Written by AbangNara | December 23rd, 2013

Sejak kisah cintanya bersama Johan As’ari diketahui umum, pelbagai tohmahan, kata-kata cemburu dan tuduhan dilemparkan kepada Lana Nordin. Kalau Abang Nara jadi Lana, mesti sedikit sebanyak rasa sedih menyelubungi hati. Membaca luahannya menerusi BiPop semalam, Abang Nara memahami jiwa Lana sebagai seorang wanita yang mahu disayangi dan menyayangi seorang lelaki.

lana nordin dan johan as'ari

Kata Lana Nordin:-

Saya tak kisah apa orang nak cakap. Orang mungkin cakap dengan perhatian kisah saya dengan Johan, publisiti meluas diberikan. Tapi itu semua di luar kawalan saya. Jadi orang yang terus memandang negatif, teruskan, saya tak mampu menutup mulut mereka. Bukan mereka pun yang bayar bil dan belanja harian saya.

Tapi dalam soal saya dengan Johan, saya juga seperti wanita biasa yang mempunyai perasaan untuk disayangi dan menyayangi. Cuma antara saya dan Johan, ia terjadi tanpa dirancang. Dala soal publisiti hingga saat ini, tak kira publisiti baik atau buruk, ia tetap akan jadi publisiti.

lana nordin

Kalau sebelum ini ada desas-desus yang menyatakan dirinya sanggup bertudung demi Johan As’ari, Lana menafikan perkara tersebut dan menerangkan perubahan yang dilakukan adalah untuk dirinya sendiri. Kata Lana lagi:-

Selangkah demi selangkah, saya akan berubah. Saya tak boleh berubah serta-merta. Nanti nampak sangat saya tak ikhlas berubah dan boleh dianggap hipokrit. Apa yang saya lakukan ini bukan kerana Johan. Perubahan yang saya lakukan ini barangkali bertimbal balik pada soal masa. Ia seperti wake up call untuk saya berubah.

Saya manusia biasa yang tak pernah sempurna dan tak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Saya sudah mula memakai pakaian yang tidak mencolok mata. Saya cuba menjaga solat saya. Malah sudah tidak lagi memakai pewarna kuku. Baju lama yang kurang kain itu masih ada tapi saya simpan dan pakai di rumah saja.

lana nordin

Gembira Abang Nara membaca perubahan-perubahan yang sedang dilakukan oleh Lana Nordin. Perlahan-lahan kayuh. Kita ini pun bukannya makin muda. Makin hari makin dimamah usia. Dengan adanya Johan di sisi, pasti akan ada lebih banyak perubahan dan lebih mudah untuk Lana bertanya. Tak sabar rasanya untuk melihat Lana dan Johan mengikat hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan.
azalea

P.S: Dah masuk tahun 2014 dah kan? Jom kita ubah ketrampilan diri kita, jadi lebih sihat dan lebih menarik. Tak perlu susah-susah, segera dapatkan produk kesihatan dan kecantikkan. 2 in 1. Insyallah berkesan. Layari www.azaleadenaturale.com sebelum terlewat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

66 responses to Saya Wanita Biasa Yang Mahu Disayangi & Menyayangi – Lana Nordin

  1. chantique says:

    all the best. Allah always with u :)

    0

    0
    • kerek says:

      ok la tu.. buat peminat shilalat.. jgn nak sentap okayyyyyy!

      0

      0
    • nlmr says:

      jap na kongsi info sikit ttg ngr slangor.
      1.kos kutip sampah naik
      2.cukai pintu naik
      3.lesen perniagaan naik
      4,gaji MB,adun & speaker naik.
      yeah! hidup pakatan!

      0

      0
      • Anonymous says:

        jap nak kongsi info sikit ttg kerajaan malaysia
        1.cukai pintu DBKL naik
        2.minyak naik
        3.tol naik
        4.harga gula naik
        5.harga rumah naik
        6.ASTRO naik
        7.tariff elektrik naik
        8.BRIM tak naik-naik
        yeah! hidup kerajaan!

