal anak tapi x da lah kejap2 kecoh ..kejap2 kecoh .. dah lapok berkulat dah citer depa dua org ni.,, artis agaknya kan ..!
    Rita .,awak mampu jaga anak awak walaupun tanpa aidil memang terbukti move on anggap lah aidil memang x penah wujud dalam life awk dan anak2 ., bia lah dia x bertanggungjawab , dayus ., sendus kerna itu memang hakikat .. sekarang dia tak peduli kat anak-anak nanty bila dia dah kerepot hegeh2 dia cari anak2 ., nak-nak kalau di takdirkan plak dia dan isteri baru x da anak ..Karma datang bila-bila jew.

    0

    0
    • Sangkak says:

      seriously bosan…dlm hidup mereka takde istilah agama atau jodoh. gaduh cam kafir lakhanat.

      0

      0
  46. dr says:

    gossip mereka ni dah jadi nonsense. sakit otak semuanya.

    0

    0
  47. anjelina joliang says:

    isu plg busuk daripada kandang kadburi.. brtahun2 gaduh, bdk tadika pn tak gaduh mcm ni pnya pjg.. lagi2.. rita edel.. gadoh lg..gadoh lg.. gaduh smpi kiamat.. hahaha
    gadoh gadoh gadoh.. jgn stop.. kluarkan lg saki baki rahsia yg ada… yg best utk jd bhn gusip… bestttt sgttt puiii

    0

    0
  48. Lee says:

    Syg betul aidil dgn isteri skrg…dulu kau xpernah pertahankan rita.dia adalah ibu kpd 2 org ank kau.org jentik sikit zarema kau dh melenting.shame on u!!!!

    0

    0
  49. Izz says:

    Percayalah,, esok lusa keluar pengakuan dr RR pulak. Pah tu Aidil pulak. Pah tu RR pulak pah tu Aidil RR Aidil RR spi 7 kturunan.

    0

    0
  50. Keturunan Nabi Adam says:

    Ni sumer poyo…haktuihhhh.

    0

    0
  51. Noami says:

    tiap2 minggu..isu sama. besok rita plak buat statement…mcm main ping pong. bosan giler.

    0

    0
  52. Tino says:

    makin lama makin meluat baca kisah yg x mendatangkan hasil ni. pundek korang la. gaduh je kerja…

    0

    0
  53. Anonymous says:

    Selagi Aidil tak tahu tanggung jawab pada anak , selagi itu ianya tak kan selesai. Kata duit banyak. Naik je la flight , jenguk anak jap , kasi nafkah lepas tu balik la. Alasan banyak kerja memang biasa bagi orang yang suka mengelak dari tangung jawab. Si Rita pulak kalau mampu tak payah la tagih simpati si Aidil tu. Tangung je anak sendiri . Bila besar tau la anak perangai bapak dia. Tenok la nanti bila budak2 tu dah besar baru la si Aidil terhegeh2 nak buat baik dengan anak2 macam AC Mizal. Tapi jangan bising bila dah tua anak2 buat tak tau. Pelik la Aidil ni. Dengan Rita mengadu sakan. Bila depan bini baru kecut perut , takut.

    0

    0
  54. Anonymous says:

    Mengikut Rita telefon pun Zarema control, camner nak bagi tau aidil anak sakit…
    Sekali je video call , sebab video call tentu kerana x dpt dtg jumpa…..

    0

    0
  55. ain suzana says:

    mana rita tau zarema control…dia duduk serumah ke???
    dari dulu dah pasan rita ni…bila senyap je dia mula timbul… ada org mmg jenis gitu..suka saiko org & tak blh tengok org lain senang.Wallahualam. dari simpati nak jelak pulak dgn rita ni. aidil atau rita…kalau rasa nak tjuk sapa betul simpan la sms/whatsapp/wechat anda. tjuk kat media. baru dinamakan berterus terang. skrg ni korg bdua takde bukti kalau nak org percayakan korg.

