Saya Tolak Kalau Watak Ibu Ala-ala Orang Kampung – Zila Bakarin

Hiburan

Saya Tolak Kalau Watak Ibu Ala-ala Orang Kampung – Zila Bakarin

Barulah Abang Nara faham kenapa kalau Zila Bakarin berlakon, mesti watak yang dibawanya sentiasa vogue, mekap tebal dan berbulu mata palsu. Rupa-rupanya Zila Bakarin hanya akan menerima watak yang membawakan imej ibu moden. Kalau ditawarkan watak ibu ala-ala kampung ini, pasti akan ditolak oleh Zila.

zila bakarin

Advertisement

Abang Nara tak kisah pun sebab setiap pelakon pasti ada watak yang mereka mahukan. Lagipun lakonan Zila Bakarin memang menjadi. Bagi jerlah watak apa pun. Confirm Zila boleh buat. Kata Zila menerusi Pancaindera semalam:-

Salahkah saya kalau mahu kelihatan sempurna daripada hujung rambut ke hujung kaki? Takkan saya nak nampak selekeh. Itu bukan cara saya. Bahkan saya sendiri yang mahu jadi ibu yang cantik kalau dapat tawaran berlakon. Saya tolak awal-awal kalau produksi mahu saya berperwatakan ibu ala-ala orang kampung. Kena pakai baju kurung, tudung kepala dan selekeh memanjang.

Saya mahu watak ibu yang moden, memakai baju cantik dan bermekap. Kalau kita lihat drama yang ditayangkan di Indonesia, semua watak-watak ibu digambarkan cantik. Mana ada yang selekeh atau buruk.

zilaNamun bagi Abang Nara, sekali sekala mainkan watak ibu ala-ala kekampungan pun apa salahnya. Bolehlah pelbagaikan watak. Tak adalah orang bosan melihat Zila Bakarin memainkan watak yang sama. Apa kata Zila cuba berlakon ibu ala-ala kampung tapi yang vogue punya. Confirm meletup kan? Hehehe.

P.S: Lexus IS 2013 dilancarkan di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...