        0

        0
        • nlmr says:

          mohon pencerahan ye.
          1. minyak n gula ta naik tp subsidi dkrgkan (Nampak sgt bdk2 tatahu bde ni)
          2. tol naik?negeri mana eh?tol apa? (mohon kaji)
          3.astro naik?podaci apa kne mengena dgn krajaan? (kaya pulak ade astro ye)
          4. lah hadap rupanya dgn br1m.yela bak kata pakatan duit rakyat.

          0

          0
        • Pening ar... says:

          Tahukah anda?
          aku duduk dlm rumah bosan,okay bukalah Tv,
          TV biasa je tiada Astro,Buka TV1 kutuk PR,buka
          TV2 kutuk PR,Buka TV3 perghhh lagi hebat
          kutuk PR…
          hurmmm nak masuk Astro lah,masuk 27hb
          (masuk Free)
          dah masuk Astro satu cerita,188X ulang
          tayang… Sampai 28hb TV jadi gelap,(ni mesti
          kena potong ni),
          angkat Fone call astro, encik, kenapa tv saya
          jadi gelap?
          astro jwb Encik kena byr bil dulu baru boleh
          cerah,
          Aku ckp xboleh tunggu cukup bulan ke baru
          potong.. 27hb belum dpt gaji… Astro ckp encik
          masuk 27hb, mesti 27hb bayar, (kejamnye)
          okay takpelah,TV gelap smpai 30hb gaji aku
          byr… tiba2 time nak byr kena denda Rm20
          (penyambungan) n cukai 6%,
          perghhh kalau tiap2 bulan mcm ni masyakkk!
          Tiba2 teringat kata menteri,
          “kalau taksuka Astro,Tgok tv biasa”,
          Okay aku STOP Astro, tgoklah TV biasa yg hari2
          kutuk PR tu…
          tiba2 teringat eletrik pula naik,
          ok aku tutup terus TV..
          Sembang2 dahaga pula.. jalan kaki pergi Market
          nk beli gula dgn kopi,
          tgok Harga gula mahal,
          tiba2 teringat kata2 menteri,
          “Gula mahal sbb nak elakkan Diabetis”,
          ok tak jadi beli gula,
          balik minum kopi kosong je..
          dah minum air dpt call member ajak pergi
          rumah dia ada kenduri sikit,
          ok start kereta, tiba2 teringat kata2 menteri,
          “jgn guna Tol kalau mahal,guna jln lama”
          tapi kalau aku guna jln lama jauh, minyak pulak
          mahal(kataku dlm hati),,,
          okay takjadi naik kereta,naik.basikal je… dlm
          1jam 45min smpai rumah kwn,
          Sampai rumah kwn, kwn hidang air kosong+nasi
          dgn sayur..
          aku tanya kwn, mkn sayur je ke?
          kwn jwb “yerla kan menteri ckp kalau ayam
          mahal mkn daging, kalau daging mahal mkn
          ikan,Skrg ni semua mahal,mkn sayur jela
          murah”
          ok lepas mkn nk blk lah.. kayuh basikal smbil
          terfikir apa la nak jadi dgn malaysia ni,
          tiba2 teringat kata menteri “kalau taksuka dgn
          malaysia,Sila keluar dari Malaysia”
          ok sampai je rumah aku kemas barang2 dan aku
          berpindah ke planet PLUTO.
          Sekian..

          0

          0
        • nemo says:

          @nlmr

          minyak memang tak naik…tapi subsidi di kurang kan…tu tak kesah la…yang penting rakyat di bebankan dengan kos minyak yg tinggi…nlmr suka ke sebelum ni seminggu duit minyak rm100 ni da naik jadi rm150…tak pe la…nak bantu kerajaan katanya…

          tol naik 2014…surat khabar dah keluar dah…kalau tol tak naik so salah kan surat khabar surat surat khabar tipu rakyat…

          bil astro naik…sapa pemegang saham terbesar astro? sapa ceo dia? memang bukan menteri kan? kan?

          br1m memang duit rakyat…tak kan la tu duit kerajaan…oh btw duit kerajaan tu duit rakyat jugak…nlmr bayar cukai guna duit nlmr sendiri kan? bayar kepada sapa? kerajaan kan? so duit tu kerajaan buat apa?
          beli kapal terbang peribadi rosmah?