    0

    0
  56. sokong rita says:

    aku sokong rr sbb aku pmpuan n seorg ibu..apa yg rita tuntut tu hak ank2 dia so x slh..tp rr lbh baik bdiam diri bsing2 dgn si aidil ni bkn dia ada prasaan pn..kt akhirat nti biar la dia jwb sgalanya..bia dia lpas kt dunia kt akhirat nti tau la..syg u rr…diam diri lbh baik rr..peace…

    0

    0
  57. Bawang Merah says:

    Aku sokong rita dalam hal ni dan aku rasa zarema x salah pun, biasalah zarema mungkin jeles dan agak bodoh sbb percaya aidil ni. dia x nampak ke aidil ni buat apa kat rita masa rita mengandung, x mustahil aidil buat benda yg sama dgn zarema 1 hari nnt. kalau aku jd rita pun akan buat benda yg sama, tau anak sakit tgk dr ig baru nak bising, knp x tiap bulan jenguk anak, bawa anak jalan2, ambil weekend tgl sama dia n zarema, barula akan jd rapat. bole kan? apala yg zarema pandang dgn si aidil ni. klau aku x hingin nak kawin laki duda yg ada anak ni. zarema tu cantik anak org kaya lebih bahagia cari yg bujang sama2 kaya dan single xada komitmen. stress siot hidup dgn lelaki yg dah ada anak ni. pendapat aku la sbb aku sentiasa nak lelaki yg bujang.xnak suami org atau duda yg ada anak dan x kaya ni.

    0

    0
  58. wakil majalah says:

    Rita…..
    Takde apa yg u dapat buat mcm neh….
    Tak habis2x salahkan ayah kandung anak2 u sendiri…
    Dah takde jodoh antara kamu berdua….
    Redha dgn ketentuan Allah….
    Tetapi kamu tak bo tukar hakikat yg lelaki itu yang kamu relakan jadi suami kamu satu masa dulu tanpa sesapa memaksa…..
    Dia tetap ayah kpd anak kamu dunia akhirat….
    Baik atau buruk…..kamu yg pilih dulu…..jgn salahkan sesapa….
    Takde faedah pun nk burukkan sesapa skunk ni…

    Cuba belajar macam mana cara bekas Isteri Dato’ K menangani krisis…
    Wp dia terluka kerana kebahgiaannya dirampas….
    Sampaikan anak-anaknya pun *org* tu nk ~ tumpang kasih anak-anak tiri katanya….
    Dia tetap sabar….
    Sampaikan rumah tempat dia melahirkan dan membesarkan anak-anaknya pun *orang* tu amik….
    Tetap dia bersabar….
    Dia tak menyalak pun wp anak-anaknya bersama isteri baru Dato’ K celebrate Hari Raya bersama…
    Dia positif sahaja…
    Sb dia faham & tahu……apa-apa pun….ttp lelaki itu ayah kpd anak-anaknya…
    Akhirnya Allah hadiahkan kebahgiaan yg sejati buatnya….
    *orang* tu? Menumpang kasih anak-anak tirinya……takpelah kan….
    Sb Allah Maha Adil…
    Tak sekali pun kita dgr ibu kandung itu menyalak….
    Tetap dia redha….krn dia tahu….kasih yang sejati dunia akhirat ttp kasih ibu kandung….
    Nah! sekarang……siapa yg sebenarnya menang atau kalah?
    Siapa yg sebenarnya bahagia….& siapa yg cuba bertahan utk bahagia?
    Sbb dia sabar & percaya Allah Maha Adil & Penyayang….

