Saya Tidak Terlibat Dalam Kes Saman Terhadap Kumpulan Search – Yazit

Hiburan

Saya Tidak Terlibat Dalam Kes Saman Terhadap Kumpulan Search – Yazit

Penganjur Afjets Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman kumpulan Search sekiranya mereka tidak memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM1.5 juta selepas melanggar kontrak serta menamatkan perjanjian dengan AFJets untuk mengadakan Konsert 35 Tahun Search.

Sehubungan dengan perkara itu, pemain drum Search,Yazit memaklumkan beliau tidak terlibat dengan saman berkenaan dan ia hanya ditujukan buat empat lagi anggota kumpulan Search yang lain.

Advertisement

Saman itu keputusan AFJets. Saya tidak campur sebab dari awal lagi saya sudah diketepikan. Jadi saya tidak tahu macam mana.

Saya sudah telefon AFJets, mereka kata saya tidak ada masalah. Masalahnya hanya pada empat yang lain sebab mereka yang tandatangan cek dan perjanjian persefahaman (MOU).

Bagi Yazit, tindakan pihak AFJets cukup wajar apatah lagi kumpulan Search juga bersikap tidak profesional.

Membatalkan konsert itu sesuatu yang tidak profesional. Mereka ikutkan hati mereka sangat. Sekarang mereka rasalah.

Kalau mereka [Search] cerita [AFJet] tidak profesional, ketuk kepala mereka sendiri tanya mereka sendiri profesional atau tidak? Belum konsert, duit sudah ambil. Belum konsert, sudah potong nama orang. Mereka sudah pun tunjukkan sikap tidak profesional

Hendak komen lebih tentang kemelut ini tidak boleh juga, kerana kita sebagai pembaca dan peminat tidak tahu perkara yang sebenar. Kerana sesuatu perkara kumpulan yang cukup utuh dan kekal sehingga 35 tahun pun boleh jadi huru-hara.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...