          0

          0
        • zaia says:

          Aku tolongkan hantarkan borang BRIM kawan aku, dua2 kawan aku dapat,apesal aku tak dapat!

          0

          0
        • MAXMORA says:

          air bah naik..

          0

          0
        • minah jambu merah biru says:

          betol pe kerajaan cakap…kalau tk suka stay kt Malaysia stay la kt mana2 yg kau suka asalkn kau keluar dari Malaysia huh ! contoh Nye macm BRIM kerajaan dh kasi tu dh cukop bagos untok rakyat Nye …jangan nk memandai2 nk mintak lebih ! kalau nk duit lebih rajin2 lah keja oberrrrrrtime ! hehe…jangan marahhh haaaaa..

          0

          0
        • peanut says:

          semua naik…
          tahniah!!!
          dividen & bonus asb turun.

          0

          0
        • zaia says:

          ngko minah jambu…mentang2 la ko dpt BRIM smpi dua kali!hahha…
          ckup bagus ape, x adil, dlu dua kali aku xdapat2 gak, skg dh sah2 la aku xdpat dah xlayak dh. ayh aku dh la rajin bayar cukai,pnyokong umno,anak xdpt brim huhuhu.
          xheran sgt la wet brim tu bkn byk pun tp mcm xbest je org lain dpt kita xdpt,kurang2 leh byr unifi atau isi minyak. :(

          ye betul,sape yg xnak tolong kerajaan tapi nk bising lebih2 tu tak layak jgk.
          itu ini malas byr tp semua barang semua kos nak plng rendahh je.
          kita mesti tolong kerajaan,kerana kerajaan ada untuk rakyat,tapi yeke tu??huhu..
          aku kesian la ramai org yg susah lagi,byk kli nmpk pakcik2 tua dh kira mcm atok jgk la yg masih keje,tah2 anak-anak dorang pun xckup wet nk tolong mak ayah.

          0

          0
      • Dodo says:

        Dah semua naik. Lpasni duduk hutan jelah. Dalam gua ke. Ya Allah. Permudahkanlah segalanya. Amin :'(

        0

        0
        • apa pun tak bley says:

          aku setuju ngan nlmr 100000%

          0

          0
        • zaia says:

          Tah. baru je dapat kerja yang gaji lebih lumayan sikit,
          nie tup2 semua naik macam saja je nak mempermainkan perasaanku!
          baru bersemangat nak shopping lebih ckt hujung tahun,(lain2 dah setel ye trmasuk simpan,ada lebih baru shopping),tapi bila memikirkan masa depan terpaksa memandangkan butik butik tertentu dgn pandangan sayu..
          duk hutan takde apa pulak..

          0

          0
      • english rose says:

        nlmr ::

        jap nk kongsi info ttg orang tak reti bahasa;
        1. subsidi gula n minyak dikurangkan..apabila subsidi kena potong, harga tak ke naik? tak sekolah ke? Aritmetik kurang lu ni…gi belajar pasal subsidi gula, subsidi minyak, subsidi baja, subsidi lembu, subsidi kubur, subsidi hotak hang..lepas tu bru lu dtg sini dan backup org2 yg buat rakyat hidup susah dgn ilmu sikit.Baru nampak berilmu. Setakat belajar dgn TV3,utusan,berita harian, pigiiiiii blahhh.

        2.biar sorg mcm ko jer la yg jadi ‘lembu’. Sbb ada org mcm ni la…rakyat semacam merempat…

        rakyat dah bosan. gua dah fedup!

        0

        0
      • Anonymous says:

        Yang ramai org dislike ni la yang aku nak baca. Yang ramai org like tu tak payah baca

        0

        0
    • Lalola says:

      Alhamdulillah.. Berubah sedikit demi sedikit.. Moga ALLAH permudahkan jalan..

      0

      0
  2. BUNGA says:

    Baguslah kalu da berubah..kalau xde jodoh dgn joojo hi harap anda teruskan perubahan..
    berubah sekelip mata x semestinya x ikhlas…Bukan nk mengagung kan, tapi perubahan Sharifah sofea, diana amer, irma n natasha hudson pon sekelip mata..x ada org pertikai kan x ikhlas.