    Jgn buruk-burukkan bekas suami dgn anak-anak sb anda hanya akan membuatkan anak-anak kecewa & sedih….
    Takkan kamu nk anak-anak membesar dalam kesedihan & kecewa?
    Jgn terlalu fikirkan emosi anda shj…..fikirkan emosi anak-anak…..
    Apa pun berlaku antara kamu & bekas suami….
    Anak-anak tak patut terlibat….
    Ayahnya tetap Aidil & kamu tetap ibu kandungnya….
    Ini sudah Allah takdirkan….
    Jika tidak, Allah tak beri kamu zuriat…
    Beri peluang kpd kedua kamu untuk menjadi ibu bapa yg baik….
    Buang rasa benci & marah….
    Doakan kebahgiaan semua….
    Jangan suka mencari salah org atau membuka aib sesiapa…
    Tak menang pun….
    Cari jalan tgh…..berdamai….bukan bercakaran….
    Banyakkan solat hajat & dekatkan diri dengan Allah…

    0

    0
    • ntah pape sajak dia ni says:

      Tak pyh nk ber-essay2 sgt lah.essay kau lgsg tak sedap dibace.ptuiii!!!!pi blajar lg buat essay yg menarik!

      0

      0
    • cit piiirah says:

      Wakil majalah knon..pdhal wakil si aidil bangsat tu! Sajak yg ntah hape2.nk tarik perhatian readers la sgtttt

      0

      0
  59. bosan says:

    korang sumer, ni aku nk share citer…aku ader sorang cousin..kes dia lebih kurang cam si RR ni..kena cerai sebab laki syok ngan pompuan lain..anak2 masih kecil and full time housewife..mula2 bercerai tu dia memang sedih, susah hati dok pikir camner nak tanggung anak dengan tak der duit kat tangan, x der keje, dia pn pernah berharap cam si RR ni supaya si ex-husband tolong dia..at least bagi nafkah kat anak2..tp laki dia x respond pn dgn permintaan dia..so, dia pn berhenti berharap…cari keje…jadilah tea lady…sakit, demam, pening.. dia tetap gak keje nak kasi anak2 makan, sekolah dan x kwen2 smpi skang (cousin aku ni cantik tp x secantik RR la kan)……si anak2 pn belajar smpi u..dh keje pn skang ni…sorang guru, sorang polis…br si bpk kecoh nk dekat…tapi yang buat aku respect giler kat dia ni…tak pernah skali pn dia buruk2kn ex-husband dia malah siap ajar si anak2 supaya respect kat bapa dorang sbb kata cousin aku ni maybe dah x der jodoh dia ngan ex-husband nk wat cmner..maybe ader salah dia juga dlm hal ni…pasrah giler ayat dia…(lgpn aku rasa anak2 pn boleh menilai siapa baik siapa buruk..and of course mereka lebih sayang mak dr bpk kn…klu aku pn…aku akan rs cm tu gak)
    aku citer ni cm nk si RR baca sbb cousin aku yg keje tea lady pn x dok bising psl ex-husband dia…ini kn pulak si rita yg bekerja, berduit…aku rs dia patut berhenti bg statement yg memalukan diri sendri..diam lebih baik…klu wartawan tye ckp jer no comment…kan senang…dia tu kn public figure…apa2 statement dia ader akan dikeluarkan untuk bacaan kita semua…anak2 dia pn akan membaca benda yg sama..mungkin juga statement dia dh di tukar untuk menyedapkan cerita…kesian si anak…tak baik tuk pembesaran anak2 ko klu slalu di sogok ngan citer2 cm ni…
    Si RR ni pn tak patut bercerita pasal life si Aidil ngan wife baru dia sbb itu mcm akan merosakkan rumah tangga orang pulak..
    Percayalah RR…tumpukan jer hidup ko ngan anak2…biarlah si Aidil ngan life dia..ko akan lebih bahagia nnt..jiwa pn x kacau cm skrg…orang akan lebih respect ko…contohilah cousin aku tu…aku lebih respect miss J, Ibu2 tunggal or bapa2 tunggal yang mcm cousin aku tu..moral of the stroy..jangan pernah memburuk2kn pihak yg 1 lg apatah lg klu korang ader anak bersama…cbe ingat2 moment yg baik2 jer demi anak2..COUSIN..i really adore u, tahniah kerana berjaya membesarkan anak-anak dengan baik..
    buat pembaca…pengomen…cubalah baca citer aku ni dengan hati dan fikiran yang lapang ye..

    0

    0
  60. azni says:

    dlu lepas aidil kawin aku rasa rita ade kasik stetment yg dia ok jek sbb aidil ade tgk anak.. n janji nk bantu rita hal anak.. time tu rita da slow kan.. skrg nape rita meroyan balik.. sbb apa yg aidil janji dia tak tunaikan.. da berapa bulan kawin tak pernah tengok anak.. takan anak sakit ko baru nak tengok.. time cuti bole pulak ko g holiday bagai laki bini.. ko ni aidil geng2 dimorian meroyan tukan.. ko tgk bossned camna dia layan anak dia even da cerai.. ni ngn anak pon kedekot.. puiii… ingat rezeki ko tu skrg utk anak2 ko jugak..

    0

    0
  61. muslimah says:

    Lantaklah Rita dan Aidil nak bercakaran. Suka hati korang lah. Cuma aku prihatin dengan nasib anak dia org.

    Kesian anak-anak, apabila mereka remaja dan dewasa, mereka akan sendiri akan tahu pertelagahan ibu bapa mereka melalui akhbar, melalui laman web antaranya isu-isu yang ditimbulkan oleh kedua belah pihak. Sedikit sebanyak, mestilah mereka rasa sedih dan malu. Begitulah nasib anak-anak yang punya ibu bapa yang bercerai berai ini. Harap Rita dan Aidil lebih bijak menangani hal ini demi masa depan anak-anak. Kalau sayangkan anak dan tak pentingkan diri sendiri, perasaan sendiri, mcm mana susah pun, kalau dah tanggungjawab, mesti ketepikan rasa ego masing masing.

    0

    0
  62. Kak Ira Petrogas Vietnam says:

    Rita Rudaini ni dengki dan irihati sebab tak dapat Aidil dan marah sebab sikap ‘Queen Control’ masih belum di lunaskan terhadap Aidil. kalau tak percaya pergi tanya adik beradik Rita Rudaini. Kepada Rita Rudaini, sudah sudah lah tu, dah bukan jodoh anda dengan Aidil dan segala galanya adalah ketentuan Allah. Redha dan Muhasabah diri. Kalau ini bukan ujian mungkin ini adalah bala dari Allah kerana sikap Rita yang suka melawan cakap suami, mengherdik suami, memandang rendah kepada suami dan sebagainya.

    Rita mungkin lupa, tapi kami masih ingat bagaimana cara Rita bernikah dengan Aidil, siapa yang memaksa Aidil supaya bernikah di Thailand? Siapa yang bergaduh dengan Ibu Mertua anda? Siapa yang bergaduh dengan adik beradik Aidil? ingat ingatlah kepada Allah.

    0

    0
  63. damai says:

    wpun aku tak suka cara rita, tapi as seorg yg tidak suka berpura2 dan tegas org blh btl apa yang dikata. Aku ada seorg teman mmg dia x suka hypocrite apa yg dia rasa salah dan x suka dia main ckp aja. org akan nampak dia x baik tapi org mcm gini mmg punya hati sgt baik kerana dia x suka simpan2 dalam hati. cuma cara dia menyampaikan akan buat org sakit hati. bak kata org tua2 jgn main api dgn org perwatakan begini nanti kita juga yg berbakar. pk2kan aidil dan zarema

    0

    0
  64. fckthesepsychotwins says:

    kalau rita bg tau pun kat ko anak dia sakit, apa ko akan buat? ko peduli ke? ke stakat bg sokongan moral? duit nafkah pun berhutang, anak dari lahir pun tak kenal dgn bapak nye yg tak pnh jenguk, ni kan pulak ko nak concern dgn anak jatuh sakit. please lah ko dgn kembar ko tu sama penipu. yg sorang tu kecut bijik telor tak berbunyi pun bila tembelang pecah di media, isteri dia pulak tepaksa menebal muka bg statement cover suami sana sini sedapkan hati sendiri. dah terang lagi bersuluh bahagia lah sangat.