    0

    0
  3. ShilaAmzahBOOM says:

    I TAK PERNAH JUDGE YOU OKAY! YOU JANGAN LA BENCI I. PEMINAT I JE YANG OVER TU. MENYAMPAH! dia ingat i takde nasi lemak macam you ke ? i cuma tak tunjuk je. hurrrmmmm

    0

    0
  4. Sila Amjah says:

    dah nak berubah, doakan jelah…
    huhuhu

    0

    0
  5. gegirl says:

    Tak pe lah Lana oii.. Perlahan-lahan la berubah.. and yang penting, kau berubah kerana Allah, bukan pasal Johan tu.. Dulu aku tak suka kau, tapi if kau nak berubah kearah kebaikan, tak salah if all the haters pon mendoakan dan support niat kau tu.. Jangan separoh jalan je sudah lerr…

    0

    0
  6. Esah says:

    Alhamdulillah….Makcik doakan semoga Lana berubah untuk jadi manusia yang lebih baik dari sebelum ini….

    0

    0
  7. Hafiz Rahim says:

    Bagus lah dia bukan berubah kerana johan..maksudnya doa orang ramai dah termakbul..akhirnya terbuka juga hati lana untuk berubah..kita pembaca ni takyah nak pandang negatif sangat. Dulu kutuk suruh berubah, sekarang support la sikit.

    0

    0
  8. siti aisyah says:

    All the best to you both… for sis Lana menglangkah utuk berubah satu jln yang sukar tapi demi kebaikan utuk diri kita sendiri insya allah, allah akan mempermudahkannya. jgn mengalah. Abt ppl talking abt your relationship with Johan let them be, they are juz been jelous of you two.

    0

    0
  9. Makcik Propa says:

    Takpe la Lana, berubah lerr. Ikhlas ke tak berape nak ikhlas ke, takde siapa boleh baca hati hang tu. Makcik doakan yg baik baik aje. Walaupun kecewe Johan tak dgn Shila Hamzah tp makcik harap hang mampu bahagiakan Johan Naa. Makcik redha dan doakan yg terbaik.

    0

    0
  10. sotong hitam says:

    persetankan org lain…walaupun aku tak minat dgn minah ni tapi yg penting kalau dah ade niat, alhamdulilah…teruskanlah…biar berubah slowly, but surely ok….

    0

    0
  11. betik says:

    good job Lana..

    peminat bukan benci ko selama ni.. tp benci kelakuan ko je..

    moga2 perubahan yg ko buat ni, akan membuatkan smua org senang n syg ngan ko.

    insyaAllah!

    0

    0
  12. ade ku kisah says:

    oklah tu janji nak berubah kerana Allah, kalau kerana orang kejap je nanti….
    tapi aku tak heran pun mmg johan suke style canni kot dulu ngan nabila pun jenis mcm ni gak….tak semestinya org yang pandai baca al quran tu pandangannya tu ke bawah je….zaman skang kene hati2….

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Biarla berubah kerana Allah bukan kerana nak publisiti , atau kerana nak ambik hati bakal mertua atau kerana nak kawin. Kalau tak ikhlas nak berubah kelak nanti bila dah kawin akan buat perangai lama. Apatah lagi bila tengok baju2 yang tak cukup kain tu masih ada dalam simpanan.

    0

    0
  14. taik ayam says:

    nak berubah takyah cerita banyak.. ubah dulu ok.. baru i cakap tahniah,
    its by action, not by words.. dunia da nak kiamat ni macam2 jenis orang ada..chow..

    0

    0
  15. orang nk berubah, kita sokong jer, kenapa nk kutuk2 kan? insyaAllah, moga terbuka hati Lana untuk terus berubah ke arah kebaikan..

    0

    0
  16. anakmalaysia says:

    Baguslah nak berubah……jgn bila dah berubah nanti si Johan ni pulak jatuh cinta dengan org lain. Mamat ni kan senang sngt jatuh cinta. Tapi boleh jadi mamat ni cume nak “sow his wild oats” je…..pahtu lari and nak kat org lain pulak… Kata pernah sekolah pondok, takkan meniti dari seorg perempuan ke seorg lain…Tapi pd pandangan akulah, rase2nya mcm tak kemana je cinta dia org ni….tak taulah.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Sy pun rasa mcm tu…cz hari tu beria2 si Johan canangkan mcm esok dh nk nikah dgn si Lana…tup2 keluar pula statement selagi belum nikah Lana belum tentu jodoh sy…n rupa2 Nya tak sabar nk canangkan n cipta kontroversi sedangkan keluarga pun tak tau lg…haiiiizzz ingatkan mendahulukan fly dulu Dlm Hal nk memperkenalkan Bakal pasangan kta…rupa2nya fly tak tau lg dia dh tak sabar nk canangkan kat media…gila publisiti betul…hipokrit n bermuka2 betul Johan ni…Lana dh ikhlas n percaya kat dia entah dia ikhlas ke tak…sy percaya Lana blh berubah ke Arah yg lbh baik but sy tak berapa pasti Johan tu betul lelaki yg baik ke tak cz apa yg dia pernah buat b4 menunjukkan dia ni byk berpura2 n hipokrit…apa yg dia tunjukkan bukan diri di yg sebenar…

      0

      0
      • peanut says:

        aku setuju ngan kau anon. nak publisiti jerk tu.. cuba tgk style dia gigit mulut tu, nmpak sgt dia terliur dgn keseksian lana. muka nmpak baik tapi agak gatal sebenarnya dia ni.

        0

        0
  17. zaia says:

    bagus la tu.
    apa2 niat nak ubah apa2 jgn gtau org,nanti klau niat tu trlambat atau x perfect nanti org hentam dn judge sesuka hati, biar dh jadi dh buat org pn tau sndiri.
    macam kat ats tu yg diberitahu ialah perkara yg dh dibuat atau dh jd, so wartawan tnya takpe la nk gtau ke tak, tp apa2 niat lain nk ke prubahan lbh baik, kalau bleh sndiri niat sndiri simpan ok kak lana. all the best. semoga di permudahkan utk mmprbaiki diri ke arah yg lbh baik

    0

    0
  18. Mah mat sabu says:

    Ape benda la kutuk2 kerajaan yg kt atas2 tu , baek belajo Syiah dgn Abg mat sabu lagi besttt , zikir mah mah mah , melekat kt hidung tauuuu !!!! hehehe

    0

    0
  19. Cik Rini says:

    Bagusla…doakan sama nabila huda juga dpt petunjuk hidayah..amin..

    0

    0
  20. minah jambu merah biru says:

    minah jambu malas lah nk baca pengomen kt atas cakap gula kopi cukai pintu kotek semua naik ….minah jambu ikot aje ape kerajaan cakapppp bukan Nye kite rugi ponnnn ..ape nk kecoh pasal ni ni semua mengarot kan ! ape salah Nye kite tolong kerajaan …yg kaya pon MALAYSIA…..MALAYSIA jugak yg maju negeri cantek aman makmuk ! idop pak najib ! idop umno ! im4u !

    0

    0
    • sy sokong.. sebab x kira sape pon yang memerintah tetap buat perkara yang sama. cuma kita ni dah dikaburi dengan media yang sentiasa berat sebelah. manusia ni memang senang terpengaruh. yang penting kita hidup aman damai dan harmoni. amin! syukur Ya Allah.

      0

      0
  21. mrs arrogant says:

    Baru2 ni aku jumpa Lana ni kat surau Istana Budaya baru lepas solat maghrib. aku rasa dia ada prektis teater bahayanya wanita yg ada erra, umie and nora danish tu. Siap bwk telekung senditi lagi tu uols. nampak la dia mmg tgh usaha nak berubah sikit2 dengan jaga solat. Dia punya dressing pun dah nampak decent. xde nk tayang2 aset. ketat still ketat but jauh beza dgn dressing lana yg dulu. Sesekali kitorg ada bertembung mata & dia senyum je kat aku xsombong or bajet artis pun. Dalam byk2 artis kat Malaysia ni, dia yg aku jumpa kat surau. Padahal aku mmg anti gak dgn si Lana Nordin yg penuh kontroversi dulu. so jgn la kita nilai seseorang tu akan masa lampau dia. kasi peluang dia berubah sikit sikit.