    ko ni dpn rita ckp lain dpn isteri ckp lain. takkan la rita suka2 nak reka cerita ko tak nak kawen dgn zarema sminggu sblm nikah, bini blocked wechat/whatsapp, gadoh sampai pch brg? dia nak reka cerita pun apa dia dpt?? ramai yg lebih percayakan rita ko nak tau kenapa?? sbb dulu rita ckp ms process cerai belum selesai lagi ko dah bercinta dgn zarema (gossip). tp ko mati2 tak ngaku. tup2 pas tu ko announce nak kawen dgn zarema. jd apa rita ckp tu betul, the truth, based on facts. bukan baseless!

    ko ni raja putar belit penipu

    0

    0
  65. Biar bulan berbicara says:

    KEBIASAANNYA peminat bola sepak mengetahui pemain manakah yang mendapat pendapatan paling tinggi dan mereka yang menghimpun pelbagai jenis kereta sukan selain skandal bersama wanita.

    Tetapi berapa ramai pula yang tahu siapakah pemain bola sepak dunia paling pemurah dalam saingan Piala Dunia kali ini.

    Dermawan yang dimaksudkan ialah bintang Ghana, Sulley Muntari yang juga pemain tengah AC Milan.

    Muntari yang beragama Islam sebelum ini cukup terkenal di Ghana apabila dia membina sebuah masjid di kampung halamannya selain kerap membantu saudara seIslam yang kesusahan.

    Berikutan itu, dalam kempen Piala Dunia kali ini, Muntari mendapatkan pelepasan khas daripada jurulatihnya, Kwesi Appiah untuk ke kawasan penempatan masyarakat Islam miskin di Brazil iaitu di Maceio untuk bersedekah.

    Ketika berjalan dan bergambar bersama masyarakat Islam di situ Muntari turut menghabiskan wangnya dengan bersedekah sebagai usaha membantu saudara seIslam yang kesusahan

    jadilah pemain bola mcm ni….ini duit nafkah anak pun tak kasi

    0

    0
  66. Biar bulan berbicara says:

    KEBIASAANNYA peminat bola sepak mengetahui pemain manakah yang mendapat pendapatan paling tinggi dan mereka yang menghimpun pelbagai jenis kereta sukan selain skandal bersama wanita.

    Tetapi berapa ramai pula yang tahu siapakah pemain bola sepak dunia paling pemurah dalam saingan Piala Dunia kali ini.

    Dermawan yang dimaksudkan ialah bintang Ghana, Sulley Muntari yang juga pemain tengah AC Milan.

    Muntari yang beragama Islam sebelum ini cukup terkenal di Ghana apabila dia membina sebuah masjid di kampung halamannya selain kerap membantu saudara seIslam yang kesusahan.

    Berikutan itu, dalam kempen Piala Dunia kali ini, Muntari mendapatkan pelepasan khas daripada jurulatihnya, Kwesi Appiah untuk ke kawasan penempatan masyarakat Islam miskin di Brazil iaitu di Maceio untuk bersedekah.

    Ketika berjalan dan bergambar bersama masyarakat Islam di situ Muntari turut menghabiskan wangnya dengan bersedekah sebagai usaha membantu saudara seIslam yang kesusahan.

    INI PERMAIN MALAYSIA NAFKAH PUN SUSAH NAK BAGI

    0

    0
  67. anti artist sengal bebal baghal says:

    aku benci menyampah meluat baca cerita kes rita, aidil, zakuan, ayu raudhah..balik2 cerita dalam kain, balik2 cerita dalam kain..dah takde benda lain ke nak cakap? benda2 buruk dalam kain org suka sgt korang jaja..dah memang keempat2 ni bebal2 dan bodoh belaka tapi masing2 berlagak malaikat.. jadi tu sebab hidup diorang pun sengal mcm diorang jugak..susah sgt ke nak faham?