    0

    0
    • Anonymous says:

      mrs arrogant ,bila u citer pasal ni..i teringat kat diri i sendiri dulu..dl i mcm Lana ni la..semua org kutuk..i ngaku mmg i jahil masa tu..till one day i met one guy ni..(skang dah jadi husbnd aku)..dia la banyak ajak n bawak aku ke arah mcm sekarang n aku besyukur sgt. Hikmah Allah temukan aku n dia. sesungguhnya Allah Maha Besar n Maha Agung..Dia boleh memilih sesiapa sahaja untuk diberikan hidayah-Nya dan begitu juga sebalik nya. jadi, jgn la kita terlalu bongkak dengan hanya sedikit sahaja ilmu yg ada dlm diri kita sbb kita hanya manusia lemah je. semoga kita semua sentiasa diberikan hidayah dan dijauhkan dari api neraka. amin

      0

      0
  22. L says:

    In sha Allah semoga kita same2 berusaha dapatkn rahmat dan redha Allah. Same2 berubah ke arah lebih baik. Amin…

    0

    0
  23. MAXMORA says:

    perempuan yang baik untuk lelaki yang baik…same lah tu

    0

    0
    • yup.. betul tapi… sebenarnya yang lebih tepat Allah jadikan manusia berpasang2an. perempuan baik ngn lelaki baik tu dah kira alhamdulillah tapi jika sebaliknya. Hakikatnya perempuan/lelaki yang baik perlu membimbing dan menjadi contoh kepada pasangannya menjadi yang lebih baik.

      0

      0
  24. faro says:

    lana sangat2 mesra peminat..she’s cool and humble..tak sombong..semoga perubahan ini berterusan..Insyaallah..

    0

    0
  25. Allhamdullilah… syukur pada mu ya Allah… kau telah membuka sedikit ruang untuk umatmu ini bertaubat kepadamu… buat Lana, teruskan segala usahamu ini utk berubah.. kuatkn semangat dan tekadkan diri untuk terus menjadi hambaNya yang Solehah.. buat Johan, teruskan usaha dan niatmu untuk membimbing Lana ke jalanNya.. Niat yang ikhlas nescaya ada ganjaranNya yang menanti.. amin Ya Allah… Doakan yang terbaik untuk mereka.

    0

    0
  26. anonimus says:

    ade dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus baru ni, beliau kabo kalu lelaki yang ingin memperisterikan seorang perempuan yang tidak baik, itu dikira jihad.

    0

    0
  27. Mentari says:

    berubahla dgn hati yg ikhlas..barulah bakal mak mertua tu sejuk hati…bukannyer berubah sebb nak kan anaknyer ja.. InshaAllah kalo niat baik mesti dpt ganjaran yg baik..

    0

    0
  28. amy says:

    lelaki baik utk perempuan baik, sama la sebakilnya

    0

    0
  29. […] Saya Wanita Biasa Yang Mahu Disayangi & Menyayangi – Lana Nordin (59) […]

    0

    0
  30. […] Saya Wanita Biasa Yang Mahu Disayangi & Menyayangi – Lana Nordin (60) […]

    0

    0
  31. […] Saya Wanita Biasa Yang Mahu Disayangi & Menyayangi – Lana Nordin (60) […]

    0

    0
  32. […] Saya Wanita Biasa Yang Mahu Disayangi & Menyayangi – Lana Nordin (62) […]

    0

    0
  33. […] Saya Wanita Biasa Yang Mahu Disayangi & Menyayangi – Lana Nordin (63) […]

    0

    0
  34. […] Saya Wanita Biasa Yang Mahu Disayangi & Menyayangi – Lana Nordin (64) […]

    0

    0
  35. […] Saya wanita biasa yang mahu disayangi & menyayangi […]

    0

    0