    0

    0
  68. Biar bulan berbicara says:

    KEBIASAANNYA peminat bola sepak mengetahui pemain manakah yang mendapat pendapatan paling tinggi dan mereka yang menghimpun pelbagai jenis kereta sukan selain skandal bersama wanita.
    Tetapi berapa ramai pula yang tahu siapakah pemain bola sepak dunia paling pemurah dalam saingan Piala Dunia kali ini.
    Dermawan yang dimaksudkan ialah bintang Ghana, Sulley Muntari yang juga pemain tengah AC Milan.
    nafkah pun susah nak bagi….jadikan teladan…cth pemain bola sepak ni

    0

    0
  69. Menyampah says:

    aku ingt cite dia org ni dh abis bila aidil dh berkawin…rupa2nya same jer…naik menyampah n berbulu plk..bila le cite ni nk abis…rita..aidil..ayu n suaminya adalah cite y membosankan d BN ni…bang nara..len kali x mahu tulis la pasal dia org ni semua…buat sakit hati org y membacanya jer…

    0

    0
  70. Chantal Gonzales says:

    Entah la dulu aku macam berminat la jugak nak baca isu pasal diaorang ni, sekarang aku dah menyampah. Dua-dua tak reti nak duduk diam. Next!

    0

    0
  71. Nana says:

    Weh sorg2 nk wat essei…apa korg pikir ada ker nk baca…aku baca ayat pertana n baris terakhir jer…k baiKo

    0

    0
  72. ikan says:

    eh betulla mmg bosan dah ngan kisah diorang ni. lagi satu ex couple yang mempergunakan anak2. kejap bagi jumpa kejap x bagi. buat ape nak nyusahkan diri sendiri.

    0

    0
  73. qwww says:

    Sokong y bekenaan tu, xpyhla dok mengarang pjg2…wat penat jer..bkn ada sapa baca tu..komen biar pendek n padat..huh

    0

    0
  74. aidil sayus says:

    Sori aku xpernh bosn baca kesah kedayusan aidil tu…aku nk lagi

    0

    0
  75. Anak ikan says:

    Weh ikan, klu ko bosan asal ko masuk entry ni..? Ada sapa paksa ko baca? Siap komen lagi..sory this entry not meant for uwe

    0

    0
  76. Bulat says:

    Memang patut Rita tuntut hak die…
    TUGAS ISTERI CUMA1!!!….
    Kisah buat suami biar reti baser sikit..ingat bini kuli ke hoii…

    Pak Ngah Adan : “Apasal monyok ni Muin?”
    Muin : “Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku”
    Pak Ngah Adan : “Ate, apasal kau tak masak sendiri je?”
    Muin : “Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je”
    Pak Ngah Adan : “Patutnye kau la yang masak”
    Muin : “Ish…. kan masak tu tugas isteri?”
    Pak Ngah Adan : “Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?”
    Muin : “Laaa, kan dari dahulu kala lagi”
    Pak Ngah Adan : “Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama”
    Muin : “Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?”
    Pak Ngah Adan : “Memang la lain, tu pasal kita kena belajar”
    Muin : “Sebenarnya ikut Islam macam mana?”
    Pak Ngah Adan : “Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami”
    Muin : “Hoh, layan suami je?”
    Pak Ngah Adan : “Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je”
    “Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami.Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami”
    Muin : “Susukan anak pun suami kena buat? biar betul”
    Pak Ngah Adan : “Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke.”
    “Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu.”
    Muin : “Oooooo, apa lagi kewajipan suami?”
    Pak Ngah Adan : “Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun”
    “Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya”
    “Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?”
    “Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu”
    Muin : “Kalau isteri tak tuntut hak dia?”
    Pak Ngah Adan : “Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik”
    “Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri”
    “Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah”
    Muin : “Ooooo, baru aku tau”
    Pak Ngah Adan : “Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa”
    “Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. LETIH buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Tambah pulak bila suami tak menolong. Naya betul…..”
    wallahualam…

    0

    0